Belajar Mendengar : 2 Telinga 1 Mulut

1
7
views

Belajar Mendengar

belajar mendengar

Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak  dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat  (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah).Mereka seperti  haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.

Sesungguhnya Allah, Tuhan kita Yang Maha Mengetahui telah mengurniakan dua telinga dan satu mulut kepada hamba-Nya, supaya kita lebih banyak mendengar berbanding berkata-kata. Menurut pakar anatomi manusia, Profesor Keith Moore, deria yang pertama terbentuk pada perkembangan manusia ialah pendengaran. Fetus boleh mula mendengar pada minggu ke-24. Selepas itu, deria penglihatan  mulai terbentuk pada minggu ke-28, yang pada waktu ini retina mula menjadi sensitif terhadap cahaya. Disebabkan itulah, apabila seseorang bayi mula dilahirkan maka stimulasi atau pendedahan pertama yang mesti diberikan ialah alunan azan dan iqamah kerana pada saat kelahiran itu sistem pendengarannya sudah pun berfungsi.

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur

[16:78]

 

           

 

Namun, antara bercakap dan mendengar, yang mana akan datang terlebih dahulu?

 

Lebih sering manusia itu cenderung untuk bercakap meluahkan pendapat dan perasaannya. Tapi tak ramai yang boleh menadahkan telinganya untuk mendengar perasaan dan pendapat orang yang di sekelilingnya. Mendengar memerlukan kesabaran. Kita bukan sekadar mahu menjadi pendengar yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri, tapi pendengar yang baik itu akan turut sama membuka hatinya supaya apa yang didengarnya dapat diserap dan cuba untuk memahami.

Tambahan hari ini, kita yang mengaku menjadi seorang daie dan bergerak dalam gerabak dakwah harus lebih siap untuk mendengar. Memang tak dinafikan, bercakap itu penting untuk menyampaikan islam biar semua manusia di luar sana sedar dan tahu tentangnya. Setiap kali mahu bertemu mad’u atau menghadiri liqo’ bersama mutarabbi, saya selalu bimbang memikirkan apa yang saya nak cakap dan sampaikan pada mereka.

Mencari-cari kata-kata yang sesuai untuk diucapkan kepada mereka. Sayangnya, kadang-kala saya lupa untuk mendengarkan suara hati, perasaan  dan pandangan mereka. Mungkin dengan hanya mendengarkan permasalahan atau kerisauan hati mereka itu, cukup membuatkan mereka lebih dekat dengan kita, dekat dengan islam itu juga. inshaAllah.

Bilamana kita berada dalam sebuah gerakan dakwah ini, kita bukan lagi bekerja dan membuat semua keputusan dengan sendiri. Banyak hal yang harus diperhatikan. Pastinya nanti akan ada majlis syura yang membincangkan baik buruknya suatu urusan demi keberhasilan dakwah ini. Yang pasti dalam syura juga, ahli-ahlinya akan diberikan kesempatan untuk mengemukan pendapatnya terlebih dahulu sebelum memutuskan yang terbaik.

Apabila hasil  syura  telah dikeluarkan kita seharusnya bersedia untuk mendengarkan. Sami’na wa atho’na (kami dengar dan kami patuh). Itulah yang seharusnya kita lakukan, yaitu untuk lebih banyak mendengar daripada terburu-buru melontarkan kata-kata. Kerana lebih banyak mendengar akan membuat kita berfikir sehingga membuatkan kita sadar prioritas peranan kita dalam dakwah dan tarbiyah ini.

“Listen first, then you can talk. =)”

 

Daie Jalanan

Jakarta,Indonesia

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. astaghfirullahalazim,

    betullah. orang yang mendengar itu sangat sabar. dan bila kita yang asyik bercakap lalu bila kita mahu mendengar. kan ?

    maka perlu tanya pada diri.

    Was I a good listener ?

Leave a Reply