Seorang Muazzin berusia 60 tahun meninggal dunia sementara menunggu azan Subuh di Masjid as-Sulaimani, Jeddah.
إنّا لله و إنّا إليه راجعون
Abdul Haq al-Halabi sedang membaca alQuran seperti seperti biasa sebelum menghembuskan nafas terakhirnya hanya beberapa minit sebelum masuknya waktu Subuh.
Beliau yang berasal dari Syria telah menetap di Arab Saudi selama 40 tahun. Beliau dikenali oleh jemaah Masjid tersebut antara yang sangat istiqamah solat berjemaah di masjid dan sering dilihat membaca al-Quran.
Kita sering mendengar bahawa, keadaan pengakhiran kehidupan kita di dunia ini adalah sebagaimana keadaan kita semasa hidup.
Maka alangkah beruntungnya beliau, dapat mengakhiri hidupnya ketika membaca al-Quran, di masjid dan dalam keadaan menunggu masuk waktu solat!
Oleh itu, marilah kita perhati dan muhasabah diri kita, adakah kita telah benar-benar bersedia untuk menempuh alam kematian. ‘
Kematian yang bagaimana yang kita mahukan. Pilihan ada di tangan kita.
Artikel Yang Berkaitan :