Belum Tentu Lagi Kita Yang Akan Berjaya

0
46
views

Belum tentu lagi kita yang akan berjaya

Haji Ali

50 tahun

Sudah naik haji sebanyak 5 kali

Mempunyai sebuah ladang jagung

 

Ah Chong

45 tahun

Satu kampung dengan Haji Ali

Juga mempunyai sebuah ladang jagung

 

Haji Ali orangnya warak

bangun pada dinihari

solat sunat lengkap tahajud, hajat dan witir

Subuh solatnya berjemaah di masjid

kemudian beriktikaf hingga masuk waktu Dhuha

agar boleh mendapat pahala seperti menunaikan haji

pukul 8, turun pula dia ke ladang jagung

 

Ah Chong pula

oleh sebab dia bukan Muslim

maka dia tak bangun tahajud dan subuh

Dhuha apatah lagi

tapi dia juga pergi ladang jagung pukul 8

 

Sama-sama pergi ladang jagung pukul 8

tapi pulangnya lain-lain

Haji Ali pulangnya pukul 10

manakala Ah Chong pulang pukul 12

 

Soalan:

Antara Haji Ali dan Ah Chong

hasil ladang siapa yang lebih menjadi?

 

Haji Ali? Sebab dia sudah bertahajud, bersubuh dan berdhuha,

maka Allah akan bantu dia lebih?

Salah

Ah Chong

 

Benar Haji Ali lebih warak. Tapi jika kita intai lebih lagi, kita akan dapati

Haji Ali singgah di kopi selepas pulang dari ladangnya dan duduk di situ

selama 4 jam pula. Sedangkan Ah Chong masih lagi membanting tulang di ladang

jagungnya lebih 2 jam daripada Haji Ali.

 

Alam tidak berfungsi dengan hukum siapa paling warak. Hasil ladang Ah Chong

lebih menjadi kerana dia berusaha lebih. Alam mengikut hukum sunnatullah:

siapa yang berusaha lebih, dia yang dapat. Man jadda wajada.

 

Selanjutnya

Haji Ali menyedari kesilapannya

‘Oh, aku dah salah’

maka dia cuba untuk berubah

rutin pagi masih tidak berubah:

bertahajud, bersubuh dan berdhuha

pergi masih lagi pukul 8

kali ini dia pulang pukul 12

sama macam Ah Chong

 

Soalan:

Antara Haji Ali dan Ah Chong

hasil ladang siapa yang lebih menjadi?

 

Kali ini, Haji Ali dan Ah Chong berada di kebun dalam tempoh yang sama. Maka,

dua-dua sama-sama usaha kuat.

Tapi ladang Haji Ali yang lebih menjadi sebab dia sudah bertahajud, bersubuh

dan berdhuha,

maka Allah akan bantu dia lebih?

Salah

Ah Chong

 

Kalau kita lawat kebun Haji Ali dan Ah Chong maka kita akan tahu sebabnya.

Ah Chong menggunakan baja jagung import berkualiti tinggi,

juga penyembur racun serangga yang tak kurang mahalnya,

banyak pekerja-pekerja ladang yang sudah digajinya,

kemudian jagung itu diproses dengan mesin berteknologi tinggi

 

Ladang Haji Ali pula,

pokoknya tak berbaja dan beracun serangga,

tambahan lagi,

hanya dia saja yang menguruskan ladang itu,

mesin berteknologi tinggi jangankan mimpi

 

Benar. Dua-dua sama-sama berusaha tapi hanya satu yang lebih berjaya. Ah Chong

berjaya kerana strategi pengurusannya bagus berbanding Haji Ali yang masih

lagi dengan kaedah tanaman nenek-moyang. Maka, harus ingat usaha tanpa

kebijaksanaan belum tentu menjanjikan kejayaan. Usaha tanpa usaha sungguh-sungguh

belum tentu dapat membuktikan apa-apa.

 

Sambung lagi cerita,

Haji Ali sekali lagi menyedari kesilapannya

‘Oh, aku salah lagi’

maka dia berubah lagi

mula guna baja import

racun serangga pula mahal-mahal

orang Indonesia di kampung itu habis digajinya

import pula mesin berteknologi tinggi

namun rutin paginya masih tak berubah:

bertahajud, bersubuh dan berdhuha

 

Soalan:

Antara Haji Ali dan Ah Chong

hasil ladang siapa yang lebih menjadi?

 

Tak nak jawab dah?

Takut salah?

Tapi hendak jawab Haji Ali kan? Sebab dia sudah bertahajud, bersubuh dan

berdhuha, maka Allah akan bantu dia lebih?

Salah

 

Kenapa salah?

bukan dia sudah berusaha sama macam Ah Chong? Apa lagi yang kurang?

 

Sebab Tuhan hendak uji Haji Ali

jagungnya sudah masak ranum

namun ladangnya terbakar pada suatu malam

Haji Ali hanya sedar ketika dia hendak bangun tahajud

 

Jangan kita sesekali lupa, Walau sejauh, sedalam, setinggi, sekuat mana kita

berusaha, tetap yang menentunya Dia. Hanya dengan takdir Allah yang maha Kuasa

yang menjadi penentu hujung usaha kita. Benar. Kita sudah usaha. Tapi Alah

hendak uji kita sedikit agar darjat kita setaraf darjat para solihin. Hanya

dengan syarat sabar dan redha.

 

Adakah Tuhan itu tidak adil?

Tidak.

Dia sangat adil.

Apalah sangat hasil ladang jagung jika dibanding dengan darjat para solihin.

 

Pendek kata, kita sering keliru dengan rezeki mahupun dalam keberhasilan

dakwah.

Kita sangka dengan kita solat, ibadah dan berdakwah, maka kita akan ditolong

Allah.

Sayangnya sifir dunia ini tidak begitu.

Rezeki dan kejayaan hanya akan hadir hanya kita berusaha dengan sungguh sungguh

usaha.

Bukan usaha ala kadar

Apatah lagi dengan sekadar berdoa mengangankan kejayaan.

 

Jika ditelusuri sirah sahabat, kita akan tahu mereka berjaya kerana mereka

usaha dengan sehabis-habis usaha

redha dengan sehabis-habis redha

sabar dengan sehabis-habis sabar

ikhlas dengan sehabis-habis ikhlas

 

Manakan sama dengan kita yang sekadar berdoa.

Takkan pernah sama

 

Lagi satu

Akhir kata

Usaha bagai nak gila tetap yang menentunya Dia.

 

Penulis : Amal Asyura

Blog Penulis : iniceriteraku.wordpress.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply