Benarkah Akhirnya Nabi Yusuf Berkahwin Dengan Zulaikha?

0
58
views
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kita tidak punya bukti kukuh dengan apa yang didakwa oleh sebahagian ahli tafsir yang mengatakan Nabi Yusuf berkahwin dengan imraah al-Aziz (Zulaikha). Kemungkinan dakwaan ini diambil dari kisah israiliyyat.

Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya: “Kebanyakan pendapat para mufassir berkenaan dakwaan ini diambil dari kitab-kitab ahli kitab. Oleh itu mengelak dari sibuk mencari perincian tentangnya adalah lebih utama”.

Walaupun al-Qurtubi menyebutkan riwayat kisah ini, di penghujungnya dia menyatakan: “Hanya Allah Yang Maha Mengetahui”. Itu tanda dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Walau apa pun kesudahannya sama ada Nabi Yusuf berkahwin dengan Imraah al-Aziz atau tidak, tidak ada kaitannya dengan hukum yang menuntut untuk kita beramal dengannya.

Sekiranya terdapat faedah yang besar di sebalik kisah ini, sudah pasti Allah akan menceritakannya kepada kita seperti cerita-cerita lain yang disebutkan oleh Allah dengan jelas di dalam al-Quran.

Mulakanlah tadabbur al-Quran dengan mencari pengajaran dari sebalik cerita yang jelas disebutkan oleh al-Quran dan hadis yang sahih. Kemudian cuba untuk amalkan dalam kehidupan seharian sehingga dapat memberikan kesan yang positif kepada diri melalui amalan tersebut.

Usah sibukkan diri kita untuk memikirkan perincian kisah-kisah sebegini yang akhirnya tidak memberikan apa-apa faedah kepada kita. Cuba tanya diri sendiri: “Sekiranya aku mengetahui kesudahan kisah ini, apakah faedahnya kepadaku?”

Sumber Asal : Laman Facebook Berinteraksi Dengan AlQuran

Artikel Yang Berkaitan :-

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply