Benarkah Anda Boleh Mengelak Dari Ketagihan Pornografi? – Fadhli Othman

0
141
views

Dunia tanpa sempadan menjadi kayu ukur kepada sesebuah negara yang ingin mengecapi kejayaan dari sudut intelektual dan pembangunan pemodenan semasa.

Maklumat di hujung jari  mampu menggerakkan manusia terus melayari dan menerobos dunia tanpa mengira waktu dan di mana sahaja kita berada.

porn-computer-key_large

Kuasa internet ini tidak mengenal usia dan peringkat umur. Hal ini menyebabkan manusia sering bergantung dengan dunia internet bagi memenuhi ruang fizikal dan psikologi. Maka ketagihan terhadap alam maya tidak dapat dibendung lagi.

Isu pornografi, merupakan isu yang bersangkut paut dengan alam maya. Virus ini tidak mengenal usia dan pangkat atau gelaran.

Semakin hari isu ini semakin serius di kalangan rakyat Malaysia. Namun begitu, isu ini seolah olah dipandang enteng oleh masyarakat di Malaysia.

Ramai menyangkakan, isu ini merupakan ‘personal’ atau bersifat peribadi, namun begitu jika dibiarkan maka kebobrokan akan berlaku dalam kalangan masyarakat yang kian lama tenggelam dalam arus dunia tanpa sempadan ini.

130208021500-smartphone-iphone-xxx-jc-tablet-large

Pornografi, merupakan bahan yang mudah untuk diperolehi. Zaman kini, telefon pintar boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. 

Statistik menunjukkan pada tahun 2001 dianggarkan sebanyak 70,000 hingga 74,000 laman pornografi wujud di internet.

Pada tahun 2002, Websense telah mengeluarkan catatannya peningkatan laman sesawang pornografi sehingga 88,000 dan hampir mencecah 1.6 juta laman pornografi pada tahun 2004.

Terbaru, family safe telah merekodkan sebanyak 4.2 juta laman sesawang pornografi dan telah mendominasi 12% jumlah laman sesawang di internet .

Hasil carian ini sedikit sebanyak membuka mata kita menyedari  kehadiran sesuatu yang tidak sihat dan mampu memberi impak yang buruk kepada diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliling.

MENTALITI PENAGIH PORNOGRAFI

Dalam ucaptama Persidangan Ketagihan Nikotin Kuala Lumpur ‘Berhenti Merokok di Malaysia’ 2015, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sejumlah 20,000 rakyat negara ini, meninggal dunia setiap tahun akibat tabiat merokok.

Jelas di sini, permasalahan rokok kita dapat melihat secara zahirnya. Namun tidak pula pada ketagihan pornografi.

Ketagihan pornografi hanya dapat disedari oleh si pelakunya sahaja. Amat susah seseorang itu kita hendak kategorikannya sebagai seorang penagih pornografi.

Kategori Ketagihan Pornografi

  1. Normal

Seseorang yang mengalami ketagihan pornografi, pada mulanya akan merasakan kurang selesa dengan aktiviti pengembaraan pornografinya. Namun lama kelamaan akan timbul keselesaan dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan bersama virus ini.

Hal ini membuatkan penagih akan mencari dan terus mencari bahan pornografi dan menganggap perkara ini normal.

nonton video

Sikap normal terhadap ketagihan pornografi ini akan membawa penagihnya mencari dan melayari sumber pornografi yang lebih keterlaluan demi mencapai kepuasan diri.

  1. Toleransi

Individu yang terjebak dengan virus pornografi sebenarnya telah bertoleransi dengan bahan yang mereka gemari. Walaupun, individu ini sedia maklum mengenai keburukan pornografi, namun mereka tetap ingin berdamping dek kerana keseronokan yang sementara.

Perasaan ini berlaku kerana telah ada sikap kebiasaan atau normal yang akhirnya perasaan toleransi terhadap pornografi ini bercambah walaupun virus ini telah menghancurkan kecerdasan fizikal, intelektual, emosi dan juga rohani.

Impaknya, pada peringkat awal penglibatan individu dalam kancah pornografi, mereka telah menemui pornografi jenis lembut atau softcore porn seperti video atau imej pelacur.

Lama kelamaan, keperluan biologi semakin meningkat dan mendesak diri penagih beralih kepada hardcore porn bagi memuaskan nafsu mereka.

otak_porno

Teruk lagi, penagih pornografi ini akan mencari pemangsanya. Ini dinamakan acting out di dalam tahap ketagihan.

Penafian merupakan senjata utama bagi seseorang penagih pornografi untuk menyatakan diri mereka sebenarnya di dalam ketagihan dan memerlukan rawatan.

“owh, saya tak ketagih pornografi ‘

“Pornografi? x da la…..saya tengok gitu gitu jer ‘

 “saya tengok jer…suka-suka….x de lah sampai ketagih “

Sebenarnya, penagih pornografi tidak bermaksud begitu. Apa yang mereka ingin nyatakan ialah

“Aku boleh jer kawal ketagihan ini”.

Situasi ini sebenarnya merupakan bayangan atau angan-angan mereka sahaja. Masyarakat Melayu kata, nak sedapkan hati sahaja.

Hakikatnya, penagih pornografi ini akan terus mengembara melayari dunia pornografi ini kerana mereka telah rasa biasa dan boleh bertoleransi dengan apa jua keadaan dan situasi.

  1. Lemah

Mentaliti individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan mereka lemah dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan ini dapat dikesan daripada pengamalan hidup mereka seharian.

Individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan otaknya lemah di dalam menjana buah fikiran yang baik.

Setelah itu, mereka akan mengalami gangguan emosi yang keterlaluan dan  akan membawa kepada rendah keyakinan diri.

Akhirnya, fizikal si penagih pornografi akan lesu dan tidak bermaya. Hal ini boleh dilihat dari sudut pencapaian kerjayanya atau aktivitinya.

male-rape-clinic

4 mentaliti ketagihan pornografi ini hanya boleh dirasai oleh individu yang telah terjebak dengan virus pornografi. Teman rapat atau ahli keluarga tidak berupaya mengesan akannya sekiranya tiada hubungan rapat dengan penagih pornografi.

Pengalaman penulis sepanjang mengendalikan seminar dan bual bicara GOODBYE PORNOGRAPHY adalah dengan mendekati peserta mengikut tahap atau aras pemikiran mereka.

Bahasa badan, pemilihan kata dan gaya Bahasa memainkan peranan yang penting di dalam menyampaikan tajuk ini.

Kesannya, peserta yang telah mengalami ketagihan pornografi ini akan mudah meluahkan segala apa yang mereka lalui. Maka di sini, penulis dapat mengenal pasti serba sedikit tentang mentaliti penagih virus pornogarfi ini.

Secara tidak langsung khidmat bimbingan dan kaunseling dapat diberikan mengikut kesesuaian individu yang ketagih dengan virus pornografi.

Pada masa akan datang kita akan bicarakan langkah langakah asas yang boleh diambil oleh individu yang ketagih pornografi dalam menangkis diri mereka dari terus terjebak.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

PENGENDALI MODUL GOODBYE PORNOGRAFI

SEKETARIAT PUSAT MOTHERS AGAINST PORNOGRAPHY

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Cikgu Fadhli merupakan seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor. Selain menjalankan tugas sebagai seorang guru, cikgu Fadhli juga merupakan seorang pendakwah bebas serta persona Best Belajar. Pada tahun 2016, cikgu Fadhli telah melebarkan sayapnya ke bidang penulisan dengan terbitnya buku ‘Sisi Terlindung’ yang menghimpunkan hasil idea barisan pena syariah berkaitan pandangan mereka tentang isu-isu agama, ilmiah, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply