Benarkah Rusuhan Di Masjid al-Aqsa Merupakan Propaganda Zionis?

0
871
views

 

Beberapa hari ini tular satu video rakaman seorang Ustaz yang mendakwa suasana tegang di Masjid al-Aqsa tidaklah seperti yang digambarkan pihak media dan membidas FATWA PENGHARAMAN ziarah al-Aqsa yang dituduh sebagai propaganda Zionis Yahudi.

Dakwaan dan tuduhan Ustaz ini sangat mendukacitakan dan benar-benar jauh daripada hakikat penjajahan Zionis yang menimpa Palestin sejak tahun 1948 juga ruh perjuangan Islam.

Tidak wajar kata-kata tersebut keluar daripada lisan seorang Ustaz yang terkenal seperti beliau.

Lebih mendukacitakan apabila beliau mencampur-adukkan perkara yang benar dan salah sehingga menghasilkan kesimpulan yang mengelirukan dan jauh daripada kebenaran.


HAKIKAT PENJAJAHAN ZIONIS KE ATAS MASJID AL-AQSA

 

Umum maklum akan penjajahan yang menimpa Masjid al-Aqsa sejak tragedi an-Naksah 1967. Sejak itu pelbagai PENGHINAAN dan PENCABULAN telah menimpa masjid ketiga suci dalam Islam dan bumi Israk Mikraj itu.

Masjid ini DICEROBOH, DIROSAKKAN, DIBAKAR, dan DICEMARI dengan upacara agama Yahudi.

Bahkan, Zionis merancang untuk merampasnya sedikit demi sedikit SECARA MAKANI dan ZAMANI (ruang dan masa) dengan matlamat akhir untuk meruntuhkannya bagi membina kuil idaman mereka; HAYKAL SULAIMAN.

Jemaahnya dicerca, dikasari dan dihalang masuk. Sebahagian ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan yang tak masuk akal.

Bahkan ada yang terbunuh. Keluarga mereka diancam dengan pengusiran, rumah mereka dirobohkan dan tanah mereka dirampas.

Semua ini berterusan SEJAK TAHUN 1967 sehingga hari ini tanpa mengira sama ada ia mendapat liputan berita atau tidak kerana inilah hakikat hidup di bawah penjajahan.

Ia kehidupan yang dipenuhi kesengsaraan dan penghinaan.

Maknanya, apa yang dilaporkan oleh pihak media, yang rata-ratanya hanya rancak apabila berlaku bantahan besar-besaran atau kematian, sebenarnya hanyalah ‘THE TIP OF THE ICEBERG’. Banyak lagi hakikat yang tak terungkapkan.

TAK SEMUA MEDIA PRO ZIONIS

Memang benar media seperti CNN, BBC dan FOX hanya memuntahkan propaganda-propaganda Zionis. Bahkan mereka tidak wajar dirujuk kerana sering menyembunyikan atau membela kezaliman Israel.

Tapi alhamdulillah kita masih ada media seperti al-Jazeera, Al-Arabiya, Anadolu, Quds TV dan Palestine News Network yang tak jemu-jemu melaporkan perkembangan di Baitulmaqdis.

Jika wartawan-wartawan mereka terhalang, RAKYAT PALESTIN memanfaatkan media sosial (Facebook, Twitter) untuk melaporkan apa yang berlaku.

Justeru, mendakwa semua media adalah propaganda Zionis adalah tuduhan melulu yang menzalimi media yang berjuang melaporkan berita di Palestin di bawah ancaman muncung senapang Zionis.

FATWA HARAM ZIARAH MASJID AL-AQSA ADALAH FATWA MUKTABAR (SELAGI IA DI BAWAH PENJAJAHAN ZIONIS)

Tuduhan bahawa fatwa haram ziarah Masjid al-Aqsa ketika ia masih berada di bawah penjajahan Zionis sebagai ganjil, bertentangan dengan ‘seribu’ fatwa yang mengharuskan dan dipopularkan oleh Zionis adalah tidak benar.

Fatwa HARAM ziarah Masjid al-Aqsa ketika di bawah penjajahan adalah fatwa yang MUKTABAR yang disokong oleh:

KESATUAN ULAMA PALESTIN, 
ULAMA-ULAMA AL-AZHAR,

KESATUAN ULAMA SEDUNIA 

dan para pejuang Palestin yang tulus seperti HAMAS 
dan BRIGED AL-QASSAM.

Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban di Palestin. Sila tekan pautan ini.

 

Baca artikel penuh di sini.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply