Berapakah Usiamu Wahai Sheikh?

0
27
views

Puisi ini adalah jawapan Sheikh Muhammad Ahmad ArRasyid (Abu Ammar) juga terkenal dengan julukan Sheikh Muntalaq apabila ditanyakan kepadanya berapakah usia beliau pada ketika ini.

Sheikh Abu Ammar

Engkau bertanyakan usiaku
Memang benar hari ini umurku menjangkau 70an tahun
Jiwaku meronta – ronta seraya mulutku berkata, aku masih muda
Aku baru 20an. Aku masih belia, shabab aula.

Sedekad kemudian, engkau bertanyakan usiaku sekali lagi
Walau rambut putih beruban, mungkin botak dikepala
jalannya lemah longlai berkaki tiga

Aku tahu

Aku sudahpun lapan puluh tahun
Jawapanku pada mu tetap saperti dahulu
Aku masih remaja, masih dalam dua puluhan

Sedekad kemudian, kita berjumpa sekali lagi
Aku sudahpun mencapai sembilan puluh ketika itu
Engkau sambil lewa bertanyakan usia ku

Aku masih muda remaja kataku
Aku memang tua dari kacamatamu
Aku pun memang tua dalam usiaku

Tapi dalam kehangatan dakwah, dai’ tidak mengenal usia
Walau tua masih bergegas kerja
Berkaki tiga tetap langkah menghayun

Kerja dakwah tidak henti berbelah bagi
Aku adalah remaja, jiwaku merangsang cinta

Cinta tugas para nabi
Berdakwah sampai mati

Aku berjiwa remaja dalam ranjau dakwah ini
Tulang temulang kian rapuh dimamah usia

Jiwaku senantiasa bergejolak

Merangsang dakwah ini
Aku tidak boleh tua
Sentiasa remaja dalam cinta sejati

Gunung sudah ku daki, lurah sudahpun aku turuni, lautan api sudahpun aku renangi
Dalam usia yang masih berbaki
Jari jemari masih bertasbih menulis dairi
Dakwah dan bahana pendakwah musim ini

Demi dalam catatan ku hari ini

Para belia yang masih muda
Jangan lengahkan masa
Bekerja, bekerja sebelum terlambat

Taburkan jasa sebelum mati
Jasa tidak binasa
Sentiasa remaja dalam cinta sejati
Cinta tugas para nabi

63167_168808589930736_483221430_n

Begitulah jawapan seorang murabbi, seorang daie yang sejati. Seoarang daie itu, apabila dia telah berikrar janji, yang kehidupannya untuk dakwah dan ilahi, tiada istilah bersara ataupun berhenti.

Kerana bagi mereka, kerehatan yang hakiki menanti di syurga Firdausi. 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply