Berbahagialah Ketika Anda Ditimpa Musibah

0
265
views

berbahagialah dengan musibah

Adakah anda sering ditimpa musibah? Jika ya apa yang anda rasa?

Sedih? Kecewa?

Berbahagialah ketika mana anda seringkali ditimpa pelbagai musibah.

Musibah atau masalah yang terjadi di sekeliling kita banyak hikmah yang kita tidak nampak daripada pandangan mata kasar kita. Dan kadang-kadang hal yang remeh temeh dan biasa dipandangan mata orang lain pun kita mampu mengambil ibrah.

Ada hikmah yang Allah nak berikan kepada kita disebalik rasa sedih yang kita rasa.

Ada pengalaman hidup yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.

Hanya kita saja yang sering bersangka buruk dengan musibah yang menimpa keatas kita. Sedangkan disetiap apa yang Allah jadikan pasti ada sebabnya dan bukanlah ianya sia-sia sahaja.

Pandanglah masalah anda dari perspektif positif. Semua perkara yang terjadi adalah atas kehendak dan kemahuan Allah.

Berkeluh kesah dan terus menerus bersedih bukanlah sifat kita yang mempercayai qada’ qadar Allah.

Kalau kita mengeluh atas apa yang terjadi, bukankah itu bererti kita mengeluh atas apa yang Allah telah tetapkan?

Sedangkan tidak ada satu pun daun yang gugur, pohon yang tumbuh, hujan yang turun, angin yang bertiupan berlaku tanpa izin daripada Allah.

Allah mempunyai banyak cara untuk menegur hamba-Nya. Masalah itu hadir untuk mengingatkan kita agar kembali ke jalan yang mendekatkan diri kepada kebaikan.

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply