Berdoalah Apabila Tibanya Malam

0
650
views

berdaoalah ketika malam menjelma

Allah menciptakan sesuatu ada yang berpasang-pasangan. Ketika mana kita bertemu dengan siang maka kita akan bertemu pula dengan malam. Bumi ini terus berputar sehingga pertukaran itu terjadi secara teratur. Sungguh indahnya ciptaan Allah. Tidak ada yang boleh menandingi cara pentadbirannya terbaik di alam semesta ini.

Saudaraku,

Apabila tibanya malam janganlah kita berasa aman dan tenang dengan diri kita. Mengapa?

Kerana gangguan demi gangguan pasti akan datang untuk menguji kita dan salah satunya adalah syaitan yang sentiasa untuk menggoda kita agar kita jatuh ke lembah maksiat.

Malam ini juga menjadi kenikmatan bagi 2 golongan iaitu mereka yang nikmatnya ‘berkhalwat’ dengan Allah manakala satu golongan lagi adalah mereka yang rasa ‘nikmat’ berbuat maksiat kerana merasakan tiada manusia yang melihat pada waktu ini.

Sudah tentu kita sebagai hamba yang sangat lemah memerlukan sokongan daripada Allah.

Berdoalah kepada Allah agar iman kita ini sentiasa dalam keadaan sedar dan menjadi perisai daripada godaan syaitan yang melemahkan diri kita. Mintalah agar diberikan hati yang terang walaupun berada dalam kegelapan malam.

Hal itulah yang juga dilakukan oleh Rasululllah. Dari Abdullah bin Amr RA berkata, “Apabila Rasulullah SAW bepergian, lalu malam tiba, beliau mengucapkan:

‘Wahai bumi, Rabbku dan Rabbmu adalah Allah. Aku berlindung kepada Allah dari kehatanmu, kejahatan yang ada padamu, kejahatan yang dikandugmu dan kejahatan segala yang berkeliaran di atasmu. Aku berlindung kepada Allah dari singa dengan segala jenisnya, dari ular dan kalajengking, dan dari penghuni negeri ini, serta dari orang tua dan anaknya’,” (HR. Abu Dawud)

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply