Berhenti Menjadi Judgemental, Anda Bukan Pemilik Kunci Syurga. – Ashikin Hamid

0
129
views

Rata-rata anak-anak muda pada hari ini sangat terbuka dalam kehidupan hatta dengan perkara negatif sekalipun.

Terbuka dengan cara hidup bebas bersosial, bebas berpeleseran bebas berhubungan lelaki, perempuan, serta berhubungan sejenis dan bebas berpakaian dengan trend-trend yang tidak diketahui asal-usulnya.

Ironisnya, mereka punya pendirian bahawa selagi mereka tidak melanggar undang-undang, mahupun berbuat jahat terhadap mana-mana individu mahupun golongan, mereka sudah dikira baik dari segala sisi.

960x0

Menurut amatan mentah saya juga, generasi belia sangat terbuka, ‘kecuali’ kepada teguran. Lihatlah bagaimana komentar-komentar netizen muda yang bergitu menjuarai pertandingan ‘keyboard worrior’.

Tetapi, saya percaya mereka pasti, hanyalah sebahagian kecil sahaja jika dinisbahkan dengan keseluruhan rakyat Malaysia.

Apa yang bergitu menarik perhatian saya sebenarnya adalah, apabila timbulnya golongan-golongan yang terlalu ‘defensif’ yang berpegang teguh dengan rukun hidup “hati mau baik, luaran jangan nilai”.

Apabila datangnya ‘teguran’, prinsip inilah yang dijaja sebagai ‘lesen’ untuk meneruskan ‘budaya’ mereka. Benar, ‘menilai luaran’ adalah kesalahan besar pertama yang biasa berlaku dalam memulakan salam perkenalan, dan ia tidak selayaknya dilakukan kepada sesiapapun.

Hakikatnya, ianya bukan alasan yang diterima pakai di alam barzakh kelak bukan? Besarnya tugas para da’i dalam memberi keyakinan terhadap alam yang belum disaksikan dengan mata kepala umum ini.

Ingin sekali saya kongsikan kata-kata Buya Hamka. Ulama dan juga seorang penulis hebat yang hasil seninya kini masih galak ditelaah muda mudi. Beliau pernah didatangi soalan bergini;

“Mengapa ya pak, ada orang yang pada rupanya elok, berkupiah bertudung, solat lima waktu namun kadang-kadangnya cukup buruk akhlaknya, tiada santunan dan kesat bahasanya.”

“Tetapi, ada pula orangnya yang tidaklah baik baju pakainya, solat pun terkadang lalai mengerjakannya, namun baik akhlak dan budi pekerti, elok bahasa dan santunannya”

solat-berjemaah

Jawab beliau;

“Nasib baik orang yang tidak solat itu penyantun, kalau tidak, tiada ada apa-apa kebaikan lagilah pada dirinya dan nasib baik orang yang tidak penyantun itu solat, jika tidak cukup teruklah dirinya di sisi Allah dan pada pandangan manusia…”

Benar kata Pak Hamka. Intipatinya; Si penyantun yang tidak solat, bernasib baik kerana ada kebaikannya pada manusia.

Si fulan yang bersolat pula, bernasib baik kerana menjaga solatnya walaupun dipandang hina manusia kerana kejelikan akhlaknya.

Bukan untuk memberi keyakinan bahawa akhlak itu tidak penting walaupun ibadah kita terjaga, sebaliknya Pak Hamka saya lihat ingin mempertontonkan hakikat nilai manusia disisi Allah.

Soalan yang terbit di benak fikiran saya daripada kata-kata Pak Hamka ini adalah: bagaimana nasib si penyantun itu dihadapan Allah apabila tiada tiang langsung yang didirikan (solatnya), kerana manusia yang menyayanginya didunia sudah tiada daya membantunya lagi.

Sesuatu yang boleh kita renungkan. Buat mereka yang mengamalkan ‘rukun hidup’ bergini, belajarlah melihat dari sudut pandang berbeza.

Letakkan diri kita pada sudut pandang akhirat. Apa pengakhiran kehidupan yang kita mahukan? Sekali-sekala, nyahkan sudut pandang dunia dari pemikiran kita sejenak dan gantikan dengan keluasan pandangan akhirat.

Walaubagaimanapun, dengan kita terus menilai orang lain itu dan ini, sebenarnya ia telah menonjolkan siapa diri kita yang sebenar. 

Jadi berhati-hatilah apabila berhadapan dengan orang yan kita lihat tidak ‘soleh’ pada zahir mata kita, kerana boleh jadi pada pandagan Allah dia jauh lebih baik daripada kita.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply