Bila Sudah Tiba Masanya Untuk

1
77
views

sepi

Untuk..

Untuk..

Bernikah.

Ya..

Ehem..

Tulisan kali ini akan ditulis dengan penuh serius. Memandangkan ini juga merupakan topik serius. Anda boleh membayangkan wajah saya yang sedang serius dan berkerut ini. Kenapa saya kata serius? Dan anda perlu membacanya dengan serius? Tidak tergedik-gedik lagi membayangkan alam fantasi penuh riang? Kenapa?

Begini akh/ukht/saudara/saudari.. Saya akan memulakan artikel ini dengan 8 paradigm shift berbeza sebelum kita akan pergi lebih lanjut.

Pertama:

Apakah nilai sebuah perkahwinan?

Bismillah

Pernikahan bukan sekadar memenuhi hasrat hati dan mempertemukan rasa cinta lawan jenis. Bukan sekadar tindak lanjut pujuk rayu dan untaian kata yang manis-manis. Meskipun banyak di tengah jalan berubah menjadi bengis, isteri menangis, karena suami seperti iblis. 

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga bisa diibaratkan seperti anda sedang menahkodai bahtera di lautan yang tidak terlepas dari terjangan ombak dan badai. Jika sang nahkodanya pandai menahkodainya kapal akan selamat dan sampai tempat tujuan. Sebaliknya jika tiada ilmu serta tidak menguasainya, kapal akan karam di tengah lautan. 

Sahabat,

Begitulah kehidupan berumah tangga. Tidak semudah seperti yang kita jangka. Dalam kehidupan berumah tangga, andalah pilot, nakhoda, imam, presiden, perdana menteri ! Semua itu anda ! Anda adalah ketua rumah yang akan mengepalai keluarga anda!

Justeru. Besar tanggungjawabnya. Tidak mahulah nanti digelar sebagai seorang daie, tetapi keluarga yang bakal dibina itu, bukanlah keluarga dakwah. Tetapi sebaliknya.

“Berapa ramai orang yang hidup dalam lingkungan dakwah dan mengunyah prinsip-prinsip dakwah tetapi mereka tidak dapat memindahkan suasana dan prinsip-prinsip dakwah itu keluar dari lingkungannya walau kadar selangkah pun”. (Fathy Yakan)

Kedua:

Memandang Pernikahan sebagai perkara yang serius

Tahukah setiap daripada kita, orang yang sering kali bermasalah dalam urusan pra dan pasca pernikahannya kebanyakan daripada mereka yang mempunyai mentaliti sempit seperti ini setiap kali diajak berbincang oleh murabbi ;

“Banyak lagi hal besar yg boleh dibicarakan selain pernikahan”

Apakah mereka menganggap pernikahan itu hal kecil,sehingga boleh diremehkan ?

Berapa ramai orang yang menunda perkahwinan sedangkan dirinya tidak sedar bahawa mereka bukan disibukkan dengan dakwah, tetapi maksiat..

(Ustz Salim Fillah)

Allahu Allah…

Ketiga:

Tsiqah (percaya) Terhadap Baitul Muslim

Yup ! Part ini yang paling sukar sekali. Sehingga ke hari ini, sehingga ke saat ini, saya masih juga menyimpan rasa ragu-ragu terhadap sistem Baitul Muslim. Kerana hakikatnya saya tetap manusia biasa yang dihantui bisikan-bisikan hawa nafsu. Ingin memilih yang cantik la *itu sure selalu datang, hafizah la, ini la, itu la, sedangkan tak sedar bahawa diri pun tak layak untuk semua itu. Tetapi sebenarnya tak salah untuk memilih, tetapi jangan berlebihan.

Berbalik kepada tsiqah kepada Baitul Muslim ini, ada baiknya kita selalu rujuk orang yang lebih berpengalaman. Para ustaz, murabbi kita, ikhwah-ikhwah senior yang telah berkahwin. Selalu meminta pandangan dan pendapat mereka, untuk mewujudkan keyakinan internally dan externally kepada kita. Kerana betul , memang bukan mudah, untuk kita percaya bulat-bulat kepada sistem ini, apatah lagi minda generasi sekarang, adalah minda couple dulu sebelum berkahwin. Kalau tidak couple itu dianggapnya kolot.

Ada pula, yang menggunakan alasan couple untuk mengenal hati budi pasangan mereka, sedangkan Imam Hassan Al Banna sendiri berkata, hatta jika berkawan selama 20 tahun sekalipun, kita tetap tidak akan betul-betul mengenal si dia. Ha? Hamik sekali kau

Keempat:

Pernikahan perlu bernilai dakwah

Pernikahan akan bernilai dakwah apabila dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Islam di satu sisi, dan menimbang berbagai kemaslahatan dakwah dalam setiap langkahnya, pada sisi yang lain. Dalam memilih jodoh, dipikirkan kriteria pasangan hidup yang bernilai optimal bagi dakwah.

Dalam menentukan siapa calon jodoh tersebut, dipertimbangkan pula kemaslahatan secara lebih luas. Selain kriteria umum sebagaimana tuntunan fikih Islam, pertimbangan lainnya adalah :

apakah pemilihan jodoh ini memiliki implikasi kemaslahatan yang optimal bagi dakwah, ataukah sekedar mendapatkan kemaslahatan bagi dirinya sendiri? 

(Cahyadi takariawan)

Kelima:

Agama itu lebih cantik daripada paras rupa

Jika kecantikan gadis harapan anda bernilai 100 poin, tidakkah anda bersedia menurunkan 20 atau 30 poin untuk bisa mendapatkan kebaikan dari segi yang lain ? Ketika pilihan itu membawa maslahat bagi dakwah, mengapa tidak ditempuh ?

(Cahyadi takariawan)

Globalisasi nafsu mengatakan wanita itu cantik atas paras rupa dan bukannya agama.

Keenam:

Jangan tergesa-gesa

Anak muda, jika anda mampu, berkahwinlah. Seperti sabda Nabi Muhammad Saw.

Jika tidak, maka berpuasalah.

Jatuhkan pandangan matamu,

lunakkanlah pegangan hatimu pada Allah.

InsyaAllah akan selamat..

Lalu, tanyakan pula, berapa banyak ilmu yang telah kita garap sebelum berumah tangga. Adakah persediaan kewangan telah dilakukan? Sebelum, semasa dan selepas pernikahan?

Tidak mahulah nanti digelar bidan terjun. Ini tak tahu, itu tak tahu .

Sekurang-kurangnya khatamkan dulu segala macam buku tentang hidup berkeluarga. Penting itu!

Ketujuh:

Bila bunga meminang kumbang

Seorang muslimah yang duduk sahaja menanti lamaran lelaki, maka dia ini sedang mengikuti sunnah para puteri, wanita-wanita bangsawan. Mereka malu dan merasa aib menawar diri kepada lelaki, bimbang dipandang murah.

Manakala seorang muslimah yang meminta nikah kepada keluarga dan walinya maka dia mengikuti sunnah para sahabat nabi dan teladan orang-orang solihin. Apabila sampai masa untuk bernikah maka dia meminta kepada bapa dan saudara lelakinya untuk mencari pasangan.

Kemudian wanita yang mencari sendiri calon suami, menawarkan diri kepada orang-orang yang dihormati dan dicintai, mereka ini pula mencontohi teladan Khadijah RA yang bijaksana dan para sahabat wanita yang mulia. Mereka tidak ingin ketinggalan dan tidak mahu pula terlepas peluang kebaikan.

Kehidupan ini realiti, dalam hidup ini kita perlu saling memberi dan menerima, justeru orang yang ingin diterima maka dia pula perlulah sanggup memberi.

Ingin jodoh yang sempurna dan istimewa maka kita pun perlulah sanggup membayar harganya.

Ada yang memerlukan kita untuk mempunyai kecantikan, ada yang menuntut ilmu pengetahuan, ada yang memerlukan kebijaksanaan dan kebolehan, ada yang memerlukan kita untuk memiliki ketaqwaan dan kesabaran….

Yang penting, apa yang terbaik kita beri, itulah yang kita akan terima.

Dan bukankah kebaikan itu balasannya ialah kebaikan pula ?

هَلْ جَزَاء الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
“Tidak ada balasan kepada kebaikan kecuali dengan membalas kebaikan (pula).” [Al-Rahman :60]

Harga tiap jodoh dan kebahagiaan itu tidak sama tetapi yang pasti ianya tidak murah !

(Ustaz Emran Ahmad)

Kelapan:

Materialisme?

Jika saya tanyakan pada anda, “Wahai para pemuda, mengapa tidak segera menikah? Sementara usia anda telah semakin tua?”

“Saya belum memiliki pekerjaan yang tetap, saya belum ada duit yang cukup, saya belum mampu untuk menyara hidup saya sendiri, saya belum mampu untuk menyara dirinya nanti…”

Kata Pak Cah, di dalam bukunya, Di Jalan Dakwah aku Menikah,

Itulah sejumlah alasan yang diberikan sehingga dirinya merasakan tidak perlu untuk menyegerakan pernikahan. Dirinya terlalu memikirkan kehidupan sinetron. Kereta mewah, rumah mewah, duit tabungan yang cukup, sudah ada kereta sendiri, tidak mahu memakai kereta second hand dan sebagainya.

Corak pemikiran seperti ini adalah tidak sihat. Seolah-olah kita meletakkan perkahwinan itu hanya sebatas kebahagiaan material sahaja. Jujur, memang tidak salah, tetapi harus dibezakan antara perancangan kewangan dan juga kehidupan yang mewah.

Tidak dinafikan wang penting demi keluarga dan dakwah, tetapi wang bukan segala-galanya.

Kini masanya telah tiba

Adakalanya, hati kita ragu-ragu, minda kita celaru. Patut ke aku melangkah ke marhalah seterusnya. Kalau ikut hati, rasa macam belum bersedia. Tapi macam murabbi/astatizah/ustaz-ustazah selalu cakap, kalau nak tunggu bersedia sampai bila pun kita tidak akan bersedia 100%. Pasti akan ada kekurangan, maklumlah, kita manusia biasa. Maka di bawah digariskan 10 panduan ringkas adakah kita patut melangkah ke marhalah kehidupan yang seterusnya ataupun tidak? Adapun panduan ini adalah bersifat relatif dan berbeza mengikut keadaan individu.

1) Jika anda sudah merasa gelisah, jika pada malam-malam yang sepi mencengkam tiada teman yang mendampingi. Inilah saat bagi anda untuk menikah. Jika anda sudah mulai tidak tenang saat sendirian, itulah saatnya anda perlu hidup berdua. Jika anda sudah begitu resah saat melihat akhawat di perjalanan, itulah saatnya anda menguatkan hati untuk datang meminang. Hanya dua kalimat sahaja yang perlu anda persiapkan untuk meminang: “alhamdulillah” bila diterima dan “Allahu Akbar” bila ditolak. (Ustaz Fauzil Adhim)

2) Keinginan yang kuat untuk mendirikan keluarga dalam kerangka paksi dakwah.

3) Sedar kehidupan rumah tangga ini memerlukan sifat tanggungjawab yang tinggi. Ianya boleh diukur sejauh mana hubungan anda dengan anggota keluarga, ayah dan ibu serta adik beradik yang lain. Adakah semakin erat ataupun sebaliknya? Adakah anda mengambil berat tentang perihal adik beradik yang lain? Kesihatan mereka? Pelajaran mereka? Juga kepada perihal ayah dan ibu.

4) Ibu dan ayah anda melihat anda sebagai seorang yang dewasa, boleh berdikari sendiri, tidak mengharapkan dan bergantung 100% kepada mereka, juga telah mula memberi kepercayaan-kepercayaan dan amanah-amanah kepada anda, seperti menguruskan hal ehwal pendaftaran universiti adik-adik, menghantar nenek ke hospital dan sebagainya.

5) Telah bersedia untuk memberi nafkah.

“Saya perlu menegaskan sekali lagi bahawa kesediaan memberi nafkah tidak berhubungan dengan adanya pekerjaan tetap bagi calon suami. Seseorang yang sudah memiliki pekerjaan tetap dan gajinya besar belum tentu memiliki kesediaan untuk memberi nafkah”

Juga disebut, jika anda masih belajar, dan ibu bapa anda menanggung pembelajaran anda, serta membenarkan anda berkahwin. Mereka tidak mahu membebankan anda dengan kepayahan mencari nafkah sebaliknya mahu anda  menumpukan kepada pelajaran. Maka ianya dibolehkan. Bukan bermaksud, pemuda itu malas, tetapi lebih kepada bantuaan oleh pihak keluarga. Tetapi, amatlah baik jika pemuda itu mempunyai inisiatif mencari rezeki sendiri, kerana dirinya masih muda dan tenaganya masih kuat. Banyak pekerjaan halal di luar yang boleh dilakukannya.

6) Selalu mengusik orang, “hang bila lagi? hang bila lagi?” Sebenarnya dirinya sedang tidak keruan untuk bernikah.

7) Terlalu banyak menulis perihal perkahwinan di status fb, blog dan sebagainya. Seperti yang sedang menulis ini

8) Telah bersedia daripada sudut psikologi dan emosi untuk hidup berdua. Menyedari bahawa hakikat perkahwinan itu bukanlah alam riang fantasi sahaja, bahkan adakalanya menuntut air mata dan jerih perih payah sebuah kehidupan.

“Betapa ramai orang yang mendambakan isteri seperti Khadijah, tetapi tidak mahu bernikah dengan orang yang usianya sedikit tua daripadanya. Betapa banyak yang merindukan kemesraan seperti Rasulullah dengan Aisyah yang berlumba lari atau saling minum susu dari satu gelas yang sama, tetapi melupakan bahawa Nabi saw adakalanya harus mengalas perutnya dengan batu kerana sudah dua hari tidak bertemu sebarang makanan”

9) Menyiapkan ruhiyah diri. (Amal Fardhi, solat jamaah, baca Al Quran, solat malam dan sebagainya)

10) Telah bersedia sedikit sebanyak memperoleh butir-butir pesanan mutiara berharga daripada para astatizah/murabbi ataupun mereka-mereka yang telah “senior” dalam melayari bahtera perkahwinan ini. Juga menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga melalui pembacaan dan ceramah-ceramah.

Wallahualam.

Sebelum saya tutup tulisan pada kali ini, suka untuk saya menulis pesan yang begitu menyentap hati ini;

“Tidak ada waktu untuk menunda jika engkau memang telah siap. Maka apalagikah alasan yang bisa engkau berikan untuk memaafkan dirimu sendiri? Bukankah jika engkau miskin Allah berjanji akan memberi kecukupan kepadamu?”

Masanya kini telah tiba?

Apa yang engkau tunggu lagi?

Asyraf Farique

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. Assalam.perkongsian yg baik sekali.dikesemptn ni ana nk minta pndapt admin atau siapa2 yg sudi, ana mngalami dilema utk terima atau x ikhwah yg diusulkn oleh someone.situasi yg sdg bljar dan ana juga tahu bukn mudah utk dpt risikn dri ikhwah yg baik.cuma disebbkn ana sndiri xpernah kenal siapa ikhwah trsebut (dah kerja) buat ana ade rasa kurg yakin.ana doa minta Allah tunjukkn.tapi ana sndiri xtahu ape indicator utk terima atau tolak.sejujurnya ana x punya rasa kesesuaian.adkah suka itu blh dipupuk nnti?jika ana tolak adkah ana akan rugi nanti atau jika terima adkah benar2 sesuai utk ana? Adkah akn hadir jodoh yg baik utk kali yg setrusnya atau just terima yg ini atas dsar dkwah.maaf brtanya disini.ana hrap ini sedikit sebanyak menenangkan diri sendiri.~hamba yg hina~

Leave a Reply