Bolehkah Alam Ini Diciptakan Tanpa Pencipta-Nya? – Md Hasri

0
25
views

Physicist and best-selling author Stephen Hawking listens to questions from reporters, Saturday, June 16, 2012, in Seattle. Hawking was taking part in the Seattle Science Festival Luminaries Series focusing on the topic of evolution. (AP Photo/Ted S. Warren)

Dalam dokumentari “THE THEORY OF EVERYTHING” telah memaparkan sebuah kehidupan tokoh fizik dan kosmologi British yakni Stephen W. Hawking. Dalam kehidupan awalnya, beliau menghidapi beberapa penyakit telah menyebabkan beliau menghabiskan masa untuk mengkaji alam raya atau Universe.

Dalam kesimpulan beliau menyatakan bahawa alam raya atau Universe wujud dengan sendirinya atau sentiasa berevolusi. Tambahan pula, beliau berpandangan bahawa tidak ada konsep pencipta-Tuhan atau creator-god untuk mewujudkan alam raya ini sepertimana yang difahami oleh penganut beragama diseluruh dunia.

Dari sudut pandangan politik beliau cenderung kepada kekirian. Hal ini kerana beliau menolak pencerobohan Iraq dan menyokong masyrakat Palestin untuk mempertahankan diri mereka daripada Israel. Dari sudut politik, beliau beragumentasi sebagai seorang penganut fahaman humanist!

Namun begitu, dari sudut keyakinan agama, beliau mengaku sebagai seorang atheist atau tidak mempercayai konsep pencipta-Tuhan. Hal ini kerana dalam dokumentari tersebut, apabila seorang lelaki bertanya kepada beliau sama ada percaya kepada Tuhan atau tidak? Beliau mendiamkan diri seketika, dan selepas itu menjawab, “selagi ada kehidupan, selagi itu ada harapan” (“As long as there is life, there is hope,”).

Jawapan yang diberikan menimbulkan perplexed tetapi hadirin yang hadir bertepuk tangan sama ada jawapan itu memuaskan atau untuk memuaskan hati beliau? Itu satu persoalan pokok! Apakah yang dimaksudkan sebenar oleh beliau? Jawapannya, hanya Stephen W. Hawking dan Tuhan Maha Mengetahui.

Penulis sendiri keliru dengan takrifan yang diberikan oleh beliau sebagai deklarasi atheisme. Ironinya, sebagai seorang ahli fizik yang terkenal, sudah semestinya beliau mengetahu bahawa tiada sesuatu benda akan wujud melainkan ia diwujudkan oleh sesuatu kuasa yang lain.

universe-backgrounds-11

Hal ini bermakna sudah semestinya ada suatu yang akan mengambil peranan sebagai implikasi kewujudan sesuatu benda itu berlaku. Mana mungkin sesuatu benda itu terjadi dengan sendirinya. Inilah asas-asas fizik! Misalnya seorang penulis mesti mempunyai tujuan mengapa hasil penulisannya diwujudkan, sebelum hasil penulisannya diwujudkan.

Hasil penulisannya tidak boleh wujud secara tiba-tiba mendahului tujuan penulis. Selepas itu, barulah penulisan itu memberikan implikasi kepada para pembaca, kemudian implikasi tersebut akan kembali memberikan sebab kepada penulisan itu ditulis dan seterusnya et infinitum.

Jadi, ini bermakna ada satu adikuasa yang mencipta alam raya ini seperti mana yang dilihat oleh kita dengan pancaindera penglihatan. Alam raya ini sudah tentu tidak kekal, kerana akan musnah apabila tenaga alam rayanya habis digunakan.

Ini adalah logik dan rasional dalam sains. Tetapi kenapa seorang yang genius dalam fizik seperti Stephen W. Hawking tidak boleh melihatnya secara mudah?

Seterusnya, konsep Uncaused Cause dalam erti phraseology dalam ilmu falsafah. Siapa dan apa yang menyebabkan Uncaused Cause? Untuk menjawab pertanyaan berat ini, kita harus kembali kepada pengetahuan sains.

Dalam bidang falsafah dipanggil sebagai ilmu epistemology. Epistemology merangkumi tiga fasa yakni pertama, bukti fizikal; kedua, bukti logical; ketiga, supralogical.

Untuk penjelasan ini misalnya, kewujudan buku. Buku yang kita baca itu kita lihat dan pegang dengan tangan. Ini disaksikan oleh deria rasa manusia yang menunjukkan kewujudan buku tersebut sebagai bukti fizikal. Kemudian, kita bertanya, dimana datangnya buku, ia diperbuat daripada apa? Jawapan, kita ialah datangnya daripada penulis.

a4turquoise_open

Bagaimana kita mengetahuinya? Yakni melalui deduksi logical. Bukti logical merupakan tahap kedua. Pertanyaan akhir sekali, di manakah asal penulis buku tersebut?   Jika ditanya kepada seorang yang atheis genius seperti Stephen W. Hawking. Dengan bangganya beliau menjawab, ia berasal daripada alam raya yang terjadi dengan sendirinya.

Dalam ertikata yang lain seorang atheis hanya tahu kecetekannya alam raya ini kerana mereka tidak berpegang kepada Kebenaran Mutlak yakni konsep Pencipta- Tuhan.

Apakah Kebenaran Mutlak? Kebenaran Mutlak melipuri tiga bahagian yakni deria rasa, logikal dan supralogikal. Adakah supralogikal ini kontradiksi dengan dua tahap yang lain? Sudah tentu tidak. Supralogikal ini tidak bertentangan dengan deria rasa dan logikal. Hal ini kerana ia merupakan deria dan logikal yang paling tinggi.

Bahkan berdiri dengan sendiri. Oleh itu, wujud sebuah tenaga luar biasa yang berdiri disebalik alam raya ini yakni Kebenaran atau Truth. Kebenaran ini berdiri dengan sendiri tanpa memerlukan pertolongan makhluk-makhluk disekelilingnya.

maxresdefault

Kebenaran ini juga wujud dengan sendirinya. Kebenaran inilah juga yang mencipta alam raya dan disebalik alam raya yang tidak terlihat oleh makhluknya. Siapakah Kebenaran ini? Kebenaran inilah dipanggil sebagai Tuhan Maha Esa!

Bagaimana kita mengetahui Kebenaran ini? Jawapannya, lihat diri kita. Bagaimana boleh wujudnya penulisan ini jika tanpa adanya sesuatu matlamat murni ini. Bolehkah kita mengenali dan dimanakah roh di badan? Sudah tentu tidak boleh. Tanpa Tuhan Maha Esa, tidak wujudnya penulisan ini, tidak berfikirnya manusia, tiada wujudnya sebuah tamadun.

Inilah yang kita panggil sebagai kuasa Tuhan Maha Esa! Bukankah ini logik yang mudah? Tetapi kenapa manusia genius seperti Stephen W. Hawking tidak memahaminya dari sudut fizik?

Oleh itu, takdir alam raya sudah ditentukan oleh Tuhan Maha Esa, tanpa kita (manusia) ketahuinya. Maka, apabila tenaga alam raya itu sudah habis, maka hancurlah ia melainkan Tuhan Maha Esa. Seperti mana yang terkandung dalam Quran:

“Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (28: 88)

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply