“Bolehkah ‘Benda’ Ini Membawa Aku Menunaikan Haji Di Baitullah?”

0
627
views

Al-Hassan Abdullah merupakan seorang muslim di sebuah perkampungan di Ghana. Sebuah dron milik syarikat berita dari Turki telah terjatuh di hadapan rumahnya ketika membuat rakaman.

Saudara Abdullah dengan penuh takjub memegang sebuah kamera drone. Lalu keluarlah sebuah kalimat yg begitu mengharukan melalui lisan beliau:

“Dapatkah benda ini menjadi lebih besar lalu membawaku naik Haji ke Baitullah?

Wartawan tersebut telah memaparkan gambar Al-Hassan bersama cerita ini di akaun twitter miliknya, dan ia tular dalam masa beberapa minit sahaja. Tidak lama selepas itu kisah ini telah mendapat perhatian Menteri Luar Turki.

Kerajaan Turki telah menghubungi lelaki tua ini, dan memberitahunya bahawa mereka akan membiayainya untuk pergi menunaikan haji. Al-Hassan dilaporkan telah berangkat ke Jeddah beberapa hari lepas.

Dengan KudratNYA, ALLAH boleh melakukan apa sahaja. Kadang-kadang si miskin dan tidak berharta ALLAH boleh menghantarnya untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadat Haji.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply