Bukan Pelajar Maahad Tahfiz Tapi Nak Hafal Quran, Tips Ini Mungkin Membantu – Naimah Isa

0
112
views

Menghafal al-Quran bukanlah perkara yang mudah namun bukan juga perkara yang sangat sukar direalisasikan oleh mereka yang baru sahaja hendak berjinak-jinak dengan proses hafalan.

Sudah tentu menghafal ini memerlukan komitmen daripada penghafal, kerana proses menghafal itu sendiri agak mencabar terutamanya bagi mereka yang tidak familiar dengan bahasa arab.

Antara tips yang boleh dikongsi bagi siapa pun yang baru hendak bermula ialah:

  1. Niat yang betul

Niat memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan kelestarian proses hafalan seseorang. Tanpa niat yang betul kerana Allah SWT, seseorang itu cenderung untuk berputus asa apabila menemui jalan sukar dalam proses hafalan.

tadarus-al-quran-_120410225256-734

  1. Bina support system

Kumpulan sokongan atau individu yang menyokong proses hafalan amat penting bagi memastikan momentum hafalan itu tidak hilang setelah beberapa ketika. Anda boleh membentuk kumpulan kecil yang akan menyemak bacaan anda setiap minggu.

Sebagai contoh, bentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang dan hantar rakaman hafalan anda untuk disemak pada setiap hari yang telah anda tetapkan sebagai hari untuk menyemak bacaan.

16601919_1333806786663310_5408735935702719004_o

  1. Faham maksud ayat

Ketika menghafal, lazimi diri anda untuk menyemak makna ayat yang sedang dihafal. Lebih menarik jika anda mampu memahami dan mengingati jalan cerita di dalam surah tersebut.

Proses ini secara tidak langsung menguatkan lagi ingatan anda terhadap surah yang dihafal.

  1. Ulang hafalan

Bagi anda yang menghafal, tidak dapat tidak anda perlu mengulang hafal surah yang telah habis dihafal kerana ia akan menguatkan lagi ingatan anda. Anda boleh mengulang hafalan dengan ahli keluarga dan teman sebilik atau membacanya ketika solat.

Membaca-Al-Quran-di-Handphone-Tanpa-Berwudhu-Ini-Hukumnya

  1. Manfaatkan smart phone anda

Ketika bersendirian, anda boleh menggunakan fungsi rakaman dalam telefon pintar anda untuk merakam hafalan yang anda ulangi.

Setelah itu, anda boleh semak bacaan anda dengan merujuk kepada al-Quran sekaligus dapat mengenal pasti di mana kesalahan anda sama ada dari segi susunan ayat mahu pun tanda bacaan.

Tambahan lagi, anda boleh mendengar rakaman audio surah hafalan anda pada waktu lapang seperti ketika menunggu bas atau di dalam kenderaan.

Selain tips-tips di atas, berusahalah mengekalkan hafalan kita dengan menjaga makanan dan menjauhi perkara maksiat. Hal ini kerana dua perkara ini merupakan antara factor lemah ingatan terutamanya dalam menghafal al-Quran. Wallahu’alam.

Artikel Yang Berkaitan :-

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply