Bulatan Gembira

1
204
views

Bulatan Gembira

 

Bulatan Gembira | Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk berkongsi skrip kehidupan sebagai hamba Allah. Angin pasa waktu Jummat ini, menggerakkan diri ini untuk berkongsi sebentar tentang BULATAN GEMBIRA. Masih segar dalam ingatan, tatkala menerima tawaran MARA utk ke MMU ini, pelbagai spekulasi yang berlaku, Maklumlah, apabila dengar sahaja belajar di IPTS, masing-masing memberikan perspektif yang negatif.

Namun, saya yakin dengan istikharah yang saya lakukan.Walaupun menerima tawaran di UIA, namun rezeki berpihak di MMU.Walaupun terkilan tidak menerima tawaran UIA secara rasmi, namun hasrat untuk menjejakkan kaki ke sana akan saya kotakan jua.Insya Allah.

Kali ini,apa yang ingin dikongsikan tentang BULATAN GEMBIRA Apa itu BULATAN GEMBIRA? BULATAN GEMBIRA ialah satu “group of circle” yang terdiri antara beberapa orang ahli yang dikenali sebagai usrah.Di MMU ini terkenal dengan nama GROUP OF ROSE CIRCLE yang dikendalikan oleh naqibah yang berpengalaman.

KENAPA PERLU ADA BULATAN GEMBIRA?

Jika dahulu kehidupan 5 tahun di MRSM, cukup menjadikan diri kita lebih teratur, pelbagai pengisisan untuk rohani dan jasmani.Situasi mula berubah, apabila melangkah di alam universiti, tiada pantauan,kebebasan dalam melakukan apa sahaja dan sebagainya. Pernah juga ada sahabat berkongsi kepada saya berkaitan masalahnya di universiti sekarang,pesanan saya hanya satu ”Jika berpeluang untuk menyertai usrah, maka sertailah,ketenangan akan muncul di situ.”

Apabila kita menghadiri majlis-majlis ilmu seperti BULATAN GEMBIRA ini, umpama kita menghadiri taman-taman syurga.Bukan susah untuk berada dalam taman syurga bukan? Itulah ganjaran Allah kepada hambanya.Allah masih beri ganjaran kepada hambanya yang cinta akan ilmu untuk berada di taman syurga.Subhanallah!

“ Wahai orang-orang yan beriman! Bertakwalah kepada Allah,dan carilah wasilah atau jalan untuk MENDEKATKAN DIRI padaNya,dan berihadlah(berjuang) di jalanNya, agar kamu beruntung”(Surah al-Maidah,ayat 35)

Ramai yang berpendapat, bahawa bila dengar USRAH, pastinya pengisian kena menghafal hadis atau ayat al quran ataupun suatu perkara yang membosankan.Betapa jumudnya fikiran kita kalau kita beranggapan begitu. Sebenarnya, usrah ini suatu benda yang cukup santai dan ibarat sebuah keluarga apabila kita menyertainya.

Alhamdulilah, saya sendiri sudah merasai nikmat tersebut.Alhamdulilah! Dengan BULATAN GEMBIRA ini, kita lebih saling mengingati,memantapkan ukhuwah dan sebagainya. Menganggap usrah ini satu yang membuang masa ibarat kita mengatakan bahawa meluangkan masa bersama Allah, adalah membuang masa.Nauzubillah!

 

 VIP KEDUA !

Ingin Sekali saya kongsikan, mesej yang dihantar bonda saya kepada saya:

“SALAM..Rebutlah peluang sebagai VIP kedua yang akan mendapat naungan Allah di saat tiada satupun naungan di hari kiamat kelak. VIP itu adalah remaja yang hidup dalam ketaatan.Remaja ini adalah remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan namun sentiasa menjaga bata-batas pergaulan dan agama.”

Mesej ini turut saya “forward” kan kepada mereka yang saya sayangi. Semoga kami semua mendapat rahmatNya.

Usia remaja amat mencabar kerana pelbagai pengaruh menghantui kita sama ada dari media, rakan sebaya, dan lain-lain. Jiwa remaja yang ingin mencuba dengan pelbagai budaya hedonisme turut memberikan kesan negatif kepada kita semua yang bergenerasi Y.

Namun sebenarnya, di celah-celah keributan gejala sosial ini masih ada lagi remaja yang menjaga agama mereka. Inilah yang kita mahukan, mencari anak muda yang sehebat Sultan Muhammad Al-fateh, sehebat srikandi Fatimah Az-Zahra dan sebagainya.Golongan inilah layak menerima naungan dari Allah di akhirat kelak sebagai ganjaran kekuatan “antibodi” mereka.Insya Allah.

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kepada Bulan Ramadan…AMIN… Terima kasih juga kepada kakak2 naqibah yang banyak membantu kami. Moga Allah sentiasa pelihara kita di bawah naunganNya..Sesungguhnya diri ini amat bersyukur dapat bertemu kalian..=)

 

Nurul Atiqah binti Mohd Shukry

Pelajar Undang-Undang,Multimedia Universiti

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply