We Are Not Campers

0
2
views

Pilates-for-Climbers-in-Perth

Terpana sebentar ketika menyelak helaian muka buku Zero to Hero.

We are not campers, definitely not quitters, but we are climbers!

Sikapnya orang yang suka bercamping, apabila menjumpai sesuatu yang memuaskan hati, mereka akan berhenti dan bercamping. Jika yang cepat mengalah, penat aja , berliku aja, sudah mula berhenti.

Tapi halnya lain dengan si pendaki. Halangan ke ribut, hujan batu, lautan api sekalipun, akan diredhainya juga. takkan berhenti. Bezanya antara mereka lambat dan cepatya. Kreatif atau tidak. besar atau kecilnya langkah. Tapi jauh sekali mengalah. Mereka tergelincir hatta terjauth atau terpelcok masuk ke dalam gaung sekalipun akan mereka naik semula, walaupun dengan kepayahan, dengan rasa malu kerana terjatuh kerana mereka tak puas. Tak puas lagi tak sampai ke puncak. Tak puas lagi tak nampaknya sinarnya matahari, birunya awan.

Itulah hakikatnya tarbiah itu penuh dengan liku² kesusahan. Tapi tarbiyyah yang Allah ajarkan, tak pernah mengajarkan kita untuk kalah malah untuk ada sifat campers ataupun quitters. 

Tapi hakikatnya dengan kesusahan ini, dengan kepayahan ini, kita tahu akan ada balasan syurga yang menanti.

Tarbiyyah mengajar kita untuk tidak puas. Tidak puas dengan amal yang sedikit ,tidak puas mengejar Dia.

Manja macam mana pon kita , malas macam mana pon kita , letih macam mana pon kita, hectic macam mana pon kita. Tarbiyyah ajar kita mendaki. Lebih dan lebih lagi.

Mendaki dengan penuh ketawadhukkan,keikhlasan, tanpa ada ujub , takbur, riak dan penyakit hati yang memakan diri.
Mendaki dengan penuh berani dengan linangan air mata taubat di malam dan di pagi hari.
Mendaki dengan mujahadah membuka melawan nafsu diri, keika karpet sejadah memanggil kemari kemari..tuhanmu sedang menanti.
Mendaki dengan penuh khusyu’ di hati.
Mendaki dengan penuh kreativiti, laksana nak hidup 1000 tahun lagi ketika ilmu dicari.
Mendaki dengan penuh skill bagaikan harimau yang tak gentar melawan musuh menanti.
Mendaki dengan penuh bijaksana berstrategi laksana benteng² bangunan yang bergerak tersusun kukuh,
Mendaki dengan penuh kasih sayang,
Dengan penuh toleransi dengan itu dan ini..

Banyak perkaranya, banyak aspeknya, selagimana kita dalam pendakian tarbiyyah!

Jadi kenapa ada alasan untuk kita berpaling?!!
Allah sudah tunjukkan jalan kemenangan , sudah tunjukkan jalan kehidupan yang abadi lagi membahagiakan, yang abadi!!
Jangan merengk tatkala kita jatuh , kerna jika kita jatuh sekali, hatta berkali-kali pon nanti, Allah akan hulurkan kita berjuta-juta tali bantuan dalam sedar ataupun tidak untuk kita naik kembali.

Hanya satu persoalan, Mahu atau tidak.
..untuk kita meneruskan pendakian ini?

Allahualam

 

Penulis : Nadiah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply