Amalkan 3 Cara Ini Untuk Meningkatkan Kualiti Solat Anda

2
1964
views

bagaimana meningkatkan kualiti solat

Kita semua terlampau sibuk dalam urusan kehidupan di dunia dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada waktu yang kita peruntukkan untuk Allah.

Oleh itu, dalam masa yang sangat sedikit kita peruntukkan untuk menyembah Allah, kita ingin memastikan ibadah yang dilakukan betul dan kena dengan cara yang Allah hendaki. Ibadah yang berkesan akan membantu serta memberi manfaat kepada kita di dunia dan juga di akhirat.

Berikut adalah beberapa perkara tips untuk membantu anda meningkatkan kualiti solat dan beberapa peringatan yang boleh merosakkan solat anda.

#1 Berikan Tumpuan Pada Teknik Solat Anda

Ini adalah berkait rapat dengan setiap kedudukan anda yang anda lakukan semasa solat.

Sebagai contoh, anda boleh berikan perhatian kepada bagaimana kedudukan jari kaki anda pada kedudukan semasa sujud.

Contoh lain lagi adalah memastikan anda berdiri tegak selepas ruku ‘sebelum sujud, dan banyak lagi contoh yang kami tidak perlu untuk senaraikan kesemuanya disini kerana solat diamalkan sedikit berbeza di kalangan rakyat sesebuah negara bergantung kepada mazhab pegangan mereka.

Cara untuk mencapai tips pertama ini adalah dengan melambatkan gerakan dalam setiap posisi solat. Ini akan menjadi sedikit sukar jika anda secara semulajadinya seorang yang membaca cepat dan gerakan solat anda seperti biasa selesai dengan cepat.

Perlahan membawa maksud membaca Al-Quran dengan lebih perlahan atau menunggu kedudukan anda dalam sujud selama beberapa saat lebih daripada biasa selepas anda selesai bacaan.

Insya Allah, ini akan membolehkan anda untuk berehat dan mendapatkan ketenangan dan kepuasan dalam diri anda bahawa anda telah melengkapkan kedudukan tersebut dengan cara yang dikehendaki oleh Allah.

Selain itu, anda akan mendapati memperlahankan solat membolehkan solat itu berjalan dengan lancar dengan cara yang menenangkan.

terjemah surah al fatihah

#2 Memahami Apa Yang Dibaca Dalam Solat

Anda tidak perlu menjadi seorang alim ulama untuk memahami apa yang dibaca dalam solat. Anda hanya perlu berusaha untuk memahami sekurang-kurangnya sebahagian dari apa yang dibaca semasa solat.
Sebagai contoh, Surah al-Fatihah adalah satu surah yang kita semua baca ketika solat tetapi adakah kita tahu apa makna

“Iyyaka na’a budu wa iyyaka Nasta aeen”

Surah ini juga agak pendek dan biasa dibaca dalam solat oleh itu tidak sukar untuk dihafal.

Apabila kita memahami apa yang kita baca semasa solat walaupun bukan semua daripadanya, maka kita akan merasa kemanisan yang diperolehi daripada solat melalui pemahaman apa yang kita baca. Ini membolehkan kita untuk merasa lebih dekat kepada Allah.

Itulah sebabnya anda disyorkan untuk mendapatkan satu naskah Al-Quran terjemahan supaya anda tahu apa yang anda baca serta memahami cerita di sebalik ayat tersebut. Inshallah dengan cara ini dapat meningkatkan keseronokan yang kita alami dari pembacaan semasa Solat.

Kalau anda tiada lagi boleh dapatkan Alquran terjemahan disini

Untuk Wanita

Untuk Lelaki

lalai dalam solat

#3 Tahu Dan Kenal Siapa Musuh Anda

Kita perlu sedar dan kenal bahawa musuh utama kita adalah syaitan.

Kita diberikan peluang oleh Allah untuk melaksanakan solat tetapi ini tidak memberhentikan syaitan daripada menganggu dan mengalihkan perhatian kita dalam solat. Syaitan akan cuba sebaiknya untuk memesongkan kita.

Maka caranya adalah dengan kita perlu sedar kedudukan kita dalam solat dan meminta perlindungan daripada Allah dengan berdoa dan memperbanyakkan berta’awuz.

Insyallah ini merupakan bahagian 1 bagaimana kita ingin memperbaiki kualiti solat kita. Kami akan datangkan bahagian ke-2 pada artikel seterusnya.

Artikel Yang Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

2 COMMENTS

Leave a Reply