Cara Muharikah “Menggerakkan” Anak Usrah Dalam Masa 6 Bulan (Part 1)

0
2931
views

Bagaimana menjadikan anak usrah kita ‘bergerak’ selepas 6 bulan mengikuti usrah?

( Apa yang saya kongsikan ini adalah purely dari pengalaman serta hibrinasi dari kefahaman yang saya dapati dari pelbagai guru saya dalam dakwah, serta ilmu baru yang saya perolehi apabila saya aplikasikan ilmu tersebut di medan.)

1) Bermula dengan MINDSET untuk menggerakkan anak usrah.

Simple perkara ini, namun saya bertemu ratusan naqib/ah yang tidak mempunyai perancangan rapi untuk menggerakkan anak usrahnya.

Masa kita sangat terhad.

Kita perlu sentiasa berfikir untuk menggerakkan anak usrah, just at the right time dengan kefahaman yang dia ada, untuk menggandakan amal kita dengan menggerakkan orang lain.

Kita kena ada mindset tu dahulu.

Bila bawa usrah, kena ada mindset perlu jadikan semua anak usrah kita bermanfaat untuk ummah.

2) Naqib/ah haruslah bergerak aktif terlebih dahulu.

Tidak ada aura yang lebih kuat berbanding aura seorang naqib/ah yang bergerak dalam dakwahnya sehingga anak-anak usrahnya turut akan tertarik dengan gerakannya itu.

Terkadang kita tak perlu sebut dan suruh, anak usrah kita sendiri akan jadi segan melihat naqib/ahnya jauh lebih banyak beramal darinya.

3) Takhyir – Memilih anak usrah dengan tepat, atau ‘hand-pickyour anak usrah.

Apabila naqib/ah diberikan anak usrah/atau anak usrah yang dipasskan, perasaan untuk bersungguh-sungguh menggerakkan anak usrah itu ternyata kurang.

Apabila kita memilih anak usrah kita, mentajmik mereka, perasaan kita bersungguh-sungguh nak bina dan gerakkan mereka sangat kuat.

Kita dah penat-penat tajmik mereka, kita takkan biarkan mereka tanpa memberikan manfaat yang besar untuk umat.

Bila saya kata kita kena hand pick, kita kena usaha sendiri cari anak usrah kita, offer mereka untuk ikuti usrah kita, uji mereka untuk datang sendiri usrah dengan usaha mereka (naqib/ah tak boleh selalu nak ambil anak usrah dari rumah), dan berikan mereka latihan ketahanan.

Kerana apa?

Sebab kita serius bawa usrah.

Kita serius spend time untuk mentarbiah dia, dia pun kena serius bertanggungjawab atas dirinya sendiri untuk ditarbiahkan.

We are playing serious game here, huhuhu.

Bila kita memilih anak usrah, saya tak pilih kualiti semata walaupun itu adalah faktor sangat kuat , faktor pemilihan saya ada dua :

a) Kesungguhan
b) Kerelaan untuk berubah dan berbuat

Dua elemen ini sangat penting, melangkau semua bakat dan kehebatan seorang individu tersebut.

Pick this 2 quality in anak usrah kita.

Seterusnya bila sudah ada mindset untuk menggerakkan anak usrah pada tepat waktunya dengan memilih anak usrah dengan ciri yang tepat, maka kita kena susun timeline selama 6 bulan dengan tepat.

Dan 6 bulan ini kene plan well.

Dia takkan jadi magis.

Bukan kerja batuk di lepas tangga.

Bukan sekadar prepare hanya sejam sebelum usrah.

Saya bahagikan 6 bulan ini kepada 3 fasa:

a) 3 bulan taarif

b) 2 bulan takwin

c) bulan terakhir adalah tanfiz- ini betul2 boleh tengok perancangan kita menjadi tak untuk menggerakkan mereka.

Sebelum itu, saya definisikan bergerak adalah:

” Rasa urgensi untuk berdakwah dan menyumbang kebaikan untuk masyarakat, dalam apa juga bentuk, termasuk membawa usrah, menjadi ajk program, atau pun mengajak orang lain kepada program-program yang dibuat oleh jemaah. Yang penting dia tidak stagnant, dan sudah mula berkongsi kefahaman dia dapat dari usrah kepada publik.”

a) Taarif

3 bulan . Dan ini adalah 3 bulan yang sangat crucial untuk :

i) anak usrah menyukai dan tsiqah pada kita – untuk itu kita perlu buka hati kita kepadanya, in order dia buka hati dia kepada kita.

Be honest and be yourself with them.

ii) kenal betul-betul pintu masuk kepada hatinya, apa masalahnya, apa concernnya, apa dalam fikirannya seharian, apa yang menyebabkan dia suka ataupun marah

iii) tahu tahap kefahaman Islamnya – tahu apa yang perlu dibaiki dan apa yang perlu diperkasakan.

Jangan pandang lekeh 3 bulan ini, 3 bulan ini adalah bulan menaut kasih dan mencipta hubungan erat- beyond usrah. This bonding will make or break the usrah.

Apa aktiviti sepanjang 3 bulan ini?

Dalam seminggu, make your presence significant. Not the amount of time you giving, tapi the quality of time yang kita berikan.

Apa saya buat pada permulaan pada setiap minggu adalah:

i) untuk halaqah :

– 45 minit pengisian yang power (ini serious kene prepare and kasi gempak, spend time, kasi pengisian mindblowing padanya, something dia tak pernah dengar, new knowledge and not typical kind of pengisian dia dapat dari IKIM atau tv oasis).

Untuk perihal ini naqib/ah kena banyak membaca, dengar pengisian, sembang dengan orang berilmu dan ambil tahu pengembangan semasa.

-45 minit sembang topik pengisian – if your pengisian tu power, ia akan create perbincangan yang hangat sampai tak sedar dah dua jam.

ii) luar halaqah – saya akan make sure 3 perkara ini berlaku:

a) wassap usrah kena aktif hari-hari dengan sharing kehidupan (bukan update bila usrah sahaja)

b) interaksi dengan semua anak usrah di semua social media – so kene keep up dengan IG/Twitter/FB

c) Aktiviti jalan/jaulah/shopping/random walking/main/sports dengan mereka

Bila kita kenal, kita tahu dari sudut mana kita boleh bantu meningkatkan peribadinya.

Jika kita berjaya lalui fasa pertama ini, kita akan lalui fasa seterusnya dengan mudah.

Bersambung ke (Part 2)

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply