Cara Muharikah “Menggerakkan” Anak Usrah Dalam Masa 6 Bulan (Part 2)

0
2651
views

Sambungan dari Part 1 

Fasa Taarif – Apa yang perlu dilakukan lagi di waktu ini?

Saya selalu juga bertanya diri saya, apakah satu perkara, yang apabila saya sampaikan pada anak usrah saya, mereka akan tersentuh dan akhirnya akan share/bergerak, disebabkan kefahaman itu.

I just need that one thing, who can really change a person for a lifetime.

Dulu saya rasa mustahil pada awal usrah akan terus bergerak.

Namun, semenjak mendapat pendedahan tarbiah di UK, kami di perkenalkan dengan ISK (Ini Sejarah Kita) pada peringkat permulaan tarbiah, dan hasilnya magis sekali.

Apa rahsia ISK ini?

Apa best sangat ISK ini?

Akhirnya yang saya temui, yang best itu bukanlah ISK, tapi makna yang dibawa di sebalik ISK itu sendiri.

Ingat tak kisah seorang pemuda Madinah yang apabila mendengar sahaja seruan Islam dari Mus’ab bin Umair, terus sahaja beliau mengetuk pintu-pintu rumah di Madinah dan menyeru “ucapkanlah La Ila ha illallah, Muhammadur rasulullah!”, Sehingga orang bertanya beliau; “Apa maksud kau tersebut?”

Beliau menjawap, ‘ Aku tidak tahu, Tanyalah orang itu. ( merujuk kepada Mus’ab.)’

Dulu rasa seperti mustahil betul nak bandingkan sahabat nabi dengan diri kita di dunia milenial ini untuk mempunyai semangat waja sebegitu.

Namun saya menyaksikan sendiri magiknya kefahaman Islam yang benar ini.

Kefahaman bahawa, kita hidup di dunia ini ada purpose.

Kita hidup ini untuk mengabdikan diri kepada sesuatu yang abadi, bukan menyembah diri sendiri dan duniawi.

Kefahaman bahawa satu zaman dahulu umat Islam pernah jadi bangsa terhebat di dunia, dan kita lemah kerana kelekaan dan kealpaan kita.

Sepanjang 3 bulan inilah, kita harus masukkan kefahaman seperti ini dalam anak usrah kita.

Menjadikan mereka faham purpose mereka. Mereka hidup bukan hanya sebagai manusia, tapi sebagai manusia yang ‘hidup’ with purpose, sehinggalah dia menjadi manusia luar biasa apabila hidup dengan purpose itu.

Pengalaman peribadi saya, sepanjang 3 bulan ini;

a) Halaqah – saya hanya bentangkan satu tajuk tafsir sahaja, bermula dari Al-fatihah, kemudian an nas dan seterusnya. Satu halaqah satu tajuk.

Masa hanya 45 minit sahaja. Jangan lebih.

Pastikan 45 minit itu padat, dan mengandungi makna purpose seperti yang saya katakan di atas.

Bagaimana saya prepare?

Untuk halaqah ini, jujurnya saya baca 3 tafsir dan dengar 3 recording.

Dan biasanya memang akan prepare sehari selepas halaqah pada minggu itu , maknanya memang persediaan adalah 6 hari.

Kenapa perlu dengar banyak sangat recording? Kenapa perlu baca banyak sangat tafsir?

Sebab kita tak tahu angle mana yang paling sesuai menyentuh hati mereka.

Bila kita membaca banyak sumber, kita boleh pick manakah pengisian yang memukau anak usrah kita.

Memang boleh buat short cut, tapi hasilnya pun tercut -cutlah ehhe.

If you want the best, we need to strive for the best.

And to be honest, you only do this once in your lifetime.

Bila dah buat sekali, untuk usrah seterusnya, everything is on your finger tips dah. Invest masa untuk kebaikan masa seterusnya.

Bagaimana pengisian hadis/sirah/akhlak dan lain-lain? Combinekan semua unsur itu dalam tafsir.

Remember, the purpose of halaqah is to ensure yang pengisian kita itu rare, dan dia takkan dapat selain dari mengikuti tarbiah.

Jika pengisian kita itu dia boleh dapat di masjid dan radio ikim, why bother datang usrah kita kan?

b) Jaulah – Jaulah ini sangat penting.

Because, then you can feel living with them.

Suasana perjalanan menikmati alam dengan penuh keikhlasan dan semangat ukhuwah 99% akan terkesan pada jiwa mutarabbi.

Sembang dalam kereta dan sewaktu makan dan berjalan-jalan itu lah diselitkan tentang purpose.

Short burst of discussion yang menyebabkan mereka terfikir ‘ Apalah aku buat kat dunia ini.

Patut aku buat something yang bermakna dalam hidup ini. ‘ sehingga akhirnya mereka merasai haruslah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam jiwa mereka.

c) Be presence.

I cannot stress more on this. Be presence for them. Big time.

Jujurnya tak semua anak usrah yang kita sempat nak spend time untuk dia.

But be presence in most of the important event and their life.

Be presence when they need us the most.

Terkadang kita hadir ke majlis nikah dia itu lebih dia ingati dari semua halaqah yang dia pernah hadiri.

Bersambung..

 

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply