Cara Muharikah “Menggerakkan” Anak Usrah Dalam Masa 6 Bulan (Part 3)

0
4256
views

Sambungan dari Part 2

I guess, bila fasa awal iaitu taarif belum berlaku seperti sepatutnya, fasa takwin akan menjadi agak mencabar.

Maka, allow yourself a bit more time untuk nurture that process with your mutarabbi.

Tapi jika memang kita perlu ramai pembantu dalam dakwah kerana memasuki kawasan baru dan sebagainya, maka saya sarankan 6 bulan selepas tajmik, fokus kepada menggerakkan anak usrah kita secepat yang mungkin.

Fasa takwin dan tanfiz

Fasa ini bermula dari satu mindset yang besar, tapi ramai orang susah nak buat ; Murabbi bukanlah lebih baik dari mutarabbi.

Di sini, murabbi kena buang mindset ‘ aku lebih tahu, aku lebih senior, aku lebih faham dakwah dan lain-lain’.

Mindset ‘aku lebih’ ini akan mematikan peluang untuk ktia melihat anak usrah kita itu mempunyai potensi jauh lebih besar dari kita.

Penting keegoan merasai diri ini lebih dibuang terlebih dahulu?

Kenapa ini penting ?

Sebab fasa ini kita membiarkan anak usrah kita meneroka cara mereka masing-masing untuk menyampaikan dakwah tersebut.

Serta, MENAHAN diri kita dari menegur apa-apa kesalahan mereka dalam berbuat.

Diam sahaja.

Unless betul-betul memberi impak kesalahan yang besar.

Yakinlah bahawa kesalahan itulah akan banyak mengajarkan mereka.

Di era milenial ini, anak muda sangat suka mencuba.

Mereka tak boleh disuruh itu dan ini. Mereka rasa rimas bila dikengkang kreativiti mereka.

Let them explore and corakkan kehidupan dakwah mereka.

Fasa takwin dan tanfiz berjalan serentak.

Dua fasa ini bukanlah fasa untuk duduk dan mendengar arahan sahaja.

Fasa ini fasa mereka harus dicampakkan ke medan untuk bergerak. Mereka harus ada rasa untuk initiatekan sesuatu gerakan.

Ya, memang ada konten-konten membina yang harus diberikan, tetapi sejurus selepas konten itu harus ada action plan, segera!

Mulakan dengan anjuran share konten usrah dengan ahli keluarga, rakan-rakan di FB, rakan-rakan sekerja, akhirnya barulah kita sediakan platform untuk mereka bergerak.

Jadikan dakwah ini second nature mereka and mereka rasa seronok serta tak sabar nak buat dakwah.

Saya initiatekan usaha dakwah Geng Usrah setelah 3 bulan saya bawa usrah adik-adik saya.

Selepas itu?

Mereka sahaja menggerakkan plaftorm tersebut. Tugas saya jadi speaker sahaja.

Merekalah ajk dari A-Z. Saya hanya memberikan idea dan sumbangan.

Latihan berbuat dan beramal itulah latihan takwin paling mahal sekali.

Sudah tentu kita boleh memberikan teorinya, tetapi bila mereka buat, kemudian kita terangkan kenapa mereka buat dan apa mereka perlu lalui – baru mereka faham.

Mudah sahaja.

Fasa 6 bulan ini adalah fasa untuk mereka benar-benar rasa perlu berbuat sesuatu untuk ummah.

Rasa seronok apabila dah start organise program dan happy tengok ramai orang dapat hidayah menerusi program yang mereka buat.

Feeling itulah yang akan menjadikan mereka stay lebih lama seterusnya, kepada fasa yang lebih mencabar dan menuntut pengorbanan yang lebih dari mereka.

Saya doakan , ramai naqib/ah di luar sana mampu menjadi inspirasi kepada mutarabbi mereka untuk bergerak.

Masa muda kita cukup pendek untuk kita lepaskan kenikmatan hidup luar biasa bersama dakwah ini.

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply