Teruskan Bercinta

0
2
views

Cinta Allah

cinta allah

Cinta Allah | Teruskan jatuh cinta.

Kerna permulaan pada sesuatu itu cinta. Kerna cinta kita mendekati .. kita lahir juga bukankah kerna cinta ? Dan kita hidup bukankah dibesarkan dengan cinta ? Teruskan jatuh cinta, teruskan bercinta, teruskan mencinta, dan teruskan dicinta. Cuma satu, jangan kotori cinta

CINTA : Sesiapapun pastinya punya cinta. Cinta pada Allah itu yang pasti.

 Malah di antara kita juga tentu seringkali disapa cinta. Walaupun tika kita telah menyatakan dan menyuarakan rasa hati untuk menyerahkan seluruh hati ini pada Allah. Tentu ada sahaja yang datang menyatakan hasrat hati untuk seikhlasnya mencintai kita. Teruji bukan hati ini? Dan kenapa perlu diuji dengan cinta manusia ini? Sedangkan Allah tahu kita ingin mencintai Dia sahaja.

Tapi, konsep cinta Allah itu seperti cinta kita juga.

Jika ada yang menyatakan “aku menyayangimu..” tentu kita akan menguji dia bukan? Apa benar dia menyayangi kita seperti apa yang dia nyatakan. Mungkin salah satu inisiatif kita, kita guna nombor lain dan kacau dia nak tengok dia layan atau tak bila ada another gender ‘usha’ si dia.

Mungkin itulah konsep Allah. Bila kita menyatakan kita menyayangi Allah, dia datangkan cinta manusia bertubi-tubi. Kenapa? Dia mahu uji benarkah cinta kita pada Dia. Adakah telus ataupun sekadar cinta yang kita cari ketika kesunyian?

Dan kita juga kadangkala gagal dan tersungkur.

Menerima cinta yang datang dan akhirnya lemas dengan lautan yang terlebih gula.

Mati akibat diabetes cinta.

Mungkin gagal dan tersungkur itu bukanlah bermaksud kita menerima cinta insani tersebut. tetapi kita gagal dari segi hati. Seharusnya kita kuat bukan menolak semua itu? Tapi mulut kita sahaja yang pandai berkata tidak. tapi hati kita mahu bukan?

Allah berfirman :

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada.”(Ghafir:19)

Walau kita sembunyi sedalam yang mungkin rasa hati ini, tak mungkin kita sembunyikannya daripada Allah yang memegang hati ini.

Tapi mungkin itulah usaha kita. Menolak tika hati ini terasa mahu. Itu yang  termampu kita lakukan biarpun sakit dan perit hingga kita tidak mampu untuk berkata apa lagi. Hingga kita terasa badan ini payah untuk bergerak. Hingga kita terasa membuka mata itu terasa berat di pagi hari. Yang membuatkan kita terasa pahit untuk senyum kepada sesiapa pun.

Kita tahu bukan mudah, tapi itulah mujahadah.
Dan ini jalan yang ku pilih tanpa paksaan dari sesiapa pun.

Moga Allah redha. Moga Allah terima kesaksian cinta kita padaNya yang tidak seberapa ini.

 ALIZA NUR AINI BINTI NORDEN

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply