5 Ciri-Ciri Keluarga Bahagia Yang Sakinah Mawaddah Warahmah

0
3080
views

ciri ciri keluarga bahagia

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mendambakan sebuah keluarga yang bahagia. Tanggungjawab suami dan isteri perlu dijalankan dengan sempurna agar keharmonian rumahtangga terjamin. Berikut merupakan beberapa ciri-ciri keluarga bahagia.

5 Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

 

#1 Komunikasi Yang Berkesan

Komunikasi adalah elemen paling penting dalam sesebuah perhubungan.

Dalam sebuah keluarga adalah amat penting untuk mengetahui cara-cara berbicara dan berhubung yang efektif. Terutamanya antara suami dan isteri.

Ini kerana seringkali terjadi perbalahan gara-gara salah cara atau tidak memahami bahasa isyarat yang diberikan oleh pasangan.

Untuk itu, gunakan masa yang berkualiti untuk berhadapan dan berbicara dari hati ke hati mengenai diri masing-masing.

Antara suami dengan isteri, bapa dengan anak mahupun ibu dengan anak. Jangan pandang remeh ada kekuatan komunikasi yang berkesan.

Inilah kunci rumahtangga bahagia yang paling utama.

#2 Berusaha Sebaik Mungkin Untuk Menjalankan Tanggungjawab Dengan Sempurna Disamping Berusaha Menerima Kekurangan

Setiap pasangan mesti berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarganya.

Ini kerana, kita perlu sedar, apabila masuk ke alam perkahwinan, tanggungjawab yang dipikul akan semakin bertambah. Apatah lagi apabila dikurniakan anak.

Pada masa yang sama, jangan sesekali merendah-rendahkan kekurangan pasangan anda. Ingat, anda juga mempunyai kekurangan.

Sekiranya si dia boleh menerima anda seadanya, mengapa tidak anda?

Perkara ini penting sebagai langkah mewujudkan keluarga bahagia yang harmoni.

#3 Banyakkan Aktiviti Bersama Yang Akan Mengeratkan Lagi Hubungan

Hari ini, jarang sekali kita melihat isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa.

Desakan ekonomi yang semakin mencengkam memerlukan sekurangnya dua sumber pendapatan untuk menyara hidup sebuah keluarga, lebih-lebih jika tinggal di tengah Bandar.

Disebabkan hal itu, banyak masa yang dihabiskan bersama rakan sekerja atau di pejabat berbanding dengan keluarga di rumah.

Perkara ini secara tidak langsung akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang sesama ahli keluarga semakin pudar.

Oleh itu, suami atau bapa sebagai ketua keluarga perlu menyusun masa keluarga agar dapat beraktiviti bersama dengan lebih kerap.

Walaubagaimanapun, kepentingan keluarga bahagia harus menjadi keutamaan setiap ahlinya, bukan hanya terletak pada bahu suami atau bapa.

#4 Tunjukkan Teladan Yang Baik

Suami menunjukkan contoh yang baik kepada isteri. Begitu juga isteri. Dan ibubapa pula lebih utama untuk menjadi role model kepada anak-anak.

Ini kerana, ibubapa lah hero pertama yang ada dalam hidup anak-anak.

Kepimpinan melalui tauladan.

Sebagai contoh, seorang bapa yang menyuruh anaknya membasuh pinggan dan cawan setiap kali selepas makan, tetapi si bapa sendiri meninggalkannya selepas selesai makan.

Bagaimana anak-anak mahu mendengar kata-kata bapa mereka?

Begitu juga adalah amat digalakkan ibubapa untuk melakukan amal soleh dan ibadah agar dapat dilihat oleh anak-anak.

Bukan bertujuan untuk riak dan menunjuk, tetapi sebagai inspirasi kepada anak-anak.

Sebagai contoh, bacalah AlQuran di ruang tamu atau berikan anak-anak duit untuk mereka sedekahkan ke dalam tabung masjid.

#5 Mendekatkan Diri Kepada Allah

doa keluarga bahagia

Ini adalah petua rumahtangga bahagia yang mesti diutamakan. Kerana Allah lah yang akan mencampakkan rasa bahagia dan tenang dalam hati setiap ahli keluarga.

Anak-anak dari kecil lagi harus diperkenalkan mengenai Allah dan Islam. Cari bahasa yang mudah agar mereka mudah faham.

Ceritakan kepentingan mengetahui adanya Pencipta yang mencipta manusia.

Semakin anak-anak meningkat dewasa, secara berperingkat ubah cara pendidikan anak untuk mengenal dan mengamalkan Islam.

Suami terutamanya harus berperanan menjalankan tanggungjawab ini. Menegur isteri jika ada buat kesilapan, pada masa yang sama sentiasa terbuka apabila ditegur oleh isteri pula.

Jadikan solat berjemaah di rumah sebagai rutin agar hati setiap ahli keluarga dipertautkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

Rahsia kebahagiaan rumahtangga Muslim terletak pada bagaimana kita mengendalikan keluarga kita mengikut syariat Allah.

Kesimpulan

Secara ringkas inilah ciri-ciri atau rahsia bagaimana mendapatkan keluarga yang bahagia  dan diredhai Allah.

Ingat, kebahagiaan yang dicari bukan sekadar di dunia, tetapi yang lebih utama adalah di akhirat.

Artikel Berkaitan Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply