Countdown Akhirat

0
3
views

countdown

“Today I’m going to teach you about the anatomy of the lower limb.” terang Prof Lakhsmi dengan penuh semangat.“So, I need you to concentrate on this cadaver,” tambahnya lagi sambil menunjuk ke arah cadaver yang berada di hadapannya. Semua yang ada kat situ pun mula menumpukan perhatian.Buat-buat muka comel.

Kalau nak diceritakan,selalu je masuk Makmal Diseksi Anatomi (MDA) untuk sesi praktikal anatomi. Paling kurang pun sekali seminggu. Ingat lagi dulu, bila first time jumpa cadaver. Seram pun ada,excited pun ada. Maklumlah,jumpa dengan mayat.Tapi lama-kelamaan dah tak rasa ape pun.Biasa je. Alah bisa tegal biasa lah orang Melayu kita cakap.

Pernah jugak diberi peluang oleh prof untuk join diorang dissect cadaver. Apa lagi, laju je siat kulit mayat tu untuk dedahkan bahagian otot.,salur darah,urat saraf dan etc.Walaupun kulit disiat-siat,mayat tu takde menjerit dan meraung kesakitan pn..Tapi mayat tu manusia jugak dulu kan?..Boleh tak kita bayangkan macam mana sakitnya rase apabila kulit kita disiat-siat ketika kita masih hidup dimana ‘pain receptor’ masih berfungsi secara normal?. Memang ngeri untuk dibayangkan.

Firman Allah s.w.t,

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan
Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit
mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya
Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..(4:56)

Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba,
mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.
(Al-A’araf : 34)

Ajal datang tak berjemput. Bila-bila masa je kita boleh mati. Hari ni,esok,lusa dan seterusnya.Tapi.. Tengok la diri kita sendiri.Walaupun kita tahu anytime je kita boleh lenyap dari dunia,usaha kita ciput je. Hubungan kita dengan si Dia belum betul-betul erat lagi.Ingat lagi soalan ustaz aritu “Kalau kat dunia pun kita jarang contact Allah,macam mana kita nak tumpang duduk rumah Dia kat akhirat nanti?.Dia nak bagi ke?”. Time tu semua diam. Diam bukan apa. Terdiam sebab sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab usaha tak cukup lagi.

Berbeza pulak kan kalau kita diuji dengan ujian dunia. Sebagai student, ujian yang paling ditakuti ialah exam. Bila time exam je,semua jadi kalut. Masing-masing ‘berkhalwat’ (menyendiri). Kita akan buat countdown untuk synchronise masa yang berbaki dengan jumlah topik yang perlu kita revision.

Masing-masing ada cara yang tersendiri untuk study. Ada yang suka berseorangan,ada yang suka berjemaah. Ada yang stay up sampai subuh dan ada yang suka bangun malam.Time tu abis semua jenis kopi ditelan dan dimamah. Nescafe 3 in 1,Kopi Cap Kapal Api,Kopi Jantan vs Janda dan macam-macam lagi. Bila dah abis stok, kopi housemate pulak yang jadi mangsa. Sudah terang lagi bersuluh, semua dibayangi rasa takut.Takut tak sempat buat revision. Kalau tak sempat buat revision,nanti fail. Bila fail,maybe kena ulang tahun atau ditendang keluar dari kos yang diambil.huhu..

Cuba kita luangkan masa untuk diri kita beberapa ketika.. Bayangkan kalau manusia dimaklumkan tarikh kematian dan tarikh hari akhirat,apakah yang akan terjadi?. Mungkin saja kita melihat fenomena yang berbeda dari saat ini.

Masjid-masjid akan mula penuh 24/7.Sampai terlebih muatan..
Bacaan Al-quran bisa didengar dimana-mana sahaja..
Majlis ilmu pula mula bertebaran..
Malam juga mula dihiasi dengan zikir-zikir oleh hamba yang cinta kepadaNya..
Semua saling nasihat-menasihati akan kebaikan..
Tiada lagi mereka yang bersengketa..
Kita juga akan rasa gerun untuk buat sesuatu yang ditegah..
Semua jenis kopi pun mungkin akan kehabisan stok kat Malaysia ni..

Tapi percaturan Allah itu lebih hebat. Diujinya kesetiaan kita kepadaNya dengan sesuatu yang tidak mungkin dapat dinilai dengan mata kasar. Hanya berbekalkan iman di dalam hati. Soal hidup atau mati,semua berada di tanganNya. Apa yang penting,kita kena jadikan dunia ni sebagai ‘ladang’ untuk menuai ‘hasil’ di akhirat nanti. Nabi jugak ada pesan “bekerjalah untuk dunia ni sepertimana kita akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhirat sepertimana kita akan mati esok hari”. Sama-sama kita doa agar Allah pegang hati kita rapat-rapat supaya kita terus dekat denganNya. Doa juga agar di akhirat kelak,kita akan menerima buku catatan dengan tangan kanan,bukannya kiri….

“Dunia ini hanya pinjaman,untuk menguji keiman,
Akhirat nanti yang menentukan,balasan syurga ataupun neraka..”

 

syababkasih.blogspot.com

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply