Cukupkah Sekadar Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan? – Ustazah Maznah Daud

0
102
views

Ramadhan bulan al-Quran. Alhamdulillah ramai dari kalangan kita bertungkus-lumus mengejar pahala membaca al-Quran, bertilawah dan bertadarus sepanjang bulan yang mulia ini.  

tilawah-quran-islamicartdbdotcom
Mudah-mudahan budaya baca al-Quran hingga khatam bukan hanya di lakukan di dalam bulan Ramadhan. Sebaliknya, biarlah berterusan selagi hayat dikandung badan.

Namun dengan membaca al-Quran sehingga khatam, adakah kita tergolong di dalam kalangan yang dipanggil ahli al-Quran dan orang-orang yang membawanya?

Ini yang patut direnung bersama. Abu Bakar al-Ajariy (wafat 360H) menyifatkan ciri-ciri ahli al-Quran. Beliau berkata:

“Himmahnya atau tumpuannya bukan pada ‘bilakah aku hendak khatam surah ini?’.

Himmahnya ialah ‘bilakah aku akan orang yang berhajat kepada Allah semata-mata?’,

‘bilakah aku akan jadi muttaqin?’,

‘bilakah aku akan jadi muhsinin(orang-orang yang baik)?’,

‘bilakah aku akan jadi mutawakkilin?’,

‘bilakah aku akan jadi khasyi’in?’,

‘bilakah aku akan jadi sobirin?’,

‘bilakah aku akan jadi sodiqin?’,

‘bilakah aku akan jadi kha’ifin?’,

‘bilakah aku akan jadi rajin (orang yang mengharap kepada Allah)?’,

‘bilakah aku akan zuhud di dunia?’,

‘bilakah aku akan cinta kepada akhirat?’,

‘bilakah aku akan bertaubat dari semua dosa-dosa?’,

‘bilakah aku akan mengiktiraf ni’mat yang melimpah ruah ruah?’,

‘bilakah aku akan mensyukuri ni’mat-ni’mat itu?’,

‘bilakah aku akan memahami titah Allah?’,

‘bilakah aku akan memahami apa yang aku baca?’,

‘bilakah aku akan dapat menewaskan nafsuku?’,

‘bilakah aku akan bermujahadah mencari redha Allah dengan sebenar-benar mujahadah?’,

‘bilakah aku akan memelihara lidahku?’,

‘bilakah aku akan menjaga pandangan mataku?’,

‘bilakah aku akan memelihara kemaluan?’,

‘bilakah aku akan menghisab diriku?’,

‘bilakah aku akan menyediakan bekalan untuk hari kepulanganku ke alam baqa?’,

‘bilakah aku akan redha dengan segala ketentuan Allah?’,

‘bilakah aku akan benar-benar yakin pada Allah?’,

‘bilakah aku akan gentar dengan nasihat al-Quran?’,

‘bilakah aku akan sibuk mengingati Allah sehingga tidak ada masa untukku mengingati yang lain?’,

‘bilakah aku akan mencintai apa yang dicintaiNya?’,

‘bilakah aku akan bersedia menghadapi kematian sedang aku tidak mengetahui ajalku?’,

‘bilakah aku akan berwaspada daripada apa yang peringatkan oleh Tuhanku?’

kondisi-kapanpun-dan-dimanapun-harus-tilawah

Apabila kamu tidak menerima nasihat Tuanmu dan hatimu buta daripada perintah-perintah Tuhanmu, maka kamu seperti orang yang derhaka ketika kamu membaca al-Quran dan mengulang-ulangnya.

Sesiapa yang membaca surat daripada raja, tetapi dia enggan membangunkan kerajaannya dan enggan melaksanakan apa yang diperintahkan di dalam suratnya, maka dia hanya sekadar mempelajarinya sahaja tetapi mencanggahi perintahnya.

Dan kalau dia tidak mempelajarinya serta tidak menuruti perintahnya, maka dia terang-terangan mempersendakan rajanya dan berhaklah mendapat kemurkaannya.

Ya! Itulah satu peringatan yang sungguh-sungguh terkena batang hidungku!

Wahai diriku, insaflah!
Bangkitlah dari tidurmu!
Ajalmu sudah berada di hujung jari kakimu!
Loceng tamat tempoh untuk kamu beramal akan berbunyi sebentar saja lagi!
Ya Allah, berikan aku peluang! Berikan aku kesempatan, ya Allah…!

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply