Daie Di Comfort Zonemu

0
48
views

Daie Di Comfort Zonemu

Seusai membaca blog seorang dai’e yang saya cukup hormati tapi belum pernah mengenali dirinya secara dekat iaitu kak Muharikah, saya terpana dengan ayat nya.

 

Setelah memasuki era keterbukaan ini, jemaahku banyak menyusun agenda-agenda dakwahnya.Banyak relung dakwah yang harus diterokai. Tahun ini sahaja dekat 10 jawatan di offer kepadaku. 3 telah aku tolak dengan berat hatinya untuk aku benar-benar fokus akan apa yang mampu aku laksanakan. Apabila jumlah like di FBku semakin meningkat dengan post2 yang viral, begitu ramai menyangka aku amat pakar dalam bidang media. Maka bertimbun timbun jawatan media yang aku ditawarkan, sedangkan minat dan bakat sebenarku di wacana berbeza.

 

dan

 

Quran tak sempat baca. Tahajud tak larat bangun. Buku-buku tarbiah langsung tak sempat sentuh.Adakah ini model kader dakwah yang kita mahu lahirkan? Tentunya tidak.

 

Entah hati ini benar terusik dengan ayat² nya.

Bukan kerana kagum dengan hasil kerjanya atau ingin mengclaimnya dengan apa².

Cuma terusik kerana mungkin hidupku di luar negara ini tidak seperti dirinya. Tidak sesibuk dirinya.

Ternyata saya di comfort zone saya.

Kadang saya lihat fenomena comfort zone di kalangan dai’e overseas ini kadng sangat membarah.

Kadang sanggup untuk kita claim tiada masa,

tiada daya, tiada itu dan ini,sedangkan daie di tanah air malah mungkin di ceruk tempat yang lain,

mujahadahnya lebih berbisa.

Saya terpana tatkala melihat disekeliling saya terperasan yang kadang² dai’e di overseas ini terlebih reaksinya pada beberapa cubitan ujian cuma.

Ujian itu kadang banyak berbentuk peribadi.

Iyalah tidak dinafikan ketiadaan wang, transport yang mahal membuatkan kita sesak nafas. Tapi hakikatnya, kita masih punya masa untuk bangun tahajjud, membaca Al quran secara ODOJ dengan jayanya, tidak collapse setelah meeting terutamanya jika yang di perlukan untuk buat hanyalah menghadap laptop di depan mata.

Subahnallah, sememangnya tidak hairanlah jika ada yang pulang ke malaysia, ada yang akan jatuh berguguran bagai rantai manik yang terputus talinya.

Ini kerana kita TERLAMPAU selesa ketika ini.

Paling tidak pun, dengan ketiadaan duit, kita masih ada lubuknya untuk mencari nafkah, kita masih ada masa berbaki untuk merehatkan badan.

Kita masih ada masa untuk berbuat pelbagai benda namun kadang ianya terbazirkan begitu sahaja kerana kita terlampau berada di comfort zone.

Kita tertidur melebihi waktunya, brmain sampai tak ingat dunia.

Mentarbiyyah hujung² waktu sahaja.

Bertilawah sekadar nak melengkapkn target ODOJ sahaja.

Allah..

Mana perginya Khalid Al walid kita

Maga hilangnya Umar Kita

Wujud lagikah Al Fateh dalam diri kita..

Nanges.

Mujahadah Dalam Comfort Zone.

Sikap kita yang sepatutnya tatkala berada dicomfort zone ini adalah dengan bermujahadah mengpreparekan diri untuk masa kesukaran yang akan kita hadapi di masa depan. Mantapkan iman dan amal.

Ini tidak, amalan sudahlah suam² kuku sahaja, mlaah kita biarkan masa berlalu tanpa mujahadah yang tinggi.

Kita biarkan tarbiyyah berlalu sepi dengan hanya sedikit usaha untuk memantapkan diri.

Kemudian kita claim , berat benar ‘UJIAN’ ini!

Tatkala diuji, mudah benar air mata ini tumpah mencurah curahnya.

Argh dai overseas, pantang diuji.

Hanya mahukan ukhwah ber’rabbit’ gemuk sahajakah.

Atau kesenangan tanpa ada nya ujian jiwa, harta dan perasaan.

Berkemungkinan, inilah puncanya kita rapuh tatkala berada dimedan sebenar.

Rapuh menggalas amanah kerana rapuhnya juga mujahadah kita. Kita tak menjadi besi yang cukup tempaannya.

Tatkala mujahada itu rapuh, rapuh jugalah hubungan kita dan pengharapan dengan penciptaNya.

Argh daie overseas, sampai bila kelopak mata kita tak mahu terbuka lagi.

Cukuplah tuh, menyeksa diri, kita kejar kelalahan diri, sebab disebabkan kelelahan itu ada manisnya.

Jangan serik untuk berlrt zone ini, Allah sedang sediakan kita terapi, bekalan untuk ke medan nanti ,

agari, berlarilah..

Kerana di comfo

ar kita terus kuat dan harapnya tidak tergugur nanti.

Wahai daie, berhentilah, pandang disekelilingmu. Jangan hilang mujahadahmu, jika ianya hilang, maka hilanglah perisai pelengkap perjuanganmu..

Allahualam

 

Penulis : Nadiah May

Blog Penulis : ichbinmae.blogspot.de

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply