Daie itu bukan ala-ala robot terminator

0
6
views

Daie itu bukan ala-ala robot terminator

Daie

Daie | “Mad , sabtu ni anta free tak ? “

“Jom follow ana tengok match Man U dengan mad’u-mad’u? “

Huh ? Tengok bola ke ? Tak nak la..

Tak tsiqah langsung la anta ni …

Di suatu tempat yang lain.

” Uish mad, anta ni , janganlah bergurau sangat “

“Cuba serius sikit boleh tak ? “

“Nanti tak tsiqah mad’u-mad’u tengok”

Huh ? apa anta ingat daie ni robot ? Senyum tak boleh ? Bergurau tak boleh ? Even, bergembira pun tak boleh ?

Daie itu bukan robot

Ikhwah.

Seringkali atau barangkali dialog seperti ini selalu sahaja bermain-main dalam awanan bicara antara kita. Seorang ikhwah itu adakalanya sangat serius menjaga ke tsiqahan diri hingga terlupa hakikat bahawa dirinya itu seorang manusia. Dan lebih membimbangkan,ada juga ikhwah yang terlupa bahawa mad’u-mad’u nya juga seorang manusia.

Makanya apakah solusi masalah ini ?

Menurut Amr Khaled, dalam salah sebuah bukunya yang bertajuk ‘Buku Pintar Akhlak’, beliau dengan tepat dan padat menghuraikan bahawa,seorang daie itu, tidak mahu tidak, mesti mempunyai suatu sifat yang digelar.

“Peka Emosi”

Peka emosi bagaimana yang dimaksudkan ?

Ok, cuba bayangkan kisah ini benar-benar berlaku terhadap diri kita ;

Cuba bayangkan kita punya seorang rakan yang amat kita nantikan kepulangannya. Sudah berjam-jam kita tunggu dia pulang dari universiti. Namun, ketika sampainya di rumah, rakan anda itu terus berlari mengapai Al Quran,membacanya selama 10 minit lalu terus mengunci pintu biliknya. Bagaimanakah perasaan anda ? Terguris bukan?

Namun, tidak semua manusia seperti itu ? Ayuh kita lihat contoh qudwah tauladan yang baik”

Pertama, sebelum kita membaca kisah ini, cuba tanyakan diri kita ?Adakah aku lebih sibuk dari ….. ?

Disebutkan suatu kisah yang dituturkan oleh Isteri-isteri Rasulullah saw. Ketika mana Baginda SAW di rumah, Baginda seorang yang ceria dan periang. Bahkan beliau sering melucu. Bercerita dan begelak ketawa bersama keluarga. Bermain -main dengan cucunya. Menolong isterinya di dapur..

Lihat ? Bagaimana pekanya akhlak Baginda Nabi saw, meski beliau super duper lebih sibuk berdakwah daripada kita.

Lalu. lihatlahlah pula bagaimana akhlak Rasulullah saw ketika bersama mad’u nya yang bernama Addas.

Pada ketika Rasulullah saw bersama Zaid Ibn Haritsah pergi berdakwah di Thaif, Baginda SAW telah dicaci , dihina dan dibaling batu hingga kedua sandal beliau seperti dicat darah.

Baginda SAW kemudiannya berehat di sebatang pohon anggur yang rendang dahannya. Ketika mana Baginda SAW mahu sahaja memakan anggur tersebut,maka berlakulah dialog antara Rasulullah saw dan Addas.

Anda perhatikan dialog di bawah ini baik-baik ye !

” Sebelum Rasulullah saw memakan buah anggur itu, Baginda menyebut “dengan nama Allah” “

Maka, Addas kehairanan, “Aku belum pernah mendengar kalimat seperti ini di negeri ku “

Rasulullah saw lalu bertanya ” Siapa namamu ? “

Addas menjawab “Namaku Addas “

Rasulullah saw bertanya lagi, “Dari negeri mana asalmu duhai Addas ?“

‘Addas menjawab, Dari Niwawi’

Rasulullah saw lalu berkata, “Oh… dari negeri seorang lelaki saleh yang bernama Yunus ibn Mattta”

‘Addas lalu bertanya kembali. apa yang kau tahu tentang Yunus Ibn Matta ?’

Maka Baginda saw menjawab, “Dia saudaraku dalam tugas mulia ini. Dia nabi dan aku juga nabi”

Addas kemudiannya mencium kepala Rasulullah saw.

Maka sahabat ? Apakah pengajaran dari kisah ini ?

Pertama : Baginda Nabi saw memulakan kata-katanya dengan Nama Allah.Lihat ? Bagaimana usaha Baginda untuk menegakkan syiar Islam meski berada dalam kondisi yang sangat genting.

Kedua : Lihatlah bagaimana Rasulullah saw berkenalan dengan Addas.Ingatlah bahawa mengenal objek dakwahmu itu merupakan kunci agar mereka menyukaimu.

Ketiga : Lihatlah bagaimana Rasulullah saw bertanya kembali soalan “Dari mana asalmu Addas ?” Nampak ? Bagaimana teknik Rasulullah saw mengingat kembali nama mad’unya. Cuba kita tanyakan kembali diri kita ? Secara jujur, berapa ramaikah antara kita betul-betul terus mengingat nama mad’unya saat pertama kali berjumpa ?

Keempat : Lihatlah bagaimana sentuhan psikologi Rasulullah saw dalam menarik hati mad’unya. Menyebut nama daerah tempat tinggal Addas,lalu menyebut keberadaan orang mulia ditempat itu iaitu Nabi Yunus.

Ohhh… Sungguh tertarik.. !!!

Jadi, para dai’e sekalian, tidak salah untuk kita bergurau, tidak salah untuk kita berhibur. Mad’u kita juga seorang manusia. Pabila berinteraksi dengan manusia. Anda seharusnya perlu peka dan tersangat bijak memahami karenah mereka.

Usahlah menjadi seperti robot setiap masa, hinggakan anda terpaksa jadi seperti ini..

“Oiittt mad, jangan pakai seluar jeanssss “

” TAK TSIQAH KOT, IKHWAH pakai SELUAR JEANSS !!!!! “

Wallahualam.

 

Asyraf Farique
asyrafarique.wordpress.com

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply