Daie Manja

0
29
views

Daie Manja

Daie Manja

Daie-daie manja,
Dan mengada-ngada,
Saya tidak mahu bersekongkol dengan anda,
Yang punya hubungan sulit dengan syaitan,
Bergelumang dengan najis-najis Korea,
Hadas ikhtilat tiada batasan lelaki wanita,
Bahkan ikhtilat sesama ikhwah akhawat.

Daie-daie manja,
Dan mngada-ngada,
Allah bagi kaki dan tangan,
Untuk dimanfaatkan,
Bukan untuk tekan keyboard main game PES(Pro Evolution Soccer),
Mahupun game tembak-tembak,
Berfacebook berjam-jam sampai tidur lewat pada waktu malam.

Daie-daie manja,
Dan mengada-ngada,
Teruslah kalian tidur dalam buaian,
Kerna kalian yg menentukan,
“siapa kalian pada masa hadapan”.

Dan yang pasti, yang mahu akan terus melaju,
Yang malas akan semestinya tewas,
Islam akan tinggi menjulang,
Bersenang-lenang sekarang,
Menangis menyesal hari kemudian.

 

Hai kawan,

Kamu kata
Oh, lihat pada diri mereka,
Konsert kpop dibantai, dimaki secara habis-habisan,
Eh, lihat pula pada diri kamu,
Drama korea menjadi budaya harian.

Kamu kata,
Oh, lihat pada diri mereka,
Hedonisme merosakkan, melalaikan mereka
Eh, lihat pada diri kamu,
Kerana deretan movies , sanggup bersengkang mata

Kamu kata,
Oh, lihat pada diri mereka,
Al-quran dan as-sunnah sudah ‘dicampak’ ke tepi
Eh, lihat pada diri kamu,
Sudahkah Al-Quran dibaca pada hari ini ?

Kamu kata,
Oh, lihat pada diri mereka,
Pergaulan bebas antara mereka adalah tiket ke neraka,
Eh, lihat pula diri kamu,
Berchatting, bersms berlainan jantina tanpa keperluan tiket ke syurga?

Hai kawan,
Saya tidak memperkatakan dan mempertahankan apa yang dibuat mereka itu betul,
(rujuk hari belia Malaysia )
mudharat kerana over’dosa’ sangat jelas kelihatan.

Alhamdulillah, mata hati kamu masih sensitif terhadap kemungkaran yang berlaku,
tahniah kerana menegur sahabat2 kita yang ter’lalai’ tersebut,
namun suka untuk saya ingatkan,

Jika pada diri kamu masih sebati dengan kelakuan sebegini,
Tidak mustahil jika mereka ‘hidup’ dengan kelakuan sebegitu,

“Tegakkan islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu”
Ayo, muhasabah sama-sama

 

Haffiz Hasyim

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply