Dakwah Hipokrit: Sentap Mak Jemah

5
176
views

Baby Paling Comel Buat Aksi Ala-ala Mak Jemah!

Pukul 5.32 am di facebook.

Seman post:

“Mari Tahajud!!!!”

Pukul 5.35 am di dunia sebenar

“Tarik selimut, sambung tidur”

Pukul 8.30 am di facebook.

Jemah post:

“Sentapnya dengar perkongsian Ustaz Azhar Idris”

Pukul 8.35 am di dunia realiti

“Tengok running man… “

Fuhh..

Tahajudnya sehari sahaja, gebangnya perghhh!!!

Saya sebenarnya terasa terhadir (banyak ter pula), untuk menyampaikan perkara ini, selepas membaca satu aduan yang dilakukan oleh isteri seorang artis yang mengaku bahawa suaminya itu hipokrit. Rela duduk berjam-jam update status di facebook agar kelihatan baik dan soleh, tetapi pada hakikatnya tidak begitu. Solat pun tunggang langgang. Sejauh mana kebenaran di pihak yang mengadu, saya tidak tahulah. Tetapi jika tidak artis itu lakukannya pun, ramai dan over ramai yang lakukannya di luar sana. Termasuklah saya! Sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

Naudzubillahimindzalik!!!

Agar kelihatan baik

Kita hidup di dalam arus globalisasi yang meletakkan ruangan maya, lebih sebagai first impression berbanding dengan dunia realiti. Di dunia maya lebih ramai friends, lebih ramai follower, lebih ramai kenalan, so, menjaga imej di dunia maya lebih penting daripada dunia realiti. Erk..

Bilamana kita punya sikap hipokrit sebegini, insan-insan yang berada di sekeliling kita yang mengenali diri kita secara dekat, akan berasa tidak selesa, sambil mengatakan senyap-senyap dalam hati, kadang-kadang diluahkan juga.

“wei!!!! Poyo rrrr mamat ni”

“cakap tak serupa bikin!!!!”

Insan-insan yang dekat dengan kita itu, termasuklah, mak ayah, adik beradik, pak cik mak cik, rakan-rakan.

Kalau kita nak lihat indikatornya, tanyalah rakan-rakan kita, rakan-rakan serumah kita. Selalunyalah, for sure, depa tak kan baca apa-apa yang kita post, sebab apa? Sebab depa tahu perangai sebenar kita, dan depa pun dah mual.. Kalau terbaca pun, waaa.. best giler artikel ni!! Tapi bila nampak nama kita, depa terus kata. weeiii menyesal r aku baca. Tulisan tak ada roh!!! Menipu je lebih!!

Naudzubillahimindzalik!!!

Post-post yang baik sahaja

Attention for like seeker!!! hehe.

Selalunya di facebook, kita lebih ingin menonjolkan diri kita baik, menampakkan diri kita soleh, menampakkan diri kita telah berbuat banyak untuk agama ini. Tetapi bila berbuat jahat, tidak pula kita post kan?

Bangun subuh awal, kita beritahu kita tahajud,

Bangun subuh terlajak, kita senyap je. Takut pula nak beritahu?

Astagfirullah, mujurlah Allah swt tutup aib-aib kita. Kalau facebook tu automatik update amal kita like we update our status? Mana nak letak muka bhai? Mana? Maluuuu je!!!!

Tetapi walau orang ramai tidak memerhati, tetapi rakan-rakan, insan-insan di sekeliling kita mereka tetap memerhati. Akhirnya mereka akan gelarkan kita sebagai mamat atau minah yang hipokrit.

Cyber Romeo

Termasuk dalam dakwah hipokrit ini adalah cyber romeo. Mereka mengunakan agama sebagai alat untuk memikat perempuan.

Menggunakan ayat-ayat Al Quran, mengajak tahajud, selalu pm-pm tazkirah, tetapi hakikatnya ialah mereka mahu mengurat perempuan yang mereka sukai.

Aduh..

Justeru, wanita-wanita serikandi agama sekalian, jangan mudah terpedaya dengan kewujudan cyber-cyber romeo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Protect hati anda, protect perasaan anda, dengan banyakkan berdoa kepada Allah, di samping bergaul dengan rakan-rakan yang soleh.

InshaAllah anda dapat menghindarinya.

Cabaran

“Aishh.. hang ni cakap tak serupa bikin la”

“Cuba check tafsir surah As Saff ayat 2″ Ahmad tiba-tiba mengusulkan sesuatu

“Apa dia ? “

“Apa maksud dia wei ? ” Ali tertanya-tanya.

“Ha. itu aku tak nak beritahu. Hang balik rumah, hang check sendiri.. “

Di rumah Ali membuka tafsir Al Qurannya. Alangkah terkejut hatinya dan gementar sanubarinya apabila dia membacakan ayat Allah ini ;

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan ? “

Lalu dia membaca sambungan ayat itu

“(Itu) sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan” (As Saff ayat 3)

Ali terduduk. Dia termenung jauh merentasi birai tingkap rumah sewanya itu. Melihat awan yang berarak. Seolah-olah ingin membicarakan sesuatu kepada dirinya.

Wahai Ali ! Jangan hipokrit. Walk the talk. Tidakkah kau lupa pada satu lagi hadis Nabi saw yang berbunyi begini ;

Daripada Abu Zaid, Usamah b Zaid b Haritsah r.a., beliau berkata :

Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Dibawa seorang lelaki pada hari kiamat, lalu dicampakkan ke dalam neraka. Maka terkeluarlah tali perutnya, lalu dia berpusing-pusing di sekeliling tali perutnya itu seperti keldai yang mengelilingi pengisar.

Maka, berkumpullah penduduk neraka dan berkata: Wahai sipolan, kenapa kamu begini ? Tidakkah kamu dulu menyuruh kepada makruf dan melarang kemungkaran? Maka dia menjawab: Ya betul, aku menyuruh kepada makruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya ” (Mutatafaq ‘alaih)

Ketika Mahmud Abu Raiyah menghuraikan hadis tentang “orang yang cakap tak serupa bikin” dalam Riyadhus salihin, saya tertarik dengan syair ini ;

Wahai lelaki yang mengajar orang lain,
Alangkah baiknya pengajaran itu untuk dirimu,

Kamu perihalkan ubat penawar bagi orang yang sakit,
Sedangkan dirimu sendiri sedang tenat,

Kamu mengislah akal kami dengan kebijaksanaan
Sedangkan kamu sendiri kehilangannya,

Maka tegahilah dirimu sendiri daripada kelalaiannya,
Jika kamu selesaikan tugas itu, maka kamu adalah sibijaksana,

Dari situlah kata-katamu didengari,
Nasihatmu diambil dan pengajaranmu dimanfaatkan,

Jangan kamu larang manusia, sedangkan kamu melakukannya,
Amat mengaibkan perbuatanmu itu lagi amat besar dosanya.

Rasanya mahu tercabut jantung jika hadis ini dihayati dengan sebenar-benar perasaan. Lebih-lebih lagi oleh seorang daie yang sangat bajet seperti saya.

Solusi

Maka solusinya tidak lain tidak bukan adalah kita kena buat dulu apa yang kita suruh orang lain buat. Sentiasa berhati-hati, kerana diri kita sentiasa diperhati.

Jangan culas dalam solat,

Jangan malas dalam amal dakwah,

Meeting jangan ponteng,

Program jangan ponteng,

Jangan buat status macam-macam menipu,

Nampak poyo, nampak gah.

Tetapi hakikatnya tidak.

Sahabat yang dikasihi kerana Allah swt sekalian, perkara ini mungkin lihatnya remeh. Tetapi, “cakap tak serupa bikin ini” ataupun fenomena daie hipokrit ini merupakan fenomena yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Paling harus mengkoreksi diri adalah golongan Daie sekalian.

Cabaran sebenar bagi kita ialah beramal dengan apa yang telah kita perkatakan itu! Iya benar, bahkan itulah mujahadah yang paling payah sekali untuk dilakukan!

Di akhir kalam, maafkan saya, jika saya lebih banyak bercakap daripada beramal. Saya sedar bahawa saya adalah seorang manusia biasa yang tidak lekang daripada membuat silap. Semoga tulisan yang ringkas di atas dapat sama-sama kita jadikan pengajaran.

Saya akhiri tulisan pada kali ini dengan kata-kata daripada Abu Darda’ dan juga firman Allah swt  dalam surah Al Baqarah ayat ke 44

“Kecelakaan bagi sijahil sekali, kecelakaan bagi sialim tujuh kali “

dan

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri ; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal ?  (Al Baqarah :44)

Wallahualam.

“Tegur aku kalau aku silap. Tempeleng aku kalau aku bajet” 🙂

p/s : Rujukan Mahmud Abu Raiyah , Huraian Hadis-hadis pilihan Riyadhus Solihin

Asyraf Farique

Penulis buku

1) Aku Bukan Superman: Aku Pemuda Luar Biasa

2) Usrah Ini Semua Poyo

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

5 COMMENTS

  1. idea bgus..tp menulis pkara yg baik2 d fb dianjurkan.alhamdulillah.siapa kita untk kata org yg menulis itu menipu.skurang2nya boleh inspire org lain..dan tindakan memberi cntoh buat jahat,tp x letak kat fb x wajar.tahukan anda org yg berbuat dosa,bila d tahap teruk.akan bangga dgn dosanya.anda pnah tgk x org up status main judi,minum arak,gambr dgn pelacur,peluk dgn awek? jgn ptikaikan bnda baik dgn mcabar mereka mngakui dosa.x cun..dlm dunia ni,kalau smua org nk tgu diri sndiri baik bru nk bcakap dan dakwah,usaha dakwah akn tbantut.

    • Maksud penulis ni sbb dia kenal org tu sendiri,kalau rasa diri sendiri tu x buat mcm tu, bila post sesuatu mmg betul2 buat,xpayahla terasa.. Sy sendiri kenal org mcm tu,bapak n abang sy sendiri,menyampah sy tgk post dorg dlm facebook, share pasal ceramah kt masjid dgn ayat “jgn lupa mari sama2 meriahkan” tengok2 hari kejadian dok baring je dlm bilik,saya tanya nape tak pegi ceramah,jwbnya tak larat..yg abg pulak asyik share pasal jasa ibu bapa hargailah bla3,padahal dah umo 32 tahun x keja merempat kat rumah makan tido,melawan ckp mak bapak..hipokrit sungguh

  2. Alhamdulillah, tulisan yang memberi bekas kepada pendakwah2 fb seperti saya. Sungguh benar, medan amal itu lebih luas dari medan berkata kata.

    Jazakumullahu khairan kathira.

    *adalah satu akhlak yang buruk untuk si isteri artis menceritakan keburukan suaminya kepada orang lain tanpa sebab2 yang dituntut syarak. Wallahu’alam.

Leave a Reply to pok jak Cancel reply