Dakwah vs Family

0
152
views

Dakwah vs Family

Dakwah vs FamilyDakwah vs Family | Dakwah atau keluarga? Mana satu antara dua? Kadang-kadang berfikir sampai boleh jadi botak kepala dibuatnya.Bagi pandangan keluarga, ada saja salahnya.

 “Usrah,usrah,usrah. Cuba duduk rumah. Apa tak gembira ke berbulatan dengan kami ?”, kata Yang Berbahagia Ibu.

Alangkah indah kalau tak perlu ribut-ributan memilih salah satu. Kedua-duanya bergabung. Meletup. Mencipta satu fenomena baru dalam arena dakwah dan tarbiah dalam sejarah manusia sepanjang abad.

Bila buntu memikirkannya, dicuba meminta pendapat orang lain. Al hasil dijawab dengan selamba; murnikan keduanya. Tampal mana yang lompang. Jatuh rahang ke bawah mendengarnya. “Apa maknanya?”Lepas diberi penerangan melalui warkah bisu, aku masih tak faham.

Hati terdetik, “mungkin bahasanya terlalu tinggi sampai diri ini tak bisa mengerti”. Tak boleh didigest. Sel-sel otak tidak berhubung. Mungkin tiada gangliosida mungkin.Eh.

Terkadang ada terlintas di fikiran, “kenapa lah Yang Berbahagia IbuBapak ini tak faham yang anak mereka ini ingin memperbaiki umat yang sedang sakit ini *chewah*. Bukannya buat kerja yang tiada pekdah. Anak mereka yang tersayang ini sedang menghidupkan semula sunnah terbesar Rasulullah SAW; berdakwah.

Tapi lepas berfikir sejenak, macam nampak apa sebab mereka tolak.

“Diorang sunyi. Kalau aku pergi usrah, takde siapa dah kat rumah yang boleh bersembang-sembang, mengusik mak ayah. Diorang dah tua. Allah kan dah kata, bila mereka dah tua, mereka akan jadi macam budak-budak balik. Nak dibelai. Nak perhatian. Nak dimanja. Mungkin inilah masanya. Masa untuk balas jasa. Walaupun tak besar, tapi boleh gembirakan mereka, apa salahnya?”

Oleh itu, wahai pemuda-pemudi yang menggelar diri mu itu dai’e yang terhebat di galaksi Bimasakti, jangan lupa akan yang namanya priority. First thing first. Aulawiyat.

Memang..Dua-dua penting. Tapi mana yang lebih penting. Dua-dua boleh jadi tiket ke sorga nan abadi kalau betul caranya. Kalau kena tempatnya.

Tapi ingat!

Berdakwah jangan sampai ibu bapa terluka. Takutt.. nanti Allah pula murka! Tak pasal dapat gelaran da’ie durhaka! Nauzubillah berat siksanya itu saudara! Tak tertanggung kita!

Alangkah bestnya kalau kita murnikan dan satukan keduanya. Mohon pada Allah agar kita Berjaya jadi anak soleh/solehah dan super daie yang pergghh! Dekati ibu bapa. Fahamkan mereka. Ambil hati keduanya. Itu kuncinya. Mereka bukan batu yang tak boleh faham rasa hati kita. Susah memang susah. Tapi insyaallah, Dia pasti bantu.Yang penting kita cuba dan pastikan balance antara dua.

Kita ini ummatan wasatha. Umat yang sederhana. Bukan ekstrimis. Bukan juga pemuka yang sambil lewa.  Bak kata Ah Meng kedai runcit belakang rumah saya, “semua benda kena ngam-ngam choi lo!”. Terkurang bawa masalah, terlebih takut punah. Ayuhlah kita belajar besederhana dalam semua perkara!

 

Fatin Nabilah Bt Abu Hassan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply