Dakwah yang Alien

0
114
views

Dakwah

Dakwah | Daie: “Korang kena baca hadith ifki ni”

Mad’u: (Entah menatang apalah plak hadith ifki tu…. tau arr ko banyak ilmu, malas aku nk layan, senyum jelah)

Daie: “Kita kena tegakkan syahadah di muka bumi ni, kita ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah, kita kena usaha sehingga capai ustaziyatul alam, dan segalanya bermula dengan tarbiyah!”

Mad’u: (syahadah tu yg syarat pertama rukun islam kan? khalifah…. macam ketua kan? ustaziyatul alam? tarbiyah? benda apa plak tu? haihh… diorang ni tak abis-abis nak guna jargon)

Daie: “perkara yang paling thabatkan saya dalam jalan ni adalah hadith super saiya”

Mad’u: (kejadah apalah plak hadith super saiya ni…. tanya member azhar aku pun dia tak tau…. aish..)

Mad’u: (nanti bila aku dah jadi orang besar dalam jemaah ni aku nak ubah arr sistem dakwah ni…. tak habis-habis nak guna jargon…. bagi ayat quran dan hadith, guna istilah-istilah arab tapi terjemahan tak baca, ingat semua orang pandai arab ke….)

Dah banyak kali, bukan sikit, aku mendengar aduan daripada orang lain terutamanya di dalam program-program umum, bagaimana mereka tidak memahami sangat banyak istilah-istilah dan dalil-dalil yang digunakan…. Sudah tentu perkara ni bukan saja berlaku di dalam program, tetapi juga di dalam penulisan, di dalam perbincangan, dan apa-apa sajalah

Golongan agama, golongan tarbiyah, daie, kita semua senang terjerumus dalam satu gejala. Iaitu gejala comfort zone. Kita mempunyai terlalu ramai kawan-kawan yang ‘sejenis’ dengan kita, sehingga akhirnya kita terlupa majoriti masyarakat zaman sekarang ni berada di luar lingkaran kita. Kita begitu biasa bersembang dengan istilah-istilah yang ‘gempak-gempak’, sedangkan majoriti masyarakat di luar entah apa maksud istilah yang digunakan tu pun diorang tak tahu…. Dan kita pula menggunakan istilah tersebut dengan mereka…

Tahukah anda satu fakta berkenaan dunia kewangan/financial world? Bagi kebanyakan orang, ataupun bagi orang luar, mereka langsung tidak akan memahami perbincangan yang berlaku berkenaan dunia tersebut…. Kenapa? Kerana dunia tersebut memang ‘dicipta’ untuk bagi orang luar tak faham…. Kerana mereka ingin memonopoli dunia tersebut untuk diri mereka sendiri, supaya jika ada penyelewengan yang dibuat, majoriti masyarakat dunia langsung tak faham apa yang berlaku…. Sebab itulah setiap istilah-istilah yang digunakan, langsung tidak masuk akal dan tidak akan difahami orang dunia luar…. Sehinggakan orang luar langsung tidak berminat untuk mengambil tahu berkaitan dunia tersebut…. ianya terlalu asing, alien

Adakah perkara yang sama ingin kita lakukan di dalam dakwah kita? Dakwah ini dimulakan di tanah arab, tapi adakah itu bermaksud kita perlu turut menggunakan istilah-istilah arab? Sehinggakan masyarakat luar merasakan kita ini alien dan tidak berminat untuk mendekati kita, apatah lagi untuk memahami dakwah yang ingin kita sampaikan?

Kita selalu begitu mudah tenggelam di dalam comfort zone…. Dan at the end… ‘dakwah’ yang kita lakukan juga hanya khas untuk orang-orang yang merelakan diri untuk berada di dalam comfort zone ini…. Yang sanggup bersusah payah memahami istilah-istilah yang pelik-pelik bagi mereka…. Dan hakikatnya bilangan tersebut sangatlah sedikit…. Jika benar kita ingin Islam ini tersebar ke seluruh dunia…. Ianya tidak akan mampu tersebar dengan cara ini….

“Dan kami tidak mengutuskan seorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan kepada mereka….”
(Ibrahim 14:4)

Kepada siapakah dakwah kita sebenarnya? Untuk sesama kita sendiri, ataupun untuk orang di luar sana?

p/s: boleh jadi sebahagian daripada pembaca artikel ni pun tak faham apakah maksud jargon, daie dan mad’u

jargon = istilah khas digunakan oleh satu-satu golongan
daie = orang yang menyeru kepada Islam
mad’u = orang yang diseru kepada Islam

Izzuddin Yussof

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply