Dakwatuna

0
3
views

Dakwatuna

Dakwatuna

Dakwatuna | Apabila dikatakan tentang dakwah, Imam Hassan al-Banna telah menggariskan beberapa ciri dakwah ikhwan yang ringkas dan tepat untuk kita laksanakan

1) Terus-terang ( Mushorohah)

Apa maksudnya kita terus terang ini? Maknanya, kita berterus terang dalam dakwah dari beberapa aspek:

  1. Ghayah – Objektif/tujuan dakwah kita. Tanpa berselindung, kita jelaskan kepada umat ini bahawa memang kita nak membawa mereka kepada satu tujuan yang jelas terang benderang, iaitu: Allah Azza wajalla.
  2. Manhaj- pendekatan/silibus dakwah kita. Kita menerangkan kepada umat bahawa manhaj dakwah adalah dari kitab Allah dan juga sunnah Rasulullah.
  3. Dakwah – mesej dakwah kita itu sendiri kita sampaikan penuh kejelasan, tanpa lapik dan berselindung.Maknanya, ketika melaksanakan dakwah ini, kita tak perlu takut dan segan untuk menyatakan tentang dakwah yang kita mahu bawakan ini, sehingga kita terpaksa berselindung dan berlapik-lapik.

2) Suci (Baro’ah)

Ciri dakwah yang kita imani juga adalah dakwah yang suci dari tujuan dari selain dari keredhaan Allah. Kita berdakwah, bukan untuk dapatkan kepentingan peribadi sedikit pun!

 Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. (Yusuf: 108)

 

3) Kecintaan ( A’thifah)

Dakwah ini kita sampaikan buat umat, hanya di atas rasa cinta kita yang amat sangat buat mereka, melebihi diri kita sendiri. Kerana itu, kita sanggup berkorban apa sahaja, demi untuk menyampaikan risalah ini buat mereka.

 

4) Kepada Allah segala kelebihan dan kurniaan ( Lillahil adhli wal mannah)

Kita tak punyai kelebihan apapun dan kita sendiri tak menyumbang banyak manapun. Semua kelebihan itu adalah milik Allah, dan ditanganNya sahajalah manusia itu mendapat hidayah mahupun tidak. Hanya Allah tempat bergantung dan meminta pertolongan.

 

Bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dia-lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Al-Hujurat: 17)

 

Dalam perjalanan dakwah ini, terkadang kita kurang memahami intipati kepada dakwah yang kita sebarkan. Sehingga menjadikan kita kurang yakin dan kurang bersungguh-sungguh dalam amal kita.

 

Kesimpulannya, empat ciri dakwah ini perlu kita fahami agar dakwah itu mudah bagi kita. Keyakinan dan iman akan menggerakkan kita untuk berterus terang dalam dakwah kita tanpa berselindung dan takut. Dakwah ini juga suci dari sebarang bentuk kepentingan peribadi dan keuntungan dunia. Dari keikhlasan itulah yang biasanya dapat menyentuh hati manusia. Begitu jugalah dakwah ini bergerak atas dasar cinta kita kepada umat ini hingga menyebabkan kita tak lena tidur memikirkan masalah mereka. Akhirnya, kita meyakini bahawa segala kelebihan dan kurniaan itu hanya dari Allah. Keislaman mad’u kita bukanlah disebabkan diri kita, malah itu semua adalah kurniaan dari Allah Taala semata-mata.

 

Perkara ini bukan setakat pengajaran bagi kita, tetapi juga kepada binaan yang kita bina. Supaya seluruh kehidupan dakwah mereka hanyalah untuk mencapai tiga prinsip dakwah terutama : Lillah ( kerana Allah), ma’aAllah ( bersama Allah) dan ila Allah ( kepada Allah). Berdakwah hanya kerana Allah, bersama dengan Allah ( dekat dengan Allah) dan menyeru manusia hanya kepada Allah.

*Sila kongsikan sekiranya artikel dakwatuna ini bermanfaat buat anda.

 

Dr Nur Aisyah Zainordin

muharikah.wordpress.com

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply