Daripada ‘Pekak’, Baik ‘Buta Dan Tuli’ – Hanis Halim

0
137
views

lllllllllll

Sebelum itu, ingin saya memohon maaf atas penulisan saya, yang  mungkin tidak dipersetujui sesetengah pihak, namun apa yang saya tulis ini adalah luahan hati saya, yang ingin saya sampaikan buat mereka yang terlibat dalam industri perfileman dan seangkatan dengannya.

Baru-baru ini cerita yang sedang hangat di tayangkan dipawagam adalah cerita PEKAK. Saya belum lagi menonton filem ini, namun saya membaca beberapa reviu pihak yang tidak bersetuju dengan jalan cerita ini dan tidak kurang juga yang menyokongnya. Apa yang saya boleh katakan di sini, setiap kita ada pandangan masing-masing, jadi marilah kita saling menghormati pandangan dan elakkan perbalahan.

Kembali ke tujuan asal, saya adalah salah seorang remaja berumur 20-an, apa yang saya dapat lihat daripada filem-filem (bukan sahaja filem PEKAK) di Malaysia, kebanyakkannya adalah filem yang tidak berisi mesej yang dapat memberi manfaat atau sesuatu yang mempunyai nilai, lihat saja lambakan filem yang bergenre gengster, percintaan yang mengarut dan filem seram yang mengandungi elemen khurafat.

Lihalah apa yang terjadi pada bangsa kita terutama anak muda, mereka adalah golongan yang membawa peranan besar untuk memajukan sebuah negara, namun industri perfileman kita tidak membawa mesej untuk membangunkan intelektual anak muda, malahan seolah-olah ‘mengangkat’ tinggi mesej-mesej yang tidak sepatutnya untuk dicontohi.

Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, mereka sepatutnya pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk, yang baik dicontohi yang buruk ditinggalkan! Ya saya juga setuju dengan pernyataan ini, namun bayangkan jika seorang anak yang mempunyai ayah yang merokok, ayahnya berpesan untuk contohi apa yang baik dan apa yang buruk pada ayahnya jangan dicontohi, dan pada akhirnya anak itu merokok, siapa yang harus dipersalahkan?

Pastinya ayah itu yang disalahkan, kerana anak-anak mencotohi perbuatan yang dilihat, lebih daripada mendengar kata-kata. Seperti itu juga filem-filem yang ditayangkan, buruk mesej yang dibawa buruk juga kesannya pada penontonnya.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak yang terlibat dengan industri perfileman dan seangkatan dengannya, marilah membawa satu perubahan dalam industri perfileman kita. Bawalah mesej-mesej yang mengangkat nilai manusiawi, dan  nilai intelektual lebih lagi. Ya saya tahu pastinya cabaran utamanya adalah hasil daripada pembikinan filem itu lumayan atau tidak?

Percayalah bahawa pemikiran dan nilai-nilai murni yang perlu kita tanamkan itu lebih mahal daripada wang ringgit. Mesej yang anda bawakan dalam filem itu, besar impaknya pada anak bangsa hari ini, yang juga satu hari nanti akan menjadi pemimpin untuk anak-anak,dan cucu-cicit anda.

Daripada kita buat cerita PEKAK,  yang penuh dengan elemen seks bebas dan dadah kenapa  tidak kita buat cerita BUTA dan TULI berdasarkan sebuah kisa benar kehidupan seorang wanita hebat bernama Hellen Keller, kita bawa dalam versi kita, yang penuh dengan adab ketimuran dan budaya Malaysia yang unik! Saya yakin ada pasaran untuk kisah-kisah sebegini.

Kalau ada yang katakan,

“Ini adalah cara untuk kita tunjukkan apa yang selalu masyarakat selindungkan,apa yang masyarakat tidak tahu yang sedang berlaku.”

Pada pendapat saya, cukup-cukuplah, masyarakat sebenarnya sudah cukup sedar dengan apa yang berlaku, tiap-tiap hari di timeline fb dengan kisah pedofilia,kisah budak perempuan ‘berumur 9 tahun guna batang paip untuk melakukan onani, kisah bapa ‘memakan’ anaknya sendiri, kisah anak luar nikah yang didaftarkan dan tidak di daftarkan, tidakkah itu sudah cukup menyedihkan? Tidakkah itu sudah cukup menyesakkan dada?

Akhir kata,marilah kita menyediakan sebuah solusi,bukan hanya semata-mata menghidangkan realiti.

Perhatikan firman Allah:

“Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” Kamu sekali-sekali tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu kepadamu bahkan kamu mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. ” (QS. Fushshilat: 20-22)

Nurhanis bt Abdul Halim, Universiti al-Al Bayt ,Jordan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply