Di Sebalik Pemilihan Tanah Arab

0
75
views

Di Sebalik Pemilihan Tanah Arab

Di Sebalik Pemilihan Tanah Arab Di Sebalik Pemilihan Tanah Arabقال رسول الله صلى الله عليه وسلم, الناس شركاء في الثلاث,الماء والكلاء والنار

Maimunah menutup mulutnya yang hampir-hampir ternganga luas menahan ngantuk.Ayat terakhir yang dibaca dari buku ‘Maliah Ammah’ nya malam itu menyentuh topik pemilikan am Negara islam.Apa yang digariskan oleh Rasulullah jelas menujukkan ada 3 harta benda yang boleh dikongsi bersama oleh seluruh manusia,tanpa dikuasai oleh individu tertentu iaitu ,air,tanah dan api.

 

Sejenak,mata yang melayu hampir-hampir tertutup terbuka luas.Cuba me’refresh’ sesuatu.Mata itu hampir-hampir terbelalak.Mengingatkan kembali kedahsyatan tamadun Parsi yang turut menjadikan wanita sebagai pemilikan am buat semua.Wanita bebas dimiliki siapa sahaja,bisa ditukar ganti pasangannya.Atasghfirullah,Innalillah,panjang nafas kekecewaan terhela dari mulut Maimunah sambil kepalanya menggeleng-geleng.

Teringat tamadun-tamadun lain yang turut gah dengan perkembangan teknologi,intelektual dan falsafah mereka,Greek,India dan Romawi.Sayang 1000 kali sayang,tamadun-tamadun besar ini meluaskan empayar dalam kegelapan tanpa naungan cahaya Islam.Greek tenggelam dengan kepercayaan khurafatnya.India tersasar jauh dari norma-norma kehidupan manusia sebenar.

 

Hatta sehingga ke hari ini,bumi Abu A’laa Al-Maududi itu masih lagi mengalami kepincangan akhlak yang sangat dahsyat rentetan dari penyelewengan Syahadatul Hak oleh pemimpin islam di situ sendiri.Sedihnya,teruknya dan dahsyatnya apabila nafsu bermaharajalela,syaitan menjadi ikutannya,Allah diletakkan pada bukan tempatnya.

Maimunah mengalihkan pandangannya ke arah skrin laptop Toshibanya.Mouse discroll ke bawah,menatap wall-wall facebook.Bukan sekadar menghilang bosan,tetapi sibuk mencari info-info terkini tentang Negara jiran yang sedang bergolak teruk,Syria.Seawal pertumpahan darah pertama oleh Qabil di Jabal Qaysun di Syria itu,Syria kini terus disimbahi darah.Penindasan berterusan malah sebenarnya sejak Tamadun Rom pernah menguasai bumi Syam ini lagi.

Rom yang memiliki empayar yang luas, tidak meletakkan Allah sebagai matlamat hidup mereka.Sebaliknya rakyat bumi Syria dan Mesir dijadikan suteru mencetus sengketa agama semata-mata kerana matlamat hidup mereka hanya untuk berbangga dengan menguasai dunia yang dicorakkan nafsu ammarah mereka.

Tidak hairanlah mengapa dulu,Allah tidak pancarkan islam bermula dari sini.Agama sejahtera itu, selayaknya Allah jadikan Negara Arab yang tika itu tenang-tenang,tepencil dan terasing dari serabut kekeliruan pemikiran ,untuk menjadi perintis agama lurus ini.Meski mungkin,kita telah disogok-sogok tentang kejahilan bagsa arab yang membunuh bayi,berpuak-puak,minum arak dan menyembah berhala,hakikatnya tingkah –laku mereka tidak lain hanya ingin sampai ke arah kemanusiaan sebenar.Bunuh bayi untuk memelihara maruah,berperang sesama sendiri untuk menjaga kehormatan.Sayangnya,mereka hanya insan-insan naïf yang bersedia untuk menerima pencerahan.

 

“Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan-golongan orang yang telah sesat”[2:198]

Begitulah Allah menggambarkan.Bukan kritikan apatah lagi satu penghinaan.Tetapi ia suatu penegasan berbentuk keuzuran dan pengampunan kepada bangsa buta huruf ini.Yang hanya tahu mengembala kambing dan berdagang,tanpa mengetahu hakikat hidup yang sebenar.

Maimunah menggerakkan cursor ke arah link Group Infiruu.Satu group yang membincangkan isu-isu gerakan dakwah di Universiti A itu.Salah seorang akhowat mengeluarkan suatu kenyataan pilu,

“Sorang lagi adik dirosaat kita ingin keluar dari usrah”

Status berakhir dengan emoticon sedih,muram durja.Allah,sekali lagi bilangan adik-adik dalam kalangan pelajar syariah yang mereka cuba bina untuk membentuk Qaedah Sulbah dalam misi mencapai ustaziyatul alam,menarik diri,keluar usrah.Sedih teramat tidak mampu dibendung.Sedangkan golongan-golongan inilah yang sepatutnya menjadi pendukung utama dakwah ini kerana ilmu-ilmu usuluddin mereka,kefakihan feqah mereka,penguasaan bahasa arab mereka.

Tetapi,merasakan diri sudah cukup sempurna dilitupi tudung labuh dengan secebis kain peuntup muka,adik itu sudah merasa cukup.Teori usrah ditolak mentah-mentah sebelum kami sempat menyentuhnya dengan wasilah tarbiyah seperti daurah dan Jaulah.Pada mereka ilmu agama yang dipelajari di sekolah sudah cukup dalam meletakkan mereka dalam kebenaran.

Berbeza betul keadaanya dengan penerimaan dakwah ini dalam kalangan adik-adik yang mengambil bidang perubatan dan pergigian di negara itu.Adik-adik yang pakaiannya masih tidak sempurna,akhlaknya masih aib sini dan sana,merekalah yang matanya paling bersinar saat tarbiyah ini menyentuh mereka.Malah golongan mereka jugaklah yang makin hari makin maju ke hadapan,ingin terus menazarkan diri pada dakwah ini.Mengislahkan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka lebih mudah  kerana mereka sekalipun tidak pernah menafikan kejahilan,dan tidak berbangga dengan ilmu-ilmu sains tulen mereka.

Mungkin kerana itu juga,Islam seawal kemunculannya tidak diturunkan kepada manusia-manusia yang hidup bangga dengan falsafah mereka.Tetapi diturunkan terus kepada insan-insan yang jelas pekat jahiliyyahnya tetapi jauh di sudut hati mereka,mereka mebutuhkan pancaran cahaya yang mampu mengubah warna gelap itu kepada warna-warni indah.Maka merekalah umat terpilih untuk merintis agama Nabi Muhammad s.a.w ini.

Meski mungkin mereka adalah umat yang terkenal dengan buta hurufnya,namun hikmah besar Allah mengangkat seorang Rasul dalam kalangan ‘ummiy’ agar nanti terasangkallah sangkaan-sangkaan buruk yang mengatakan Nabi Muhammd s.a.w menceduk pemahaman agama islam dari sejarah-sejarah Tamadun dunia,tertolaklah tuduhan-tuduhan yang mengatakan agama suci ini adalah timbul dari kalangan manusia yang bertamadun dan mempunyai falsafah seperti Parsi,Romawi dan Greek Tua.Bimbang nanti dituduh sebegini rupa,islam dikatakan agama falsafah semata-mata.

 

Jam menujukkan tepat pukul 1130 malam,kepala Maimunah masih pening memikirkan resolusi menghadapi masalah mad’u-mad’u golongan syariah yang dikhuatiri pulang menjadi buruk kakak tua yang hanya mampu berkata-kata tetapi tidak memaknainya.Masakan tidak,ilmu syariah yang diperoleh mereka menjadikan mereka lebih tertutup dalam menerima sentuhan tarbiyah ini.Ya Allah sesungguhnya hidayah itu milik Dia.Moga-moga ada dalam kalangan adik-adik syariah nanti yang akan terbuka matanya dalam memaknai tarbiyah ini.

 

Dalam kerutan dahi memikirkan masalah,mata Maimunah tiba-tiba bersinar melihatkan tawaran pakej Umrah bagi pelajar Jordan untuk bulan Jun ini.Akhowat insha Allah dibenarkan untuk menyertai.Makkah,suatu tempat yang semenjak dari zaman Nabi Ibrahim sudah menjadi kawasan tumpuan ummat.Tapak kiblat yang dipilih Allah menjadi muara seruan agama pertama dan juga tempat munculnya utusan terakhir sebagai ‘khatimul anbiya’ .Mungkin itulah hikmah di sebalik pemilihan makkah sebagai pusat pancaran simbahan cahaya Islam.

Kedudukan makkah yang strategik di tengah-tengah kebangkitan Tamadun dunia,kota ini terpilih oleh Allah menggalas beban dakwah di peringkat mula.Hal ini demikian kerana kedudukannya yang strategik berpotensi untuk menyebar cinta dari langit itu ke seluruh alam.Pertuturan menggunakan bahasa syurga itu menjadikan mereka umat terpilih dalam menerangkan kalam Allah untuk disampaikan ke seantero dunia.

Tambahan bahasa ini adalah yang paling indah dibandingkan dengan bahasa yang lain.Bahasa yang kaya dengan khazanah nahu,qawaid dan balaghahnya.Bahasa yang biar apapun melodi atau intonasi yang digunakan,masih mampu menyampaikan mesejnya.Mata maimunah terpejam rapat,tenggelam dalam lautan rindu untuk menghadap Kaabah di negara pemula dakwah itu.Sungguh,tidak pernah salah,dan penuh hikmah,Allah memilih untuk memancarkan islam dari situ.

 

Aliyah Bukhori

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply