Dibuang Dari Syarikat Yang Ditubuhkannya Sendiri, Steve Jobs Tidak Mengalah – Adnin Ghazali

0
134
views

steve-jobs-turtleneck

Steve Jobs, pencipta I-Phone yang mengubah lanskap dunia komunikasi di hujung jari. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2011 semasa berumur 56 tahun kerana tumor.

Namun begitu, terdapat pelbagai mutiara berharga yang kita boleh perolehi daripada kisah beliau.

Beliau pernah dijemput berucap di Standford University, California, Amerika Syarikat sempena hari konvokesyen pada tahun 2005. Capaian berikut merupakan ucapan beliau yang telah dimuatnaik di YouTube.

Sungguh ironi, beliau memberi ucapan di universiti walaupun tidak pernah tamat belajar dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi.

Ada tiga kisah yang beliau ceritakan semasa ucapan tersebut. Begitu banyak hikmah yang disampaikan daripada kisah kehidupan beliau tersebut. 

  • Cabaran Kehidupan adalah yang Terbaik

Seringkali ujian dan cabaran kehidupan menyebabkan kita mengeluh kesah dan berasa tertekan. Steve Jobs meninggalkan dunia pendidikan tinggi dan berhenti belajar selepas enam bulan sahaja di universiti.

Beliau juga menunggu sehingga 18 bulan sebelum betul-betul berhenti belajar secara formal kerana tidak dapat melihat kepentingan untuk melanjutkan pelajaran di situ selama beberapa tahun.

1477020532400

Pada mulanya, beliau sangat takut untuk membuat keputusan tersebut namun, mengikut gerak hati, itulah keputusan terbaik beliau pada waktu itu.

Walaupun ibu bapa angkatnya telah melaburkan wang simpanan yang agak banyak untuk beliau menyambung pelajaran, tetapi pada Steve Jobs, itu bukanlah apa yang betul-betul dia inginkan.

Beliau terus meninggalkan kelas yang tidak menarik dan hanya mengikuti kelas dalam bidang yang betul-betul menarik bagi beliau. Pelbagai cabaran dan mehnah beliau hadapi sepanjang duduk di universiti.

Antaranya, tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. Beliau sering ke tempat-tempat kebajikan untuk mendapatkan makanan.

Beliau juga tidur di lantai bilik kawannya di university dan menjual tin-tin kosong bagi menampung kehidupannya setelah berhenti belajar secara formal.

Kesusahan dan cabaran tersebut membentuk dan menyediakan dirinya untuk cabaran masa depan. Rasa sifat ingin tahu dan mengikut gerak hati telah menyebabkan beliau sentiasa memilih jalan yang lain daripada kebiasaan.

Kita sebagai muslim lebih-lebih lagi perlu percaya bahawa apa sahaja cabaran yang dikurniakan Allah pada kita sekarang, terdapat hikmahnya yang tersembunyi. Maka yakinlah akan ketentuanNya.

  • Teruskan Mencari, Jangan Berhenti

Cinta dan kehilangan juga banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Syarikat APPLE yang diasaskan Steve Jobs dan rakan baiknya, Steve Wozniak, pada tahun 1976, bermula daripada garaj di rumah ibu bapanya dan berkembang sehingga manjadi syarikat bernilai US$2 bilion dan 4000 pekerja dalam masa 10 tahun beroperasi.

Mereka bekerja keras untuk membangunkan syarikat tersebut. Inovasi yang dihasilkan sangat hebat dan mengagumkan industry teknologi maklumat dunia.

Cinta mereka pada inovasi membuatkan mereka sanggup mengerah tenaga, sentiasa bekerja lebih masa, melaburkan wang, emosi dan segala-galanya untuk memastikan produk yang mereka hasilkan adalah yang terbaik.

Namun, bukan semuanya indah dalam perjalanan mereka menghasilkan inovasi terkini. Steve Jobs pernah diberhentikan daripada syarikat APPLE oleh lembaga pengarah samasa berumur 30 tahun.

Syarikat yang diasaskan beliau sendiri, telah menyingkirkan beliau.

Kemudian, selepas beberapa bulan berasa kecewa, tanpa berlengah lagi,beliau menubuhkan syarikat lain untuk meneruskan minatnya dalam bidang teknologi maklumat.

Cinta beliau pada bidang ini menyebabkan beliau bermula semula dari bawah.

Pixarlogo

Beliau menubuhkan syarikat NEXT dan PIXAR seterusnya menghasilkan filem animasi berkomputer pertama, “Toy Story” dan seterusnya menjadi studio animasi terbaik bertaraf global.

Yang menariknya tidak lama kemudian, syarikat APPLE membeli syarikat NEXT, dan Steve Jobs kembali semula ke syarikat lamanya..

Jangan hilang harapan! Teruskan mencari minat dan cinta anda. Dan jangan lupa bergantunglah padaNya di sepanjang perjalanan kehidupan.

  • Kematian yang  Menghidupkan

“Jika kita hidup sehari-hari seperti itulah hari terakhir kita, satu hari nanti, di saat kematian, kita pasti beruntung”

Steve Jobs melihat kata hikmah ini semasa berumur 17 tahun dan member kesan padanya.

Setelah mendapat berita bahawa beliau menghidapi kanser, setiap pagi, apabila beliau melihat ke dalam cermin, beliau akan bertanya pada diri beliau soalan: Jika hari ini adalah hari terakhir beliau, adakah beliau akan buat apa yang dibuat pada hari ini.

Selama 33 tahun, setiap hari beliau akan bertanya soalan ini. Jika jawapannya adalah tidak untuk beberapa hari, beliau tahu yang sesuatu perlu diubah.

Mengingati yang beliau akan mati tidak lama lagi adalah motivasi terbaik buat dirinya dan dalam membuat pilihan besar dalam hidupnya.

Ini kerana, jangkaan luar dan sekeliling, ego dan ketakutan menghadapi kegagalan, semuanya akan meninggalkan kita, bila kita di ambang kematian.

Masa kita terhad jadi berbuatlah sebaiknya. Ikutlah gerak hati anda dan jangan lupa menyerahkan segala percaturan hidup kita padaNya.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply