Dilemma Wanita : Berkerjaya Atau Surirumah Sepenuh Masa? – Salwa Mohd Saleh

0
31
views
Licia Ronzulli
Seorang Wakil Rakyat Wanita Di Sepanyol Membawa Anaknya Ke Dewan Parlimen

Wanita, berhenti salahkan diri sendiri!

Ramai kenalan dan wanita berkerjaya bertanyakan pendapat saya tentang kerjaya vs. surirumah. Majoriti selalu rasa bersalah kerana tidak dapat berhenti kerja dan menjadi housewife. 

Dan nasihat saya masih juga sama;

Setiap dari isi rumahtangga ada ceritanya. Tak semua orang sama. Ada masalah tersendiri. Ada cabaran tersendiri. Berhenti kerja bukan juga jalan keluar bagi semua orang.

Jika kita berkerjaya kerana ingin keluarga lebih bahagia dan sempurna dan atas sebab-sebab lainnya, kenapa benarkan rasa bersalah?

Jangan fikirkan soal mulut orang lain. Mereka tidak menyuapkan nasi ke mulut kita. Mereka juga pandai cakap tetapi amat kurang yang akan membantu.

Belajar untuk tidak mendengar cakap orang dan tidak bandingkan kehidupan orang, insya Allah lebih bahagia.

o-HOUSEWIFE-facebook

Paling unik, kebanyakan yang menjatuhkan wanita ini adalah wanita juga. Tendency untuk katakan ‘aku paling baik’ sangat menebal walaupun kadangkala ucapan tu nampak tersembunyi atau disudahi dengan perkatan ‘hehehehe’.

Tiada siapa yang lebih baik daripada yang lain.Kita berada dalam kitaran. Saling memerlukan dan saling melengkapkan.

Apakah nilaian paling utama dalam neraca amal?

Adapun nilai taqwa adalah neraca sebenar

إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ

“Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.” (Al Hujurat: 13)

Sudahlah. Jangan sedih-sedih.
I’m sending a bouquet of loves to all women out there.

15698039_10154349276036775_2808562668751994571_n
Puan Salwa Mohd Saleh Ketika Bersama Rancangan Malaysia Hari Ini (MHI)

Penulis : Salwa Mohd Saleh 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply