Dosa Dan Hidayah

1
85
views

dosa dan hidayah

Aku pernah begitu
Aku pernah begini
Aku pernah ke situ
Aku pernah ke sini
Aku tak pernah tak berdosa
Tak pernah kering dengan maksiat
Tak pernah lekang dengan dosa noda
Tak pernah sunyi dari bisikan syaitan

Suatu ketika
Penyesalan datang menghimpit jiwa
Menyesakkan dada
Sehingga lemas tak tahu jalan selamat
Lalu kupujuk hati

Wahai hati
Belajarlah untuk redha dengan takdir-Nya
Belajarlah untuk ikhlas dengan kemahuan-Nya
Belajarlah walau sukar, belajarlah walau derita

Sakitnya memang tak terperi
Mengenangkan dosa-dosa yang tak akan hilang dari lubuk ingatan kita
Kadang dah lupa, kadang datang kembali menyapa
Saat itu air mata tumpah jua di ribaan
Mengapa aku bodoh sebelum ini?
Mengapa aku buta sebelum ini?
Mengapa aku hinakan diriku sendiri?
Persoalan demi persoalan mencengkam,
Perit & pedih di lubuk hati..

Astaghfirullahal’azim..
Astaghfirullahal’azim..
Menggigil lidah bersama air mata
Sesak hingga lemah nafas
Suara tak kedengaran, hanya dengusan nafas yang terhenti henti
Semakin kuat cubaan untuk melupakan, semakin berat terasa beban di kepala

Inilah derita menanggung dosa
Inilah seksa memikul nafsu dunia
Yang pernah aku jadikan raja, yang pernah aku puja
Sakitnya tak terperi

Bila dititiskan ujian dalam rencah hidup
Barulah berubah rasa dan kenikmatan hidup
Kini baru kumengerti
Untuk apa ujian itu
Untuk apa dosa itu menyesakkan dadaku
Untuk apa nafsu itu membinasakan aku
Untuk apa kekecewaan itu menghimpit aku

Benarlah…Hidayah itu milik Allah
Milik Allah….milik Allah
Aku tidak berhak ke atasnya
Hanya Dia yang berhak
Bila diinginkan, maka diberikan kepada sesiapa jua
Sedang aku masih mencari hidayah itu
Berdoa untuk merasai walau sedikit nikmatnya

Wahai hati-hati yang pernah sepertiku
Mintalah hidayah itu
Mintalah daripada pemiliknya
Semoga kita antara yang layak
Aamiinn
 
Penulis : Siti Norhana Mamat

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. Assalammualaikum.

    Terima kasih.

    Saat membaca tulisan anda, ia seolah-olah menampar terus ke pipi saya.

    Tulisan anda refleksi atas apa yang saya rasa waktu ini.

    Alhamdulillah.

    Benar hidayah itu milik Allah.

    Moga-moga kita ini dikalangan orang-orang yang sentiasa dikurniakan hidayahNya.

    Ameen

Leave a Reply to blograidah.com Cancel reply