Dua Rahsia Besar Untuk Kekal Berfikiran Positif – Raihana Zakaria

0
40
views

2016-03-24-1458856927-5304818-3PowerfulWaysToStayPositiveHP

Seorang teman pernah bertanya, bagaimana untuk menjadi positif?

Barangkali jawapannya ialah;

1) Memiliki rasa kehambaankepada Allah

Hasan Basri apabila ditanya: “Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?” Beliau menjawab:

“Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu Allah Ta’ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.”

Bagaimana mungkin seorang manusia memiliki rasa optimis sebegitu rupa?

Kerana dia sedar dia cuma hamba, yang punya Tuan dan Tuhan, pemilik segala kekuasan dan kehebatan.

Justeru, segala kerisauan dan kegelisahan yang mungkin hadir bersama-sama aura negatif berhasil dikalahkan dengan kebergantungan yang diletakkan secara total kepada Allah.

Kerana dia sedar, sifat seorang hamba yang baik itu ialah memiliki rasa takut (khusyuk) dan berharap.

Lalu perasaan ini akan diiringi dengan mengagungkan Allah, ketakutan ini akan disertai dengan kewibawaan Allah, diikuti pula dengan mengagungkan, memuliakan dan mencintai Allah.

photo-original

Nah, saat hati telah dibaluti rasa-rasa ini, in shaa Allah kita sedang menjadi manusia yang positif.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [At-Talaq 65:2-3]

Suburkanlah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah, semaikanlah rasa kehambaan dalam jiwa, perbaikilah hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia, nescaya kita akan mampu menjadi manusia yang positif, hendak-Nya!

2) Memiliki sudut pandang yang luas tentang kehidupan.

Kehidupan ini bukan sahaja tentang kejayaan, kecemerlangan, kebahagiaan, kekayaan, kehebatan, kemewahan. Di celah-celahnya ada kegagalan, kesedihan, ketidakcukupan dan kesederhanaan.

Kehidupan ini bukan sekadar tentang bangun pagi setiap hari, khidmat diri, pergi sekolah atau kerja, sarapan lunch dinner, balik rumah, rehat, penat, tidur dan kitaran ini terus berputar dan berulang hari demi hari.

Di saat kita sedar bahawa hidup di dunia ini lebih besar ertinya, hidup di dunia ini lebih panjang dan jauh visinya, pasti sahaja kita dapat kekal positif, meski banyak hal yang menerpa di pertengahan.

Penat sekarang? Ah, penat yang sebentar sahaja, jika nak dibandingkan dengan kerehatan (dan kenikmatan) yang lebih abadi di akhirat sana nanti.

Rasa tak dihargai? Usaha kita belum ada hasilnya? Ahh, yakinlah bahawa dalam setiap usaha kecil kita untuk mendapatkan hasil itu, ada ganjarannya dan nilaiannya.

Terus sahajalah berusaha tanpa putus asa. Allah itu Maha Mensyukuri dan tidak terlepas menilai setiap amal walau sekecil zarah sekalipun.

Rasa kehidupan kita sempit? Ahh, apalah sangat perkara yang kita kira menyempitkan tu. Peperiksaan? Sementara cuma. Teruskan mempelajari ilmu dengan ikhlas, ihsan dan itqan.

examination

Tekanan hidup yang menghimpit? Duit tak cukup? Yakinlah bahawa Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka, dan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Banyak masalah dan beban? Segala beban dan masalah itu hanya sementara.

Bahkan kehidupan di dunia ini hanya sekejap sahaja, tidak kekal lama. Dengan memiliki dan mengimani sudut pandang tentang kehidupan sebegini, percayalah, aura negatif yang cuba menguasai kita boleh ditumpaskan!

Ya, akhirnya mungkin anda akan kata, dua tips ini sangat ideal teorinya. Tetapi tidak ada salahnya jika kita cuba menjadikan teori ini satu realiti. Teruskan bertahan, bersabar dan berdamailah dengan diri saat mengendalikan segala hal itu.

Ingat sahaja dua tips ini dan sedarlah bahawa Allah telah menjadikan dunia ini jinak untuk kita uruskan dan kendalikan dengan mudah. Cuma jangan sampai kita ditunggang oleh dunia yang meliar.

Be positive!

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply