Dunia Memerlukan Anda Melakukan Perkara Yang Luar Biasa

0
29
views
pemuda yang luar biasa
kredit

Dunia ini memerlukan lebih banyak manusia yg melakukan hal-hal tidak mungkin menjadi mungkin. Saya berharap anda salah seorang darinya! – Theodore Roethke.

Satu waktu dahulu sebuah generasi telah lahir membawa perubahan yang luar biasa kepada umat manusia. Merekalah generasi para Sahabat Rasulullah S.A.W. Menerusi mereka akhirnya ketamadunan Islam mula mencorakkan dunia sehingga menjadi sebuah peradaban yang amat disegani.

Pertemuan sains dan teknologi begitu berkembang sekali sehinggalah kemajuan demi kemajuan tercipta di dunia ini. Umat Islam bukan sahaja dilimpahkan kekayaan, tetapi kekuasaan luar biasa. Akhirnya inilah menjadi asbab kejatuhan umat sedikit demi sedikit.

Sejarah menunjukkan akibat dari kelekaan ini, akhirnya umat Islam terperosok hingga ke perut bumi. Umat Islam tenggelam bersama dunia penjajahan dan hedonisme. Sehingga kita hilang harga dan jati diri kita sendiri. Kita mula menghadap ke barat dan mengkagumi mereka sedangkan satu masa dahulu, kitalah berada di puncak dunia.

Di saat dunia barat menguasai dunia digital dan maya tanpa batas ini, mereka secara tidak langsung memegang sumber kekayaan dunia dan maklumat begitu meluas sekali. Sehinggakan keselamata dan kekayaan umat Islam berada di dalam cengkaman mereka.

Walau di negara Arab, masih ada individu yang kaya raya , namun itu tidak melambangkan umat Islam secara keseluruhannya.

Belum ada umat Islam yang lahir untuk mengubah dunia dari sudut teknologi dan peradaban. Jika adapun dalam bidang politik dan kenegaraan, namun belum lagi secara menyeluruh.

Bagaimana kita mahu melahirkan generasi Muslim yang mengatasi Bill Gates and Larry Page? Begitu juga Obama dan David Cameron? Atau Warren Buffet and Jeff Bezos?

Mereka semua amat berpengaruh dalam menentukan apa yang berlaku pada umat dunia di waktu sekarang ini.

Kuncinya adalah, keyakinan, bahawa satu masa nanti, umat Islam pasti bangkit semula. Kita pasti mempunyai khazanah yang begitu berharga. Itulah dia iman dan Islam. Itulah yang mencorakkan dunia di dalam diri dan masyarakat kita. Itulah sumber tenaga raksasa yang mampu mengubah dunia.

Ia harus bermula dari kita. Sentiasa menuntut ilmu dan berani untuk berbuat perubahan.

” Di antara tanda-tanda orang Islam adalah: kuat agamanya, teguh dalam kelembutan, iman dalam keyakinan,bijak dalam pengetahuan dan menahan diri dengan kelembutan” ( Hasan Albasri)

Moga dunia ini berubah di atas tangan kita. Tangan orang mukmin.

Follow telegram Muharikan untuk dapatkan pengisian yang membina,Klik sahaja link dibawah.
telegram.me/muharikah

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply