4 Sifat Seorang Murabbi

0
728
views

Murabbi paling agung sepanjang zaman adalah Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, sebagai seorang murabbi, Rasulullah lah role model yang mesti dicontohi.

Rasulullah saw sebagai seorang murabbi, mempunyai 4 sifat ini:

Sifat #1

قريب

Mudah didekati, easily and highly accessible. Nak jumpa baginda mudah.

Tiada birokrasi. Sentiasa responsive untuk mengendalikan musykilah sahabat.

Sahabat begitu selesa dengan keadaan ini sehingga Allah tegur untuk diberikan sort of privacy dan adab untuk jumpa nabi.

Sebab baginda milik umat. Bukan memiliki diri sendiri, bukan milik keluarga mahupun kaum kerabat semata-mata.

Sifat #2

هين لين

Hayyin ialah flexible seperti kita baca dalam doa mathurat.

“وبدن هين لين بطاعتك”

Iaitu semoga dikurniakan tubuh yang flexible dan ringan untuk mentaati Allah. Ringan tulang. Mudah menghulurkan bantuan.

Sifat #3

لين

Layinnan pulak lembut dan santun. Sebagaimana firman Allah :

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut”.

Sifat santun. Tidak kasar. Tidak ganas percakapannya. Tidak ganas gurauannya.

Sifat #4

سهل

Yang sering mempermudahkan. Sebagaimana Rasulullah apabila ada beberapa pilihan, yang paling mudah akan baginda ambil.

Bukan untuk mempermudahkan diri sendiri melainkan untuk mempermudahkan orang lain. Kerana islam itu mudah.

4 sifat ini sebenarnya adalah yang wajib dimiliki bagi setiap murabbi. Mudah didekati dan dihubungi, flexible, santun dan sering mempermudahkan.

 

Sumber Asal : Muassis

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply