Formula EARN Sebagai Langkah Pencegahan Penyakit Jantung

0
566
views

Gaya hidup hari ini tanpa kita sedari menjadikan badan kita bekerja lebih dari kadarnya. Tambahan  dengan pelbagai tekanan. Tanpa pendekatan menghadapi tekanan, badan hilang keupayaan secara semulajadi. Di samping itu, penularan pelbagai penyakit berjangkit akan dengan mudah menyerang badan yang lemah khususnya ketika sistem imun tubuh menurun.

Tekanan, gaya hidup sedentari dan corak pemakanan ini menjadi faktor penting peningkatan kadar penyakit degeneratif pada masa kini. Penyakit degeneratif adalah penyakit yang mengiringi proses penuaan. Ia berlaku akibat kemunduran fungsi sel tubuh. Kemunduran fungsi sel ini member kesan kepada tisu mahupun organ. Kini, penyakit degeneratif tidak dialami oleh orang tua sahaja. Ramai anak muda juga yang diuji dengan penyakit degenaratif.

penyakit-degeneratif_thumb2

5 jenis penyakit degeneratif yang paling popular adalah jantung, kencing manis, angin ahmar, tekanan darah tinggi dan kanser. Penyakit ini telah membawa kematian pada usia manusia masih produktif. Perangkaan WHO pada tahun 2012 untuk seluruh dunia menunjukkan bahawa 17.3 juta pengidap penyakit jantung, 7.5 juta pengidap kanser, 6.1 juta yang sudah mengalami stroke. Dan saya percaya bahawa kadar ini terus meningkat.

Kesedaran tentang kesihatan perlu dipergiatkan agar tenaga anak muda yang masih mampu memberi sumbangan membina gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat ini saya dapati dengan mengamalkan satu Formula. Formula ini saya beri nama Formula EARN. Pasti ada yang tidak selesai bila salah satu daripada komponen Formula EARN tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Biarpun satu sahaja yang tidak diamalkan, badan sudah cukup pasti terasa. Fitrah badan manusia begitu.

EARN ini adalah singkatan bagi 4 perkara yang anda wajib lakukan secara konsisten untuk menjauhi penyakit degeneratif.

1. EXERCISE, Senaman.

Ya. Badan sangat memerlukan pergerakan. Tidak sekadar bergerak dari satu tempat ke tempat lain, senaman memberi badan pergerakan yang konsisten untuk badan mampu memainkan fungsinya dengan baik.

Biarpun dalam tidur yang panjang, Allah bolak balikkan ‘Ashabul Kahfi’. Signifikan sebuah pergerakan untuk sebuah kehidupan. Tidur mereka sungguh panjang tempohnya. Dalam tidur pun mereka bergerak.  

Mempunyai  rutin bersenam memberi impak yang positif untuk keupayaan otak. Siapa mahu otak yang berfungsi sebaiknya perlu menjaga rutin bersenam. Begitu juga senaman mempunyai impak yang penting untuk jantung. Jantung dapat berdegup dengan normal jika aliran darah lancar. Bersenam membantu aliran darah menjadi lancar.

Pastikan anda mempunyai rutin bersenam setengah jam setiap kali sesi senaman sebanyak 5 kali seminggu.

2. ATTITUDE, Sikap.

Sikap. Ya sikap. Sungguh ia mempunyai impak pada perjalanan hidup kita. Sikap positif yang kita mahukan. Sikap bermula daripada fikiran. Saya memilih untuk membentuk fikiran dan sikap berdasarkan panduan Al- Qur’an.

Al- Qur’an sarat dengan kisah penuh inspirasi membentuk sikap kita. Terdapat juga ayat – ayat yang secara terang memberi gambaran tentang sikap manusia menjalani kehidupan ini. Ia beserta akibat dari sikap tersebut juga.

Apa yang perlu adalah berterusan  berinteraksi dengan Al- Qur’an. Moga memperoleh panduan serta solusi cabaran hidup.

3. REST, Rehat.

Rehat. Fitrah hidup. Ada siang ada malam. Siang untuk kita bergerak. Bekerja. Malam adalah untuk badan berehat. Bukan sekadar kerehatan badan yang kita perlukan. Kerehatan akal fikiran.

Tidur itu kerehatan. Melelapkan diri sebelum waktu Zohor juga kerehatan.

Solat juga kerehatan. Ia momen berhenti. Berhenti dari urusan harian. Berhenti berfikir sejenak tentang tugasan. Ia momen interaksi jiwa dan fikiran pada pencipta. Merealisasikan rasa kehambaan dan kebergantungan kepadaNya.

Sungguh! Solat itu kerehatan.

4. NUTRITION, Nutrisi.

Nutrisi satu lagi perkara penting dan utama diperlukan oleh tubuh badan. Nutrisi yang lengkap cukup penting untuk kekuatan tubuh badan sebelum badna mempunyai tenaga untuk melunaskan rutin harian. Ia cukup penting sebagai usaha meningkatkan daya tahan badan terhadap pelbagai penyakit. Disamping itu, nutrisi juga mempunyai peranan agar otak dapat terus berfungsi dengan baik dan mempunyai keupayaan menghadapi tekanan.

Seandainya Allah uji dengan kesakitan, Allah juga telah menyediakan pelnagai penawar. Badan juga secara fitrah mempunyai keupayaan untuk memulihkan serta memperbaiki dirinya. Apa yang ia perlukan untuk dapat berfungsi membaik pulih dirinya adalah sel induk, stem sel.

Sel induk semakin berkurang dengan pertambahan usia. Jadi, kita perlu memberi nutrisi khusus yang mampu untuk badan membina keupayaan terus menghasilkan stem sel.

Penghasilan stem sel ini yang akan membantu badan mencari bahagian yang perlu dibaiki dan dirawat.

Ini yang kita amat perlukan dalam usaha merawat penyakit degenaratif. Penyakit moden hasil dari gaya hidup kini. Solusinya ada dalam AFA. Ia bukan ciptaan manusia. Ia ada secara semulajadi. Ia di ambil dari jauh, dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat. Kini, kita di Malaysia juga mampu menikmati. Berusaha memberi badan keupayaan menyembuhkan dirinya sendiri dengan izin Allah.

Formula EARN cukup berkait. Salah satu komponen tidak diamalkan, pasti tidak lengkap perjalanan harian anda. Hiduplah dengan Formula EARN untuk kesihatan optima dan kesejahteraan hidup. Kongsikan dan ajak keluarga serta sahabat yang anda kasihi untuk bersama mengamalkan Formula EARN. Moga mereka juga meraih kesihatan dan menjadi anak muda yang produktif.

Mardhiah Samsuri

Artikel Yang Berkaitan :

 

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply