Futur ! Sangat Loser Dan Rugi !

2
31
views
Rabia
Simbol kekuatan dan tanda sokongan kepada rakyat mesir. Semoga mereka terus tsabat dalam perjuangan ini !

Futur itu loser ?

Ya ! Sangat loser ! Malahan sangat rugi !

Muka saya mencebek di depan screen laptop ! Hati saya tersentak !

Ultimate lose ! ! ! Kata ustadz Nouman Ali Khan sambil membentangkan tafsir

Surah Hajj, Ayat yang ke 11 yang berbunyi:

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata”

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ   

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi “

حَرْفٍ (harfin) bermaksud “edge” atau ditepi. Kata ustadz Nouman Ali Khan .

Justeru itu bermakna seseorang yang berdiri di tebing lurah atau bukit (somebody standing at the edge of a cliff) ,yang terawang-awang ( he’s kind of dangling, he’s not quite there and not quite)

Dan Allah swt mengambarkan mereka lagi

فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّبِهِ 

“maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas”

Dia gembira dan dia happy

Tetapi sebaliknya jika

وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ 

Dan jika dia ditimpa suatu cubaan/ujian

Maka,

انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ

 dia berbalik ke belakang.

Orang seperti ini dimana pada suatu ketika dahulu mereka adalah seorang yang sangat “komited” dengan Islam. Jika di dalam jamaah, dia adalah orang yang sangat “komited” dengan amal-amal dakwah. Jika sesuatu baik berlaku, maka dia akan kata “Aku cinta Islam, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka”

Tetapi jika sebaliknya menimpa mereka (sesuatu yang buruk), boleh jadi mereka berkata seperti ini ” Kenapa Allah buat macam ni dekat aku ?” “Kenapa aku perlukan agama lagi ? ” “Aku tak perlukan Islam” “Aku tak perlukan jamaah ” “Aku deserve something better” etc etc..

Mereka tiba-tiba membelakangkan Allah, dan agama mereka. Seakan-akan mereka bukan orang Islam.

Orang ini digambarkan dalam ayat yang seterusnya sebagai

خَسِرَ الدُّنْيَاوَالْأَخِرَةَ 

Dia rugi di dunia dan di akhirat 

Dan

ذَلِكَ هُوَالْخُسْرَانُ الْمُبِينُ 

Mereka adalah orang-orang yang sangat rugi ! Totally rugi !

that is the ultimate loss, it’s obviously the ultimate loss ! ! !

Tekanan ujian 

Syeikh Fathy Yakan di dalam bukunya “Al-Mutasaqitun ‘Ala Tariq Al-Dakwah” Golongan yang Tercicir di Jalan dakwah menyebut ;

Ujian di dalam kehidupan dakwah atau dalam kehidupan para pendakwah (du’at) adalah besar. Ramai orang yang meninggalkan amal islami ini sesudah mereka menghadapi ujian hidup sdang dahulunya mereka adalah sangat bersemangat.

Walaupun begitu, Al Quran menyatakan bahawa ujian mesti berlaku demi untuk membersihkan barisan saff dan untuk menguji keimanan

“Alif Laam Mimm. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi” (Al Ankabut : 1-2)

Dan firman Nya lagi yang bermaksud

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar kamu mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) keadaanmu ” (Muhammad : 31)

Ujian inilah yang membezakan darjat manusia. Sebagaimana jika anda lihat video-video mangsa serangan tentera di mesir anda akan mendengar kalimah ini banyak disebut !

“Hasbunallahu wani’mal wakil”

Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung !

Ujian inilah yang membezakan darjat mereka dengan kita.

Punca futur !

Untuk menjadi seorang “ahli” dalam sebuah harakah islamiyah, seseorang itu perlulah mengabungkan diri ke dalam jamaah.

Futur terjadi apabila salah niat pada awal penggabungan itu. Hakikat sebenar penggabungan itu bukanlah bertujuan sebagai tipu muslihat, ataupun batu loncatan untuk mencapai maksud dan kepentingan peribadi seperti kepetingan politik, pengaruh, bisnes ataupun kepentingan-kepentingan lain.

Syeikh Fathy Yakan menerangkan hal ini dengan panjang lebar dalam bukunya Maza Yakni fi. Intima’ lil Islam (Apa ertinya saya menganut Islam).

Antara kata-kata yang sempat saya petik ialah ;

” Sebenarnya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah bukan hanya memadai dengan sekadar membuat permohonan menjadi ahli dan mendaftar nama sahaja, bukan juga sekadar berulang alik ke markas-markas gerakan atau kelab-kelabnya dan menghadiri ijtima’-ijtima’ anjuran jamaah semata-mata. Penggabungan itu mestilah membawa pegertian yang lebih jauh dari itu. Pengabungan yang bukan sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ialah penggabungan yang membuktikan kemantapan aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim “

Penggabungan ini disebut sebagai intima ‘ . Intima’ atau penggabungan ke dalam mana-mana Harakah Islamiah adalah merupakan perkara pokok dan domain bagi memastikan kelangsungan gerakan islam. Intima’ atau penggabungan  ini adalah penggabungan seorang akh ke dalam Harakah Islamiah secara aqaidi [ berdiri atas keimanan dan prinsip], bersifat kulliy [total], berciri masiri [ untuk selama-lamanya] yang melibatkan intima’ fikri, intima’ harakiy @ tandhimi dan juga intima’ syuuri.

Justeru bilamana seorang akh itu tidak memahami erti sebenar kenapa dia mengabungkan diri ke dalam jamaah ini, maka bibit-bibit kefuturan mulai timbul apabila dia mulai tidak tahan dengan ujian hidup, dan peraturan-peraturan jamaah yang membebankan.

Futur ! Jangan lari daripada medan perang !

Suatu saat kawanku bertanya,

“Kenapa kita tidak diuji macam ikhwan di mesir ye ? “

Maka aku menjawab

“Mungkin kita belum cukup kuat untuk melawan diri (hawa nafsu) kita sendiri “

Allahu Allah..

Sahabat,

Ada sebab kenapa ikhwan dan umat Islam di Mesir masih lagi bertahan meski kehormatan, jiwa dan harta mereka dirobek.

Ada sebab !

Kerana mereka takut lari daripada medan perang ! Dan digelar sebagai orang yang loser ataupun the “ulitmate loser” oleh Allah seperti yang kita baca di awal tulisan ini.

“Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cubaan dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan di akhirat dan itulah kerugian yang nyata” (Al Hajj : 11)

Mereka tetap bertahan dan yakin dengan pertolongan daripada Allah swt. Mereka benar-benar telah berjaya menguasai diri mereka daripada takutkan kepada butir-butir peluru dan derapan-derapan kereta kebal. Kerana mereka sedar, hakikat orang yang berundur daripada medan perang adalah seperti yang Allah sebutkan di dalam Surah Al Ankabut ayat 10-11

“Dan di antara manusia ada orang yang berkata ; “kami beriman kepada Allah”, maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata ; “Sesungguhnya kami adalah besertamu”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada mereka ? Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang Munafiq”

Mereka benar-benar pejuang sejati !

Konklusi

Di sepanjang jalan dakwah, para pendakwah kepada Allah akan terdedah kepada gertakan, ancaman dan ugutan daripada musuh-musuh Allah. Menyebabkan sesetengah daripada mereka berasa takut lalu menjauhkan diri daripada beramal serta berhenti terus daripada meneruskan perjalanan. Tiada yang berjaya dalam berhadapan dengan dugaan tersebut melainkan mereka yang bersenjatakan iman dan berbekalkan takwa (Syeikh Umar Telmesani)

Justeru, untuk terus tsabat di jalan dakwah ini,  seorang akh itu perlu sedar dan faham, hakikat pengabungan dirinya di dalam sesuatu jamaah itu. Kerana itulah yang menjamin kelangsungan dirinya di dalam jalan dakwah ini. Selain bekalan iman dan takwa seperti yang disebutkan di atas.

Dia juga perlu tahan menghadapi ujian, kerana hakikat ujian adalah untuk menapis, siapakah yang benar-benar tulus ikhlas berjuang di jalan dakwah ini.

Kerana matlamat kita bilamana menyertai jalan ini adalah untuk mewaqafkan diri sehidup semati, ketika susah mahupun senang. Bukan juga ketika zaman muda belia kita sahaja, tetapi juga setelah kita berumah tangga dan meningkat dewasa. Marhalah ini tidak akan pernah berhenti. Penggabungan ini bersifat kekal, tidak bercerai mahupun berpisah sehingga diri kita sendiri menemui Ilahi dalam keadaan masih lagi mengabungkan diri dengan Harakah Islamiyah. Mungkin bunyinya agak ekstrim. Tetapi itulah hakikat. Dan inilah matlamat perjuangan kita;

Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)

Ar-Rasulu qudwatuna (Rasulullah adalah ikutan kami)

Al-Qur’anu dusturuna (al-Qur’an adalah perlembagaan kami)

Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)

Al-mautu fi sabilillah asma amanina (dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!)

Wallahualam.

p/s : orang yang menulis ini adalah yang pertama akan disoal oleh Allah swt nanti.. !

Asyraf Farique

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

Leave a Reply to asyrafarique Cancel reply