Hak-Hak Wanita Dalam Berpolitik Berdasarkan Syariah Islam

0
249
views

Setelah puluhan wanita mencalonkankan diri mereka dalam Pilihanraya Parlimen Jordan kali ke-18, ada yang menentang penyertaan wanita dalam pemilihan, sama ada sebagai pengundi mahupun sebagai calon.

Bagi mereka kerana ketidakupayaan wanita untuk menunaikan tanggungjawab politik, dan berdasarkan Shariah menunjukkan bahawa wanita tidak dibenarkan menyertai parlimen.

Jika dilihat dalam bab fisiologi, wanita secara fizikal, psikologi dan intelektual tidak mampu untuk menanggung tanggungjawab keahlian dalam Majlis Undang-undang, mengawasi kerajaan, dan memimpin rakyat untuk melaksanakan tugas.

Maka, adakah wanita mempunyai hak-hak politik dan mereka berhak untuk berpartisipasi dalam parlimen?

Setelah merujuk kepada sumber asal, kita mendapati bahawa Shariah memutuskan perkara-perkara berikut:

#1

Asas am dalam tuntuan Shariah ialah wanita seperti lelaki; sama antara satu sama lain, kecuali dengan apa yang telah dikecualikan bagi lelaki ataupun wanita.

Berdasarkan firman Allah:

بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ

“Sebahagian kamu ialah dari sebahagian yang lain”
(Surah Ali-Imran: 195)

Sabda Rasulullah:

إنما النساء شقائق الرجال

“Sesungguhnya wanita itu ialah saudara kandung bagi lelaki.” (Hadith Riwayat Ahmad)

#2

Wanita itu seorang mukallaf yang telah dipertanggungjawabkan sama seperti lelaki ;

Dituntut untuk beribadah kepada Allah, mendirikan ShariahNya, melaksanakan tugas-tugas yang wajib kepadaNya, menghindari perkara haram bagiNya, berdiri di atas batas dan peraturanNya, berdakwah kepadaNya dan menyuruh berbuat yang baik dan mencegah perkara yang buruk.


#3

Isi-isi pembicaraan Shariah (di dalam Al-Quran ataupun hadis) menyeluruh kepada lelaki dan wanita kecuali jika terdapat tanda tertentu yang menunjukkan ianya khusus kepada lelaki ataupun wanita.

#4

Penilaian dan pembaikan masyarakat adalah tanggungjawab tidak mengira jantina – Lelaki dan Wanita – dibawah tema menyeru kearah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran berdasarkan ayat Al-Quran:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah.”

(Surah at-Taubah : 71)

#5

Islam tidak memisahkan antara agama dan politik, ia juga tidak menerima diskriminasi dalam kehidupan sebagaimana ia tidak menerima diskriminasi terhadap manusia.

Islam juga tidak menerima agama tanpa politik dan politik tanpa agama.

#6

Tiada dalam konsep-konsep Islam mahupun hukum-hukum Islam untuk merendahkan martabat wanita, menghapuskan status mereka mahupun menafikan hak-hak material, moral dan politik mereka.

Bahkan, ia telah ditetapkan secara fitrah, diiktiraf oleh wahyu dan telah terbukti dalam ketinggian tamadun kita.

#7

Tidak sepatutnya ahli politik itu jahil atau menyeleweng dalam agama sepertimana tidak seharusnya juga bagi ahli agama tidak cakna terhadap politik negara dan isu tanah air mereka.

Jika seseorang itu tidak peduli terhadap urusan kaum muslimin, maka dia bukan dalam golongan mereka.

Tidak sewajarnya bagi lelaki mahupun wanita muslim hidup secara bersendirian, menjadi solo dengan memisahkan diri daripada mengetahui kesakitan yang dialami oleh umatnya, menikmati keseronokan hidupnya sendiri tanpa mengambil tahu apa yang diperlukan oleh umat sebagaimana yang telah diwajibkan dalam agama,

Allah berfirman :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain.”

Tidak perlu bagi lelaki dan wanita mendirikan ritual ibadah secara sendiri tetapi mereka tidak peduli akan kesengsaraan umat dan tanah air.

Hal ini kerana, ia adalah kefahaman yang salah dalam memahami risalah Islam dan kesyumulannya (kesempurnaannya) pada setiap aspek kehidupan.

#8

Wanita yang berkebolehan dalam amal berpolitik mengikut lunas undang-undang mestilah tidak meninggalkan peluang ini kepada lelaki ataupun wanita yang lemah, mereka yang tidak tahu ataupun tidak ambil peduli, ataupun mereka yang memandang kepentingan duniawi dan peribadi.


Penulis : Dr. Tayseer Al-Fityani, Bekas Ahli Parlimen, dan Pensyarah Aqidah, Dakwah, Perbandingan dan Mazhab-mazhab Islam di Jordan

Terjemahan : Siasah Rahmah – SR

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply