HAMAS evolusi gerakannya

0
72
views

HAMAS evolusi gerakannya

hamas

Hamas | Dr Mohammed Shehab memulakan tazkirah dengan mengucap syukur kehadrat Allah SWT atas segala nikmat – nikmat Islam, iman, ukhuwah, dan jihad.

Gerakan Islam di Palestin diasaskan oleh ahlmarhum Sheikh Ahmad Yassin (SAY) di Gazza dan Tebing Barat. Langkah pertama pembangunan ummah adalah pembinaan banyak masjid dan surau.

Selepas itu mereka menulis buku dan risalah dalam bahasa yang mudah difahami. Bahan-bahan ini disebarkan kepada seluruh penduduk. Ini adalah titik permulaan pembinaan dai’ dalam masyarakat.

Seterusnya mereka menubuhkan institusi-institusi kebajikan, sukan, kesenian, sekolah, kelab riadah untuk kanak-kanak, dll. Aktiviti kebajikan untuk fakir miskin sering dilakukan.

Mereka memulakan tarbiah dengan wasail yang lengkap – usrah, daurah , katibah, dan mukhayam.

Pada 1967-1982 jamaah telah melalui fasa taksis walaupun tidak disukai golongan sekular. Keputusan dibuat untuk muwajahah secara lansung dengan musuh (Israel). Ini bermakna jihad telah bermula.

Pada Jun 1984 berlaku penangkapan besar-besaran terhadap kumpulan pertama. Ini termasuk SAY  dan saya sendiri. Penyiksaan yang dilakukan terhadap kami jauh lebih teruk berbanding penyiksaan yang dilakukan terhadap tahanan PLO.

Pukulan pertama ini tidak melemahkan kami. Walaupun kumpulan pertama terpenjara, kumpulan kedua mengambil alih.

Intifadah pertama dimulakan pada 1987. Pada tahun ini juga SAY dibebaskan dan bersama-sama Dr Mahmoud Zahar beliau menubuhkan HAMAS (Harakat a-Muqawamah al-IslamiyyahIslamic Resistance Movement, Pergerakan Penentangan Islam). Senjata utama Hamas adalah aqidah.

PLO meniru kami dengan menjalankan katibah.

Dalam masa 10 tahun, senjata yang kami guna berubah daripada tradisional kepada senjata moden, sama ada yang dicipta sendiri atau yang diimport.

Dengan usaha luar biasa, ahli (pendokong dan penyokong) bertambah dengan cepat sehingga timbul masalah tidak dapat mengendali mereka dengan sewajarnya. Kami mula menapis mereka dengan meletakkan syarat-syarat. Yang cukup syarat diletakkan dalam saf jamaah tetapi yang tidak cukup diletakkan sebagai penyokong. Program tarbiah ini menjadikan fikrah sebagai  banteng utama yang menyelamatkan jamaah.

Bagaimanapun  kekurangan naqib menyebabkan kualiti tarbiah menurun.  Kami terpaksa menyampaikan bahan tarbiah melalui masjid dan surau.

Kami bina unit-unit pengkhusususan, institusi, sekolah, dan sebagainya, sehingga wujud seolah-olah sebuah negara kecil. Jamaah menjelma menjadi negara.

Kami bina generasi al-Quran secara besar-besaran yang menjalankan pendidikan hafazan, tafsir, dll. Selain daripada itu kami juga menjalan Muassasah darul Quran iaitu Mukhayam Al-Quran pada cuti musim panas selama tiga bulan. Kanak-kanak sekolah yang bercuti menjadi peserta muassasah ini. Seramai 20,000 penghafal Quran berjaya dihasilkan. Kami juga melancarkan projek satu rumah seorang penghafal Quran.

Masyarakat telah mula mencintai gerakan kami.  Ini kerana sifat-sifat amanah, benar, ikhlas, dll. Fikrah ini telah menyelinap masuk ke rumah-rumah musuh (Fatah) termasuk anak dan isteri mereka.

Kami menang pilihanraya umum yang diadakan pada 25 Januari 2006. Hamas (diketuai Ismail Haniyeh) memenangi 44.45% (74 kerusi) manakala Fatah (diketuai Farouk Kaddoumi) 41.43% (45 kerusi), dan PFLP (Popular Front for the Liberation of Palestine) 4.25% (3 kerusi). Kita maklum pihak Barat yang diketuai Amerika dan Israel tidak mengiktiraf kemenangan kami ini.

Kami membayar dengan harga yang sangat tinggi mempertahankan aqidah dan jamaah kami. Bagaimanapun, setiap kali diuji, kami keluar dengan kedudukan yang lebih kuat daripada sebelumnya. Inilah hadiah Allah SWT.

Kami menandatangani  Perjanjian Doha pada 6 Februari 2012 iaitu perjanjian bagi menubuhkan Kerajaan Kesatuan Sementara (Interim Unity Government) di antara Hamas dan Fatah . Pihak Hamas di wakili Ketua Politik Hamas iaitu Khaled Mashaal manakala Fatah di wakili ketua Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas.

Kami percaya perkongsian kuasa tidak akan membawa apa-apa kerugian terhadap kami.  Melalui perjanjian ini kami dapat mendekati dan mempengaruhi fikrah anggota Fatah walaupun pemimpin mereka menyeleweng. Sebahagian daripada mereka bekas mujahidin. Telah sekian lama mereka berada di bawah tekanan Israel dan pemimpin mereka sendiri. Sekurang-kurangnya perjanjian ini mengurangkan tekanan terhadap mereka.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply