Hanya Dengan Menggunakan Bahasa Isyarat, Wanita Ini Telah Mengislamkan 9 Orang!

0
827
views

maxresdefault

Dilahirkan di Bangladesh, Rebecca Hussin memang sejak dari lahir telah diuji oleh Allah dengan tidak boleh mendengar dan bercakap.

Beliau dan keluarganya kemudian berpindah ke Amerika Syarikat.

Pada usia tiga tahun, kanak-kanak biasa akan mula belajar bercakap walaupun pelat. Tetapi beliau tidak.

Perkara ini merisaukan kedua ibubapanya. Setelah berjumpa doktor, beliau telah disahkan tidak boleh mendengar apa langsung dan juga tidak boleh bercakap. 

Ditakdirkan Allah setelah dewasa, beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang sempurna fizikalnya (tidak sepertinya yang tidak boleh mendengar dan bercakap). 

2016-06-08_190915

Semuanya bermula apabila beliau melihat masjid dan musolla di Amerika tidak mempunyai pengalih bahasa isyarat.

Jadi bagi mereka yang kurang bernasib baik sepertinya tidak dapat memahami dan mempelajari ajaran Islam.

Rebecca kesal dengan situasi ini. Kerana bagi orang sepertinya, apabila pergi ke Masjid untuk menunaikan solat, mereka hanya terpaksa ikut apa yang dilakukan imam, tanpa langsung memahami apakah sebenarnya maksud setiap perbuatan dan perkataan dalam solat.

Bahkan ramai dari golongan kurang upaya ini yang berasal dari keluarga Islam tetapi akhirnya keluar dari Islam kerana tidak ada sesiapa yang mengajar mereka tentang Islam (mereka hanya boleh belajar melalui bahasa isyarat).

Dan hal ini terjadi kepada beberapa orang kawan Rebecca yang senasib sepertinya.

Merasa terpanggil untuk mempertahankan akidah rakan-rakannya, Rebecca komited dan aktif mengajar golongan yang kurang upaya ini tentang Islam. 

Sehingga hari ini, beliau telah berjaya mengislamkan 9 orang termasuk mereka yang dari Kanada.

Dalam sebuah rancangan televisyen yang bertajuk  “بالقران اهتديت – Dengan AlQuran Aku Mendapat Hidayah”, beliau ditemu boleh oleh pengacaranya Sheikh Fahd alKandari. 

Apabila ditanya oleh sheikh apakan cita-citanya, beliau menjawab; saya hanya mahu mendengar bacaan Al-Quran. T_T

rebika

Dalam rancagan itu juga beliau cuba untuk membacakan surah Al-Ikhlas tetapi tidak boleh. Sheikh yang tidak dapat menahan sebak terus menangis teresak-esak.

Malu pada kita yang sempurna fizikalnya. Membaca alQuran sahaja sudah malas mencari seribu satu alasan. Apatah lagi dengan usaha dakwah mengislamkan orang lain. 

 

*Rakaman video rancangan tersebut boleh dilihat di : Rebecca: Islam’s Deaf Preacher

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply