“Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi” – Mothers Against Pornography

0
681
views

SERI KEMBANGAN – Masyarakat diharapkan supaya lebih cakna terhadap perkembangan dan keselamatan anak-anak berikutan gejala pornografi yang amat membimbangkan.

Berikutan perkongsian di facebook Mothers Against Pornography (MAP) mengenai pendedahan MalayMail tentang wujudnya kumpulan syaitan bertopengkan manusia yang berkongsi video pornografi kanak-kanak di Telegram, ramai sahabat MAP berasa marah.

“Ada juga yang terkejut dan tidak menyangka wujudnya golongan sebegini dalam masyarakat kita,” ujar Sekretariat MAP.

Dalam pada itu, tentunya tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka boleh hidup dan bernafas setiap hari setelah melakukan perbuatan jijik itu.

“Bersesuailah dengan peribahasa, harapkan pegar, pegar makan padi.”

[ Bagaimana Pornografi Merosakkan Otak Pelajar ]

Percaya atau tidak, kebanyakan kes-kes pencabulan yang berlaku ke atas anak-anak, tidak kira kecil atau remaja, dilakukan oleh mereka yang sepatutnya melindungi anak-anak tersebut.

“Ia dilakukan oleh mereka yang kenal dengan anak-anak ini, yang rapat dengan mereka seperti bapa, bapa tiri, bapa saudara, suami pengasuh, anak pengasuh, sepupu, datuk,” katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan, adakah kita hanya sekadar membaca dan membiarkan kisah-kisah tragis itu berlalu pergi kerana kita merasakan yang ianya tidak terjadi kepada anak-anak kita?

“Jangan sampai kita menangis tidak berlagu kerana menyesal tidak mengambil berat dan mengambil tahu.”

Dalam perkembangan berkaitan, MAP mengajak rakyat Malaysia agar sama-sama mengambil peduli dan memperkasakan pengetahuan anak-anak dengan menyokong “Love Myself Campaign”.

“Mari bersama-sama kami, kita berpegang tangan berganding bahu dalam menyebarluaskan kesedaran tentang keselamatan diri dan maruah anak-anak kita. ‘Diri Saya Hak Saya’ adalah manifestasi kekuatan kita dan anak-anak,” jelasnya.

[ Bahaya Pornografi Melalui Penggunaan Telefon Pintar Tanpa Kawalan ]

MAP turut menggalakkan semua untuk mengikuti kursus atas talian (online course) secara percuma berkaitan cara-cara menjaga keselamatan diri dan maruah anak dengan melayari https://www.openlearning.com/courses/rahsia-peribadi-lmt/HomePage.

“Jom sertai pertandingan video berkisar tentang topik ini (Diri Saya Hak Saya), terbuka untuk anak-anak berumur 5-12 tahun.”

Selain itu, MAP turut mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai larian LoveMyself Run 2017 pada Ahad, 22 Oktober 2017 bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur sebagai tanda solidariti bencikan dan menolak virus pornografi daripada terus merebak dan bernanah dalam masyarakat kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, sila layari laman web www.lovemyself.ikram.org.my atau facebook Love Myself Campaign.

Artikel Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply