Hargailah Insan Ini Sebelum Mereka Pergi Buat Selamanya – Ustaz Kamilin Jamilin

0
187
views

Dua jenis kesyukuran lazim yang Allah gandingkan dalam al-Quran: “أن اشكر لي ولوالديك” iaitu antara tanda utama kesyukuran hamba-Nya terhadap kurniaan nikmat daripada-Nya ialah dengan mensyukuri kedua ibu bapanya.

Namun ramai yang telah melupakan wasiat Allah ini tatkala diri mencapai kejayaan di puncak dunia.

Sedarkah kita, siapa insan disebalik kejayaan kita sejak seawal kita berjaya mengukir secalit senyuman comel tatkala bayi dahulu?

model

Tahukah kita, insan manakah yang tidak putus-putus berdoa serta berusaha keras untuk kita mencapai kejayaan yang dicita-cita?

Perasankah kita, bagaimana kita mampu melangkah gagah mengharungi ribuan cabaran kehidupan ini melalui pimpinan tangan dan semangat yang diberikan insan di balik tabir ini?

Ya, kita lupa! Kita angkuh dan alpa tatkala berada di kemuncak “langit” menyangka segala yang dikecapi dan dicapai kini merupakan hasil usaha dan kebijaksanaan diri sendiri!

Barangkali kita ada memberi sedikit kredit kepada anak isteri yang menyokong serta memberi kekuatan pada kita.

Namun, kerap kali kita terlupa akan insan tua bergelar ibu bapa jauh di sana yang sentiasa mengukir senyuman bangga dan gembira akan setiap kebaikan yang berhasil buat kita.

Air mata mereka tidak pernah putus buat kita baik air mata gembira, mahupun air mata lara. Doa mereka pada Yang Maha Esa sentiasa buat kita. Walau kita sering membuat mereka berduka.

Kita menyangka kita berjaya kerana doa kita diterima-Nya. Kerana Allah menyayangi kita. Walhal doa merekalah punca segala. 

Mereka menatang kita dengan mengharapkan kita hidup lama. Sedangkan kita “menjaga” mereka tatkala usia tua dengan mengharapkan mereka pergi awal meringankan beban kita.

dossier-start-bg23

Begitu mudah kita mencampak kurniaan terbesar Allah ini kerana tenggelam dengan keangkuhan diri dan kesenangan dunia.

Buat yang membaca warkah ini, teruslah menghubungi ibu bapa anda mengucapkan terima kasih kepada mereka sekiranya mereka masih dikurniakan sisa-sisa nafas menghela udara.

Bagi yang sudah tiada nikmat dunia ini pula, berdoalah buat mereka dan terus berbakti walau mereka sudah di alam barzakh sana.

Sumber diambil dari Laman Facebook Ustaz Kamilin Jamilin

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply