Hari Wanita Sedunia : Berani Untuk Berubah – Nik Fatma Amirah

0
202
views

Screen-Shot-2015-03-08-at-9.18.49-AM-1030x765

Hari ini tanggal 8 Mac 2017, satu dunia bersatu dalam menyambut hari yang bersejarah, iaitu Hari Wanita Sedunia 2017 yang mana ia merupakan hari untuk memberi sokongan dan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dunia.

“Be Bold For Change” merupakan tema sempena sambutan Hari Wanita Sedunia bagi tahun ini yang membawa erti “Berani Untuk Berubah”.

Tema yang signifikan ini menekankan bahawa wanita perlu berani dalam mengorak langkah menuju perubahan bukan sahaja perubahan di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, bahkan juga perubahan menuju sebuah negara yang rahmah.

Oleh itu, sempena Hari Wanita Sedunia 2017, Pena Syariah menyeru seluruh wanita dan rakyat Malaysia:

1- Perjuangan memartabatkan wanita haruslah selari dengan prinsip kesamarataan (equality) dari sudut melaksanakan tuntutan agama serta kesaksamaan (equity) yang mengambil kira hak, peranan dan kemampuan mereka dalam memberi khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat tanpa sebarang diskriminasi.

2- Wanita harus berani untuk melakukan transformasi dan memperkasakan diri dengan memberikan keutamaan dari sudut ilmu pengetahuan, memajukan diri dengan pelbagai kemahiran agar dapat berdaya saing membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.

3- Wanita harus diberikan galakan, sokongan dan kemudahan untuk menyumbang dalam konteks sosial masyarakat menerusi bidang kepakaran masing-masing dengan menyediakan prasarana yang baik agar wanita dapat menyumbang dengan lebih efektif dan produktif untuk pembangunan negara.

4- Pembelaan wanita harus lebih bersifat holistik melibatkan golongan wanita yang tertindas dan berdepan dengan keganasan, cabaran diskriminasi di tempat kerja, golongan ibu tunggal, warga emas dan sebagainya.

5- Pembangunan institusi keluarga yang kukuh sebagai tapak asas sebuah perubahan adalah sangat signifikan untuk menjamin negara yang harmoni dengan mendokong prinsip saling melengkapi, hormat menghormati dan menunaikan hak dan tanggungjawab dalam keluarga dengan sempurna menurut syariat.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Surah At-taubah:71)

Selamat Hari Wanita Sedunia 2017
#BeBoldForChange, Berani Untuk Berubah!

WhatsApp Image 2017-03-08 at 1.12.19 PM

Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad
Timbalan Pengerusi Pena Syariah 2017/2018

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply