Hidayah Milik Allah

0
114
views

Hidayah Milik Allah Hidayah Milik Allah  | Hari kedua berada dibandar Milan, Itali. Selepas hampir 5 jam berjalan menghayati keindahan bumi ciptaan Allah di Milan ini semuanya kelihatan letih.

Ustaz Engku, Ustaz Alif, dan Akhi Aiman kelihatan letih. Kota Milan yang pernah menjadi kota jajahan Maharaja Kaisar menyimpan banyak peninggalan sejarah tidak banyak memberikan ‘zouq’ kepada kami ketika berjaulah.

Sekadar panorama bangunan yang menarik dan bandar ‘shopping’.

“Saya nak menu 1″. Pinta saya kepada Ustaz Engku.

“Rasanya semua amik menu 1, murah dan kenyang kot”.

Menu 1 itu dilengkapi ½ ayam, salad, kentang goreng dan juga 2 potong roti .

“Ok lah kalau macam tu”. Jawapan ringkas dek kelihatan bercampur kegembiraan menjumpai kedai makan.

Ketika di Milan tidaklah susah untuk mencari restauran halal. Mungkin kebetulan yang Allah rencanakan kawasan hostel yang kami tempahi berada didalam kawasan komuniti islamnya ramai. Jika di Paris, komuniti islam majoritinya imigran dari Maghribi begitu juga dengan Milan. Imigrannya kebanyakkan berasal dari Mesir bumi kinanah.

Kerana itu, tiada masalah bagi kami untuk soal makanan.

Restauran Joha. Milik seorang rakyat mesir yang sudah bermukim lebih 31 tahun dibumi Milan.

Ini kali ke-2 selepas makan malam hari pertama berada di Milan.

“Eh, korang nak air apa?”. Tanya Ustaz Engku.

“Nak yang manis sikit. Biar bertenaga nak berjalan lagi lepas ni”.

Ketika berjalan sememangnya banyak tenaga diperlukan. Jika tidak kita pasti cepat letih dan perjalanan semestinya terganggu. Namun, tidak bermakna kita setiap masa menguyah dan menghirup minuman manis. Takut, kecing manis jadi teman akhir hayat.

“Kau boleh cakap bahasa arab?”. Tegur seorang pemuda yang pada awalnya kelihatan seperti pemuda dari bandar ini.

Saya mengangguk memberi isyarat ‘ya’. “Alhamdulillah, aku mampu bertutur didalam bahasa arab”.

Kebetulan meja pemuda tersebut bersebelahan dengan meja saya, memang sayalah yang perlu menjawab soalan-soalannya. “Entum semua dari mana?”. Tanya pemuda yang dikenali sebagai Muhammad.

“Kami dari Malaysia belajar di Maghribi”. Jawab saya ringkas kerana makanan sudah terhidang di atas meja.

Apabila berjalan dibumi orang banyak perkara yang kita tidak tahu. Jalan, tempat, arah tuju, dan juga keadaan masyarakat sekeliling. Kerna itu, dengan adanya orang yang mahu bertegur sapa dengan kita dan juga mahu berbual kita jangan disia-siakan. Rugi jika tidak ambil endah !

Ketika itulah kita boleh bertanya. Malu bertanya sesat jalan.

“Aku dari mesir, belajar disini bidang Matematik”.

Semua mengangguk.

Hidayah Milik Allah

Dihadapan Muhammad kelihatan seorang rakan wanitanya yang berbangsa Itali. Mereka makan semeja dan bersebelahan dengan meja kami.

“Kawan kau ni orang Itali ke?”. Suka saya bertanya.

Dia senyum. “Aah, dia kawan sekelas aku. Dia orang Itali”.

“Baguslah , kau bawalah dia masuk ke dalam Agama Islam”. “Bawa kembali kepada fitrah”.

Merupakan satu peluang yang besar apabila anda berkawan dengan mereka yang tidak seagama dengan kita. Peluang untuk membawanya kembali kepada fitrah kebenarannya. Moga dengan membawanya kembali ke fitrah itu memberikan kita sedikit saham akhirat secara tidak langsung.

“Itu memang hasrat aku. Insyaallah, aku akan bawa dia kembali semula ke Islam”.

Saya tersenyum melihat azam seorang pemuda yang sayangkan sahabatnya. Nilai sahabat yang cukup hebat. Ingin bersama menghuni syurga.

“Tapi, hanya aku mampu menunjukkan jalan. Aku tak mampu nak bagi hidayah kepada dia”. Keluh dia mengenalpasti kelemahan seorang hamba kepada Dia.

Terus dia bacakan kepada kami ayat dari Surah AlQasas.

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”

“Tak pe la, kalau mula lah langkah demi langkah. Perlahan-perlahan. Insyaallah Allah akan tolong”.

Dia tersenyum dan tergesa sebelum berdiri untuk ketandas.

Hidayah Kuasa Allah

Apabila bercerita tentang kuasa veto Allah yang memberikan hidayah teringat tentang bagaimana Baginda s.a.w yang cuba mengislamkan pak cik kesayangannya Abu Talib. Namun, apakan daya Baginda juga seperti kita, hamba Allah yang hanya mampu menunjukkan jalan.

Akhirnya, Abu Talib meninggalkan anak buah kesanyangannya didalam kekufuran. Sirah ini masyhur. Hampir setiap tafsir menceritakan kisah apabila tiba di ayat 56 dari sura Al-Qasas.

Kita mampu untuk atur strategi dan segalanya untuk itu. Namun, kuasa Allah melangkaui segalanya. Sebagai tanda usaha kita, lakukanlah dengan sehabis baik. Lakukanlah seikhlas molek.

“Adalah kemuliaan aku jika sekiranya antum semua datang makan malam dirumah aku esok”. Pelawa pemuda budiman itu.

“Syukran akhi. Tapi kami nak balik dah awal pagi esok. Insyaallah ada rezki kita jumpa lagi”.

“Maalish, ada facebook? Berikan aku nama kau supaya aku boleh tambah kau sebagai rakan”.

“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi” (Yasin : 82)

Saya juga bercita-cita untuk mengislamkan mereka !

Mohd Asri Hj Zainal

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply