Hikmah Sebelum, Semasa Dan Selepas Peristiwa Israk & Mikraj – Muharikah

0
141
views

Adakah relevan peristiwa Israk Mikraj ini dalam kehidupan kita? Atau sekadar peristiwa yang diulang-ulang?

Inilah peristiwa yang berlaku setahun sahaja sebelum hijrah Rasulullah. Di waktu peristiwa ini berlaku, baginda hanya mempunyai ratusan pengikut, dan umat Islam mendapat tentangan begitu dahsyat dari kaum Quraisy. Sebahagiannya sudah berhijrah ke Habsyah

Dalam menghayati peristiwa Israk Mikraj, terdapat 3 fasa utama:

  • Sebelum
  • Sewaktu
  • Selepasnya

Setiap satu fasa ada hikmah signifikan yang boleh kita ambil ibrahnya.

SEBELUM– Rasulullah S.A.W dibelah dadanya

Sebelum kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il.

Hati Baginda  dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Setelah itu, dada Baginda dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Hikmah:

Sebelum mengemban amanah begitu besar, dengan taat dan patuh akan suruhan Allah, maka Allah membersihkan hati Rasulullah S.A.W secara fizikal dan maknanwi.

Begitu Allah mengajarkan kita, bersihkanlah hati kita dengan bersungguh-sungguh! Luaran dan dalaman!

Dalam memikul beban amanah Islam yang kuat, perkara yang memudahkan kita dalam melakukan ketaatan adalah apabila hati kita benar-benar bersih dan suci dari gangguan serta was-was syaitan.

Kerana itu, bulan Ramadhan yang bakal dilalui merupakan satu peluang bagi kita melalui proses pembersihan ini

SEWAKTU – Permusafiran yang luar biasa – perjalanan yang berbekas di jiwa

Perjalanan Isra Mikraj terbahagi kepada dua:

1) Israk :  perjalanan Nabi Muhammadmenaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

3eaa06d76ab0f3e0b84509caf1bb4715

Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran:

Firman Allah

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Dalam perjalanan tersebut Rasulullah  telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.

Di antara tempat berkenaan adalah:

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);

Ada beberapa peristiwa lain yang berlaku sepanjang Israk ini cuma cukuplah perkara penting di atas

bckrIT

Hikmah:

Bermusafir ke tempat Nabi terdahulu barangkali memberitahu kepada kita, pentingnya menziarahi tempat perjuangan orang terdahulu untuk memberi kesan kepada jiwa kita.

Barangkali Rasulullah di bawa ke sana sebagai persediaan melakukan perjalanan yang lebih agung dan berat. Maka diberitahukan dahulu tempat-tempat yang pernah menjadi signifikan kepada Nabi terdahulu

Tempat di atas tak mampu dilalui dalam masa semalam dengan berjalan kaki.

Menaiki Buraq itu petanda bahawa penting untuk sentiasa memikirkan kenderaan baru yang lebih hebat dan powerful dalam mendekatkan kedudukan geografi yang jauh dikalangan umat Islam

  • Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

Dalam keadaan manusia cuba mengenali galaksi dan bima sakti, Allah mendatangkan peristiwa yang agung, membawa Nabi kita bukan sahaja merentasi langit bumi, merentasi galaksi Milky Way, tetapi juga terus ke syurga, khususnya Sidratul Muntaha.

Kita tak mampu bayangkan peristiwa ini logik dan mampu dilalui seorang manusia, tetapi melihat kepada filem fantasi (The Passengers, Avengers dan lain-lain) yang mampu memberi imaginasi luar biasa akan kehidupan selain dunia , sebenarnya tidak sukar untuk beriman akan peristwa ini.

NJGnoG3FCRr87VpzLDcQepiS

Di waktu tiadanya roket, Allah menunjukkan kekuasannya membawa seorang manusia ke langit ketujuh yang paling jauh (barangkali tidak dapat dilihat oleh mana-mana teleskop paling canggih sekalipun) dalam masa kurang sehari. Membawa Rasulullah mengembara ke dunia yang penuh keajaiban

Rasulullah melalui 10 anak tangga sehinggalah berjumpa dengan Allah Taala. Baginda bertemu para Rasul, yang menjadi pendahulu baginda dalam perjuangan.

Maka, peristiwa ini menunjukkan kepada kita, bagaimana dakwah yang dilakukan orang terdahulu memberi kesan signifikan kepada usaha dakwah kita pada masa kini.

Belajar dari mereka dan lihatlah sumbangan yang telah mereka berikan.

Tangga langit pertama –  Berjumpa Nabi Adam

Tangga langit Kedua:Berjumpa  Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Tangga langit Ketiga: Rasulullah  bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Tangga langit Keempat: Rasulullah  bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Tangga langit Kelima: Rasulullah  bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Tangga langit Keenam: Nabi Muhammad  bertemu  dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Tangga langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini di atas Baitullah di Mekah).

Tangga langit Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.

Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permara yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan.

Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

(Boleh kita bayangkan cerita Avatar dengan gambaran indah seperti ini, malah jauh lagi hebat dari gambaran mana-mana filem pun)

Tangga langit Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga langit Kesepuluh: 

Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

solat-jemaah-e1408375595926

Sampailah kepada ayat ini dari Allah S.W.T

“Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

 Setelah peristiwa ini, kita ketahui Rasululah turun ke tangga langit di bawah dan bertemu dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Musa (yang mempunyai umat yang agak ramai dan diuji dengan karenah umat mereka) serta menasihati Rasulullah agar memohon kepada Allah agar dikurangkan bilangan solat .

Apa hikmahnya di sini? Tak dapat saya fikirkan. Tentunya Allah tahu kemampuan umat Nabi Muhammad. Sudah tentu Allah tahu Rasulullah pasti dinasihati oleh Nabi lain untuk minta dikurangkan bilangan solat.

Barangkali inilah Pemurah dan Penyayangnya Allah Taala.  Kita tidak berapa pasti bilangan solat umat terdahulu, namun ternyata sebenarnya umat Islam zaman Rasulullah memikul beban ketaatan yang tidak begitu besar banding dengan umat Nabi Ibrahim dan Musa.

Kerana berlaku peristiwa evolusi manusia dari sudut bukan sekadar biologinya, tetapi psikologinya dalam memikul beban.

Barangkali Allah mahu beritahu kita, “ Umat dahulu dah lalui lebih banyak kali solat dan ibadah dan lebih banyak tanggungjawap.

Ada yang gagal, ada yang mampu laksanakan. Engkau umat Muhamad, hanya dibebankan dengan beban tanggungjawap minima. Harap ini yang mampu kamu laksanakan.”

Mengambil ibrah dari pengalaman umat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, mengambil nasihat mereka, Rasulullah akhirnya memohon bagi pihak kita, sehinggalah kita hanya ditanggungjawapkan untuk menunaikan solat 5 waktu.

Ternyata, ini pun menjadi beban bagi kita.

Hikmah :

Pelbagai peristiwa di lalui di peristiwa mikraj ini. Rasulullah sendiri melihat preview neraka dan syurga. Melihat sendiri kedudukan Allah di ArasyNya.  

Melihatkan, inilah kebenaran al-Haq agama yang Allah turunkan buat umat manusia.

Seeing is believing. Inilah gambarannya. Cuma Rasulullah mendapat privelegenya untuk diceritakan kepada umatNya akan peristiwa begitu bersejarah ini.

Jika kita boleh menerima kisah filem Marvel and DC superheroes, tentu kita mampu juga mempercayai peristiwa Mikraj ini.

It’s a real thing. Something yang kita akan sendiri lihat dengan anak mata kita sendiri nanti.

Maka, tiket dalam melihat semua keajaiban ini, harus dibayar dengan amanah begitu besar sekali, itulah dia amanah menyampaikan kewajipan solat 5 waktu.

Kenapa Allah tak wahyukan sahaja kepada Rasulullah perintah untuk menunaikan solat ini? Seperti perintah puasa, zakat dan haji yang diwahyukan terus kepada Rasulullah tanpa ada perjalanan seperti ini?

Kenapa perlu lalui perjalanan begitu panjang dan tentu meletihkan (seperti naik flight ke US dari Malaysia selama 24 jam, tapi Rasulullah musafir penuh dengan aktiviti)?

Tentu kerana perintah solat ini bukanlah sebarangan perintah. Ini adalah perinah luar biasa.

Inilah ibadah yang membezakan antara seorang muslim dan kafir

Pembeza antara Islam mahupun tidak.

Beza hitam dan putih.

“Pemisah antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia melakukan kesyirikan.” (HR. At-Thabari dengan sanad sahih. )

Seolah-olah Allah nak beritahu kita, this is very big, man! Be serious about it!

Selepas Mikraj – Krisis kepercayaan dan bebanan amanah

Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Anehnya baginda melalui jalan yang sama semasa pergi, Barangkali untuk menunjukkan kemulian Baitul Maqdis yang begitu signifikan bagi umat islam, dan harus dibebaskan segera.

Selepas peristiwa itu, Rasulullah menghadapi krisis kepercayaan sangat besar di kalangan orang Quraisy. Peristiwa ini berlaku tahun 12 kenabian.

12 tahun Rasulullah sudah berdakwah. Apabila peristiwa ini berlaku, lagilah dahsyat ejekan yang baginda terima. Kepelikan demi kepelikan yang dirasai oleh kaum Quraisy, sehingga tak masuk dek akal oleh mereka.

Namun begitu, melihat sahaja kepada apa yang dicapai oleh teknologi sekarang, manusia kini sedang merancang untuk hidup di planet Marikh, maknanya ada kehidupan di luar bumi ini sendiri yang tak mustahil untuk dicapai (boleh ikuti perkembangan Elon Musk dalam projek Solar City beliau)

Space-X-Rocket

Akhirnya yang terbukti mempercayai baginda adalah sahabat baginda sendiri, dan tentunya orang mukmin bersama baginda.

Hikmah:

Peristiwa yang besar dan ajaib, memang sukar untuk dipercayai kebanyakan orang.

Jika kita mahu membawa gagasan besar dan mustahil dilihat orang biasa, kita perlu bersabar berusaha memperjuangkan perkara tersebut sehingga dapat!

Kesimpulan

Signifikannya peristiwa isra mikraj ini bagi kita orang Muslim adalah:

  1. Membersihkan hati dan jiwa kita dalam melaksanakan ketaatan. Lagi banyak dan besar tanggungjawab, lagilah perlu dibersihkan diri kita.
  2. Melalui perjalanan yang besar dalam kehidupan itu penting. Pentingnya kita berhijrah dan tidak statik pada satu kedudukan. Perlu melihat dunia luar untuk memetik mutiara dan formula baru dalam kehidupan. Perjalanan dan musafir itu mengkayakan. Rasulullah sendiri tidak berada di satu tempat begitu lama melainkan baginda meneruskan perjalanan menyebarkan dakwah.
  3. Peristwa yang ajaib itu tidak mustahil jika kita beriman. Yang menyebabkan kita percaya akan sesuatu walaupun kita tidak melihatnya adalah kerana iman yang mendalam di jiwa kita. Investlah pada iman kita.
  4. Tentangan pasti berlaku jika kita membawa cara/kisah/idea baru yang tidak biasa didengari orang. Mesti ramai yang kaget dan ragu-ragu. Ada yang was-was dan pertikaikan. Maka kita harus berdaya tahan melaksanakan sesuatu sehingga berjaya, apatah lagi jika perkara itu melibatkan dakwah.

Itu sahaja cara pandang yang dapat saya simpulkan sempena peristiwa isra Mikraj, jauh melangkaui hanya sebuah cerita akan kepentingan solat, malah lebih jauh lagi, ia merupakan formula kehidupan yang mampu kita perolehi

Allahualam

Muharikah

27 Rejab 1438

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply