Hot Chocolate

0
114
views

Hot Chocolate

hot chocolate

Hot Chocolate | Petir berdentum !

“Dum ! Dum ! Dum “

Aku jadi kaget. Perutku berkeroncong.

Dari tadi meleper bagai tidak bertenaga.

Namun, harus aku gagahi,

Aku turun ke bawah,

Laju,

Bagai melompat satu dua anak tangga tidak jejak,

Aku pergi ke dapur. Mencari sesuap makanan untuk dijamah.

Alangkah kecewanya aku apabila mendapati,

rotiku sudah berkulat.

Seolah-olah hatiku ingin menjerit.

Arghhh !!!

Tetapi Allah Maha Kasih,

Dalam sekelip mata, Dia hadirkan aku sesuatu.

“Hot Chocolate ! “

Aku pantas membukanya. Membacuhnya separuh rakus.

Dirasa dengan lidah.

“Arghh ! Sedikit tawar”

Pantas aku mencapai susu pekat manis,

Diambil sesudu dua,

“Hrmm sedap “

Lupa akan Bismillah, aku terus menghirup,

Sekali, dua kali…

Kali ke tiga..

Aku jadi hairan ..

Hrmm

Siapa punya ini ?

“Hot Chocolate ini siapa punya ? ” Soal ku ?

Aku jadi rungsing. Hairan beserta takut !

Allah, ampunkan aku Allah. Aku tidak berniat. ! Ngumam ku

Aku mundar mandir ke hulu ke hilir mencari tuan punya Hot Chocolate ini.

Siapa punya ? Siapa punya ? Soal ku !

Namun tiada siapa yang menjawab.

Aku termenung sendirian.

Menyesal entah mengapa.

Hot Chocolate sahaja.

Bukan apa pun..

Argh !! Tiba-tiba,

Aku terbayangkan azab Allah,

Tubuh kurusku ini digilis api neraka,

Dek kerana daging haram yang tumbuh di badanku..

Aku semakin risau, peluh  menitik,

Setitik, dua titik,

Bagai pelari pecut yang kepenatan,

Tercungap-cungap aku jadinya,

Tiba-tiba,

“Woi ! Siapa ambil Hot Chocolate aku ni ha ? “

Aku lihat Azzam sedang dalam marah,

“Menurun tangga gaya Brock Lesnar”

Mukanya juga kelihatan lapar sepertiku,

“Aku-aku ! ” Aku pantas menjawab.

Dengan tidak semena-mena, muka Azzam terus berubah manis,

Aku jadi pelik.

“Zam, zam, kau ok tak ni ? ” Aku bertanya.

“Ok, apa tak ok nya … “

“Kau ye, yang minum Hot Chocolate aku ni ? ” Tanya Azzam

“Maaf, Zam, Maaf, aku tak sengaja .. “

“Aku ganti, serius aku ganti ” Jawabku dengan nada takut.

“Ops ! “

“Apa kau ingat, aku boleh bagi kau senang-senang je ? ” hehehe

“Ada syaratnya … ” Jawab Azam dengan muka yang paling evil pernah aku lihat

“Apa ? ” Soalku

“Syarat pertama ! Kau tinggalkan awek kau ! “

Gulp ! Aku menelan air liur !

Nusaibah ? Mana bisa aku meninggalkan kekasih pujaan hatiku itu !

“Arghhh !! Aku tak peduli ! ” Jawab Azzam.

Dan syarat yang kedua ..

“Kau mestilah mengikut aku ! “

“Setiap minggu ! Wajib ! Tanpa miss ! “

Boleh ? !  Sergah Azam..

Ha… ha… boleh-boleh …

Aku seperti orang gila.

Aku iyakan sahaja, permintaan Azzam.

Padahal bukan apa pun, cuma Hot Chocolate.

Kenapa kau mesti berkira ha zam ?

Aku menyepak, tong sampah kuat-kuat.

Dum.. !!!

Habis, sampah bertaburan.

Azzam tersenyum. Melirik manja diriku..

Seolah-olah dia punya muslihat yang besar.

Selamat Jalan Nusaibah

Nusaibah, gadis itu.

Gadis pertama yang membuatkan hatiku tertawan tatkala meminjakkan kaki ke bumi Urdun ini,

Dia peramah, riang, ceria, sopan orangnya,

Bertubuh sederhana, berkaca mata, mempunyai rona mata yang sayup.

Uhh.. Siapa yang tidak tertawan.

Ayu, berbaju kurung lagi ~

Baik agama, baik akhlaknya,

Memang sukar untuk aku tinggalkan.

Aku tidak mengerti,

Kenapa kerana Hot Chocolate,

Aku perlu tinggalkan dia ?

Arghh !!!

Jiwa kecilku memberontak.

Setiap kali memandang Nusaibah di kelas,

Aku jadi sedih,

Tidak sanggup untuk ku pandang lama-lama,

Hrmm…

Aku masih ingat,

Hari itu hari Isnin,

Aku nekad.

Selalunya sebelum subuh, aku akan mesej Nusaibah untuk bangunkan dia dari tidur,

Err.. tapi selalunya dia yang bangunkan aku dulu,

Tretetttetetet..

Bunyi mesej masuk,

Aku terjaga,

Mataku berpinar-pinar,

Antara nampak atau tidak,

Iris mataku mula membesar,

Membiasakan diri antara gelap dan cahaya telefon pintar S2 ku.

“Maafkan saya awak. Nampaknya sampai di sini sahaja perhubungan kita “

Yang Benar, Nusaibah

Fuiiyyyooo ! Aku seakan-akan mahu menjerit !!!

Walaupun aku sedih, tetapi hati kecilku gembira,

gembira yang amat !

Janji pertamaku terhadap Azam sudah tertunai !

Janji ke dua !

Mak ai… !

Perkumpulan apa ni ?

Dalam taman pulak tu.

Macam Girl !

Tapi…..

Aku lihat semua orang gembira.

Tak  skema sangat diorang semua ni,

pakai baju Paddini dan jeans,

sama je macam aku..

Diorang nak buat apa ni ?

Kumpul ramai-ramai…

Baca Al Quran, beri pengisian,

Lepas tu,

Kami berkenalan …

Sampai satu, kemudian satu,

Kini tibalah giliranku,

Aku memperkenalkan diri.

Nama aku Raed !

Mereka menyambutku dengan gembira,

Macam nak sambut bayi baru lahir pula …

Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku pelik ?

Bukan perkara actually, tapi perkataan,

Welcome to the club akh !

Akh ? Apa menatang tu ?

Nama ana, akh Raed

Kini sudah hampir 10 minggu aku duduk dalam perkumpulan itu,

Hrmm. sebenarnya bukan perkumpulan pun,

Diorang panggil usrah, tapi Naqib aku kata bulatan gembira, jadi aku pun layan la.

Aku rasa best pula ikut Azzam ni.

Dah la dapat ilmu, dapat kawan pula tu,

Aishh.. aku rasa, hati aku makin tenang.

Aku mula lupakan Nusaibah sikit-sikit.

Actually, rindu juga la..

Tapi, tak apa…

I am a new man,

They called me, AKH RAED !

And, benda yang paling best kalau korang nak tahu pasal usrah aku ni,

Hrmm

Tentulah ukhuwah antara kitorang.

Sweet kot~

Couple dengan Nusaibah pun tak sweet macam tu,

Korang bayangkan, group usrah aku ni selalu pergi pantai kalau tension-tension,

And, kitorang main tiup-tiup belon sabun.. !

Ouchh ! Girly ! But yet so meaningful !

Aku jadi gembira.

Aku lebih dekat pada Ilahi.

Hot Chocolate

Since, kejadian Hot Chocolate tempoh hari,

Azzam telah jadi best friend aku,

Entahla,

Aku pun tak tahu kenapa.

Aku ingat lagi, satu hari tu,..

When our agreement officially finished 

Azzam panggil aku,

He said, macam ni. Aku pun ingat-ingat lupa. Sorry guys.

Dengan wajah yang sedikit bersalah, Azzam memulakan kata,

“Raed, sebenarnya, Hot Chocolate tu bukan aku punya ! “

Hah ?

Aku jadi terkejut, rasa macam nak tumbuk je muka Azzam tu.

Apa !!!!  berani kau prank aku ?

“Chill, chill Raed ” Azzam cuba menenangkan keadaan.

Sebenarnya, Hot Chocolate tu, Nusaibah yang punya..

Mata aku terbeliak !

Kali ni aku rasa nak terajang je Azzam tu..

“Are you lying ????? “

Ye, ye, Nusaibah adik aku !

Ha ?

Nusaibah itu adik kau ?

Cinta

Sekarang kau tahu ? Sebab apa aku sanggup duduk dengan kau ?

Even kau junior ?

Sebab ini la.

Sebab kami memang dah lama rancang nak mengikhwahkan kau !

Kata Azzam dengan nada serius.

So one day tu, kami plan this idea.

Dan tak sangka menjadi,

Syukur sangat-sangat pada Allah swt.

Mula-mula aku takut tak jadi juga,

Sebab kau ada roti.

Huh ?

Tapi dengan takdir Allah swt, roti tu berkulat.

Allah nak bagi kau hidayah Raed !

Allah dah buka pintu untuk kau.

Dah bagi kunci. Tinggal kau hendak pilih atau tak.

Raed…

Sebenarnya Nusaibah dah lama dah jadi akhwat.

Hrmm setahun yang lalu.

Sebab tulah,

kau nampak dia macam buat tak tahu  dengan kau kan ?

“Ha’a . ” Aku mengangguk.

“Then mesej-mesej aku selama ni ? Kenapa dia reply ? ” Aku kehairanan ?

Hahahhahahaha ! Tiba-tiba Azzam ketawa …

Aku lah Nusaibah tu….

Gulp !

Aku rasa macam nak pengsan je ?

Apa !!!!!!!!!!!!!!

Selama ni aku bermesej dengan lelaki… ?

Chill Raed, aku tak ada la kejam sangat. Sekali sekala, aku tunjukkan la mesej-mesej kau tu dekat group keluarga kami dalam facebook !

Hahahahhahaa ! Azzam ketawa lagi…

Kali ni, aku rasa betul-betul nak pengsan !

Kurang asam punya budak ! ! ! ! ! !

Siaplah kau nanti !

Aku menjerit, sambil mengejar Azzam keliling rumah.

Sempat dalam lari, Azzam kata …

“Barakallah akh Raed, Inshaa Allah, jika anta setuju, majlis akad nikah bulan depan !!!!!! “

“Aku dah beritahu dekat mak ayah kau dah !!! “

Ha ?

Apa mahar dia ? Jeritku ?

Mahar dia adalah …

Kau jadi ” ikhwah ” ikut usrah, thats all..

Hrmm.. Mahalnya, kataku dalam hati.

Persis Ummu Sulaim..

Aku tersenyum dan

segera menyambung larian…

“AZZAM !!!!! Jaga kau !!!!! “

p/s : Hot Chocolate juga boleh jadi asbab hidayah Allah. Ingat, orang yang tidak pernah mengetahui betapa gelapnya jahiliyah, tidak akan merasai betapa terangnya hidayah.

 

Asyraf Farique

http://asyrafarique.wordpress.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply